Friday, November 6, 2015

Roti sosej pelbagai style

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Hehe meroti lagi the next day selepas yang meroti hari tu. Sebabnya dalam masa sehari je dah habis. Kan dah cakap orang kat rumah ni fanatik dengan roti. Bila nampak roti tak tahu macam nampak apa gayanya. Jadinya tak rugi kalau lenguh2 tangan menguli untuk bagi gebu rotinya. 

Meroti kali ni tak guna resepi yang mula2 buat. Sebabnya yang hari tu macam sikit je adunan. Dapat pun seloyang je kan. Jadinya kita pakai resepi dari blog Azie Kitchen. Dapat lah buat roti yang dalam gambar kat bawah ni. Ada satu lagi roti yang tak sempat nak snap. Yang tu ada 5 ketul roti manis. 

Roti sosej

Sosej tu sebelum guna aku bakar dulu 3 minit sebelah. Nak rebus pun boleh depend pada diri sndiri. Nyaris2 je sosej yang dah dibakar tu nak masuk mulut sebelum letak atas roti. Hehe. Aku ni pantang jugak nampak sosej. Berhantu je nafsu tu. 

Roti sosej pintal 1

Roti sosej pintal 2

Roti sosej pintal 2 versi berbeza. Cara nak pintal roti tu, aku tengok kat blog Zalin Zalina. Memang terbaik lah sebab dia tunjuk gambar kan. Kalau tak, takdenya aku dapat pintal macam tu. Aku lagi suka buat yang versi no 2. Cantik pun lagi cantik yang tu. Lagi tertarik nak makan. Both guna sosej sebatang. Tapinya fail part letak sos dan mayonis. Macam ter'sedikit' plak letaknya. Note untuk buat lain kali pulak.

Roti bun manis

Dari adunan yang sama boleh juga buat roti bun manis. Yang ni sedap cicah air teh, kopi. Tapi kat rumah ni biasanya cicah air nescafe. Air papa. Sebabnya air tu sentiasa ada. Tak boleh tak ada. Habis je memang mama akan terus buat. 

p/s ~ gembira sebab dapat buat apa yang kita suka buat. 

Wednesday, November 4, 2015

Chicken chop @ Tooplates

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Ni cerita basi 3minggu lepas masa g JB. Malam last nak balik KB tu sebelum naik bas g lah makan dulu kan. Katanya bas pukul 9 maka lepas maghrib tu terus keluar. Sebabnya JB ni unpredictable. Kalau dia nak jem, bila2 aje boleh jem.

Kat BBU JB sekarang dah UP. Banyak butik2 famous macam Bella Amaara, Radiusite, Imaan boutique dll. Kedai2 makan pun tak kurangnya. Pilih je nak makan kat mana. Malam tu kami makan kat Tooplates. Alkisahnya kedai yang member nak pergi tu tutup. Kiranya ni 1st time jugak utk mereka.


Gambar cilok FB tooplates

Masa sampai tu ada lah dalam 2,3 meja yang penuh. Maklumlah malam masih muda kan. Orang tak ramai lagi keluar utk makan. 


Chezy chicket chop *menu favourite

Aku order yang atas tu. Harga RM18/pinggan. Bagi aku harga tu ok lah kalau makan kat kedai macam tu. Lagi2 kat BBU. Kalau kat hutan bandar tu lain cerita. Hehe. Untuk rasa pula ayam tu best lembut je. Yang ni style grill. Cuma yang tak berapa nak suka sos dia. Macam terlebih bawang putih je. Tapi member rasa dia kata sedap. So it depend pada individu tu sendiri. 

Lepas dah makan tu berkejaran g Larkin. Berlari2 g kat bas. Yelah dah pukul 9 kot sampai Larkin. Dan2 aje aku naik bas jalan. Huwaa nampak sangat kalau aku lambat bas tinggal woo. Dah tenang atas bas tu, nak termuntah pun ada. Tapi rugi lah makan mahal2 nak muntah semula kan. 

Nah address  dan FB page untuk tooplates. Kalau rasa2 nak g mencuba leh lah ke sana. 

No. 29, Jalan Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor
FB : Tooplates_BBU


Fruity Nutella Cheese Tart

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Mengenangkan kawan yang beria2 nak makan cheese tart, aku yang gila baking ni gigih lah buat crust size 9cm. Tak pernah2 aku buat crust size besar tu tau. Dengan tak tahu sukatan yang betul memang main campak je berapa yang aku rasa nak campak. Hehe.

Nasib baik lah menjadi juga crustnya walaupun adunan tu xcukup utk cover ketinggian acuan tu. Lepas tu pulak nak buat cheese tart, cheesenya tak cari lagi. Gigih pulak aku skali lagi g teman cari cream cheese (cc) dalam hujan lebat. Park kereta pun kat OKU. Nasib lah hujang lebat sangat2. Haha. Sampai pulak kat pasaraya tu boleh plak cc takde. Menapak pulak cari kat pasarraya lain. Nasib baik kat 2nd pasar tu ada cc. Tu pun the ONE and ONLY. Memang grab cepat2. 

Maka malam tu walaupun esoknya bukan lah weekend gigih lagi baking. Kuat betul penangan cheese tart ni. Dan nasib baik aku yang g KL untuk IV ni rajin nak melayan kan. Kalau ikutkan malas memang takdenya cheese tart tu. Haha.

overall proses the making of 


Dah masak tu dalam panas2, tak sabar terus potong tau. Meleleh isi dia. Sebabnya cheese tart ni kene makan sejuk2. Baru terbaikk. Tapi sebab takde sifat sabar panas2 pun potong lah. Dan dalam masa satu hari je (esoknya) dah selamat 9cm cheese tart ni masuk perut. Haha. Jarang2 skali buat bila dapat makan tu memang terus habis lah. 

Three layer cheese tart

Ni pulak hasil baking kawan this week. Gigih lah dia buat dari crust sampai filling sndiri. Aku dah pun selamat kat KB minggu ni. Semoga ada rezeki aku utuk dpt kerja kat KL jadi leh lah merialisasikan hasrat aku dan member utk projek baking yang dirancang. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails