Friday, March 18, 2016

Nasi Lemak RM2 ikan seekor

Assalamualaikum.



Apa pendapat korang bila beli nasi lemak itu hasilnya? Sambal tu hanyalah sambal semata-mata. Ikan bilis takde. Yang dapat ikan masin yang masin giler2 macam tu sekor. Bagi aku, aku mampu gelak Hahaha je. Tu nasi lemak beli kat R&R Senawang masa odw g Johor baru ni. 

Nasi dia takde lah berlemak mana. Ala biasalah kan beli ni tak macam yang buat sendiri. Tapi sebabkan Mama tak breakfast yang proper sebelum gerak g JB tu terpaksalah beli jugak. Selalu pun  bawak bekal kalau g mana-mana. Tapi on that day, air kat rumah sepupu takde. Tak dapat nak masak. 

Biasa pun bila dah sekali kene memang tak beli dah. Itupun'Kerana Terpaksa Aku Relakan'. 

3 comments:

  1. Kalau kat tempat saya, nasik lemak telur goreng, siap ada ikan bilis, kacang, timun, papadom, RM2.50. Lepas tu boleh ambik sendiri lak tu. Kalau macam RM2 lauk tu jer mahal kot. :)

    ReplyDelete
  2. Bila keadaan ekonomi sekarang menjerat peniaga yg terjerat sama adalah pelanggan
    Kadang kesian juga dgn penjual bila dia sendiri rasanya serba-salah sebab kos yg dia keluar dan tenaga dah tak sama macam dulu..

    Entahlah... sana-sini tak ada yg murah dah sekarang ni.

    ReplyDelete
  3. Mahal ke tu SR. Kat KL biasa harga tu SR. Sekarang ni mana ada benda yg murah.

    ReplyDelete