Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Sekarang ni Kelate dah pun musim hujan tau. Jadi bila hujan ni tak dapat lah nak buat aktiviti outdoor. Bila dah indoor je dpt buat apa lagi kan memang makan lah aktivitinya. Hehe.
So setiap malam sebelum tido, kepala otak ni sokmo fikir esok nak bake apa. Maklumlah aku kan suka baking. Ma pun dah redho anak dia macam ni. Lagipun ma boleh tumpang kenyang sekali. Makanya petang semalam dapat lah makan roti dengan air kopi. Terbaikk la kan. Owh ya orang kat rumah ni semua fanatik dengan roti. Bila g kedai roti tu rambang mata tak tahu nak pilih mana. Semua nak.
Dah separuh baru dapat snap gambar
Resepi yang aku guna
Gebu tak?
Sebenarnya tak berapa nak gebu lagi tu. Untuk beginner macam aku ni boleh la. Kene kipidup lagi. Teruskan menguli sampai betul2 elastik dan tak melekat di tangan. Hari ni nak buat lagi. Hehe. Sementara dok saje je kat rumah kan. Untung2 leh jual. Dapat juga side income.








