Showing posts with label Roti manis. Show all posts
Showing posts with label Roti manis. Show all posts

Friday, November 6, 2015

Roti sosej pelbagai style

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Hehe meroti lagi the next day selepas yang meroti hari tu. Sebabnya dalam masa sehari je dah habis. Kan dah cakap orang kat rumah ni fanatik dengan roti. Bila nampak roti tak tahu macam nampak apa gayanya. Jadinya tak rugi kalau lenguh2 tangan menguli untuk bagi gebu rotinya. 

Meroti kali ni tak guna resepi yang mula2 buat. Sebabnya yang hari tu macam sikit je adunan. Dapat pun seloyang je kan. Jadinya kita pakai resepi dari blog Azie Kitchen. Dapat lah buat roti yang dalam gambar kat bawah ni. Ada satu lagi roti yang tak sempat nak snap. Yang tu ada 5 ketul roti manis. 

Roti sosej

Sosej tu sebelum guna aku bakar dulu 3 minit sebelah. Nak rebus pun boleh depend pada diri sndiri. Nyaris2 je sosej yang dah dibakar tu nak masuk mulut sebelum letak atas roti. Hehe. Aku ni pantang jugak nampak sosej. Berhantu je nafsu tu. 

Roti sosej pintal 1

Roti sosej pintal 2

Roti sosej pintal 2 versi berbeza. Cara nak pintal roti tu, aku tengok kat blog Zalin Zalina. Memang terbaik lah sebab dia tunjuk gambar kan. Kalau tak, takdenya aku dapat pintal macam tu. Aku lagi suka buat yang versi no 2. Cantik pun lagi cantik yang tu. Lagi tertarik nak makan. Both guna sosej sebatang. Tapinya fail part letak sos dan mayonis. Macam ter'sedikit' plak letaknya. Note untuk buat lain kali pulak.

Roti bun manis

Dari adunan yang sama boleh juga buat roti bun manis. Yang ni sedap cicah air teh, kopi. Tapi kat rumah ni biasanya cicah air nescafe. Air papa. Sebabnya air tu sentiasa ada. Tak boleh tak ada. Habis je memang mama akan terus buat. 

p/s ~ gembira sebab dapat buat apa yang kita suka buat. 

Tuesday, November 3, 2015

Resepi roti manis

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sekarang ni Kelate dah pun musim hujan tau. Jadi bila hujan ni tak dapat lah nak buat aktiviti outdoor. Bila dah indoor je dpt buat apa lagi kan memang makan lah aktivitinya. Hehe.

So setiap malam  sebelum tido, kepala otak ni sokmo fikir esok nak bake apa. Maklumlah aku kan suka baking. Ma pun dah redho anak dia macam ni. Lagipun ma boleh tumpang kenyang sekali. Makanya petang semalam dapat lah makan roti dengan air kopi. Terbaikk la kan. Owh ya orang kat rumah ni semua fanatik dengan roti. Bila g kedai roti tu rambang mata tak tahu nak pilih mana. Semua nak. 


Dah separuh baru dapat snap gambar

Resepi yang aku guna

Gebu tak?

Sebenarnya tak berapa nak gebu lagi tu. Untuk beginner macam aku ni boleh la. Kene kipidup lagi. Teruskan menguli sampai betul2 elastik dan tak melekat di tangan. Hari ni nak buat lagi. Hehe. Sementara dok saje je kat rumah kan. Untung2 leh jual. Dapat juga side income. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails