Showing posts with label lauk ayam. Show all posts
Showing posts with label lauk ayam. Show all posts

Tuesday, August 25, 2015

Ayam Madu

Assalamualaikum..

Terpengaruh dengan sticky caramel chicken wing Mama Tisya (MT) punya, aku apa lagi cap cap cus di dapur lah buat ayam tu. Bahan utama iaitu ayam pun ada kan. Bahaya betul kan kalau dah terpengaruh ni. Tapi ok lagi lah berbanding dengan dengki mendengki tu. 

MT pakai ayam bahagian wing je, aku bantai je mana-mana bahagian ayam sebab beli sekor kan. Sonok tengok ayam MT berkilat-kilat. Ayam aku

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


HITAM LEGAM!!

Rasanya mungkin sedap. Kenapa aku cakap mungkin? Sebab aku tak makan, hanyalah tukang masak. Tak makan sebab taruk madu, kicap dan sos, aku sekarang dalam proses mendietkan diri. Sebab ayam ni letak madu aku namakan menu ni Ayam Madu.

p/s ~ nak resepi? klik je kat link atas tu

Wednesday, July 29, 2015

Menu tengahari

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kata dah pencenkan, haruslah banyak masa terluang. Jadi untuk meraih kasih sayang dari yang tersayang kene lah ikat perut dia dengan makanan. Ehhh jangan salah faham. Ni nak meraih kasih sayang dari adik je bukan suami pun. I is belum kahwin ya. :)


Sebabkan mama ngan papa puasa 6 jadi masak yang simple-simple je. Yang atas tu menu semalam. Sayur goreng, ayam masak tiga rasa ngan sambal goreng. Sambal goreng tu request dari adik lelaki. Asalnya aku buat terung sambal je, lepas tu dia kata sedap pulak sambal tu. Maka terciptalah sambal goreng kosong. Hari ni pulak adik perempuan aku suh buat lagi sambal goreng tu. Sebabnya dah tinggal sikit. Ayoyo sedap bebeno nampaknya.


Ni pulak menu hari ni. Lagi simple dari semalam. Sup sayur dengan ayam goreng sudah. Hah sesuai beno lah untuk orang diet ni. Makan pun kenyang. 

p/s ~ korang makan apa hari ni??

Thursday, April 23, 2015

Resepi Ayam Masak Paprik

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Oh ya aku dah pencen dari menjadi seorang guru, so sekarang kerja aku adalah sebagai seorang chef ternama di Restoran Dapur Mama. Restoran Dapur Mama ni terletak di Kampung Pasir Hor. Masakan yang disediakan adalah masakan suka suki campak campak je. Hehehe. (macam best pula nama Restoran Dapur Mama. mungkin one day aku akan buka restoran and namakan sebagai Restoran Dapur Mama. wish me luck)

Jadi aku nak share resepi untuk masakan yang ada di Restoran Dapur Mama. Masakan yang ni aku namakan Ayam Masak Paprik. Jadi kita teruskan dengan bahan-bahannya dahulu.

Bahan-bahan:
~ 500 g ayam (potong cube) - perap dengan serbuk kunyit dan garam halus
~ 4 ulas bawang putih - hiris nipis
~ 3-4 helai daun limau purut
~ 2 sudu besar sos cili
~ 1 sudu besar sos tomato
~ 1 sudu besar sos tiram
~ 2 sudu besar cili kering kisar
~ sedikit garam
~ 1/2 cawan air
~ bunga kobis - potong kecil
~ kacang panjang - potong kecil

Cara-caranya:
1- Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga separuh masak. Kemudian tos dan ketepikan. 
2- Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga naik bau.
3- Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
4- Masukkkan ayam, sos cili,  sos tomato dan sos tiram. Kemudian kacau rata.
4- Masukkan bunga kobis dan kacang panjang. Tambahkan sedikit air jika kuah agak pekat. Masak sehingga sayur empuk.
5- Sedia untuk dihidang. Makan dengan nasi panas-panas. 



So sapa yang nak cuba ayam masak paprik dari Restoran Dapur Mama leh lah pakai resepi ni. Bahan yang digunakan pun tak banyak sangat sebab aku tak suka bahan banyak-banyak ni. Leceh je. Gud luck sapa yang nak mencuba tu.

*Kamsahamnida*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails