Sunday, August 31, 2014

Happy Independence Day

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..



Bersyukur dan beruntungnya kita bila dilahirkan di Malaysia. Aman, damai, sentosa. Makanan pun banyak best-best. Tempat-tempat menarik pun masih banyak lagi yang belum kita jejaki. InsyaAllah one day kita nak tour satu Malaysia. Biar pun orang doh gah boleh tour satu Europe kita tak kisah. Lagipun kita takde duit banyak nak g tour Europe. Yang penting kita nak tour Mekah. Nak jumpa makam kekasih Allah dan nak beribadat di rumah Allah. Amin. Moga hajat hati ini tercapai. 


One bff DONE!

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Semalam kita ke Terengganu semata-mata nak attend wedding bff. Kata bff kan udah setakat Terengganu tak nak pergi tu memang saja cari hal lah kan. Yang dari KL dan Perak pun datang. Syok woo. Kumpul ramai-ramai. Dah lama tak kumpul ramai-ramai cukupkan bilangan ahli. Selalu bila ada apa-apa program memang tak pernah cukup ahli berkumpul. Tahun ni lah lepas pada tamat belajar dapat kumpul semua. 



InsyaAllah bulan 10 ni kita kumpul lagi ya. 



p/s ~ syok sembang semalam masih dalam kenangan




Sunday, August 24, 2014

Langkah pertama MUNGKIN

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Ini mungkin langkah pertama kita untuk alam pekerjaan. Hope dapat jawab soalan dengan jayanya. Kene study betul-betul ni. Banyakkan membaca dan amik tahu pasal isu semasa negara dan dunia. Walaupun exam tu lagi 2minggu, hari ni dah kene mula google macam-macam. GST yang tengah hangat sekarang ni, satu benda pun kita tak tahu. Eh tipu tak tahu. Kita tahu GST tu cukai, tapi apa benda punya cukai tak tahu. Lagi-lagi kita bukan jenis yang suka tahu benda-benda yang ala-ala takde sakut paut dengan kita ni.

Ni nak exam penguasa kastam, kalau buat tak tahu lagi memang kelaut lah kalau exam kuar benda alah tu. Tapi GST macam dah jadi soalan spot je. Cukup dulu lah. Ayuh study. 


p/s ~ May Allah ease everything. Amin

I'm back

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Makk oii 4 bulan kita tinggalkan blog ni.. Memang tak bukak terus. Nasib baik wujud lagi. Kuwang3x. Blog orang lain ada je g baca tapi blog sendiri macam agak susah sikit nak masuk. Lagipun mood nak menaip kelaut. Lagi-lagi dengan hal tesis tak setel lagi.

Hingga ke ari ni pun hal tesis tak setel lagi. Almost 8 months dah kot. Dugaan betul. Walau hal tesis tak setel lagi, mood nak menaip dah ada. Lagipula sekarang kerja melepak kat rumah je. Pencari kerja yang tegar. Semua kerja kita apply tak kisah la bukan bidang pun. Lagi-lagi sekarang bukan masanya nak memilih kerja. Yang mana datang sauk je. Hope rezeki alam pekerjaan ni cepat-cepat dapat lah. Duit dah makin kering dalam tabungan tu.

p/s ~ kalau kat tempat korang ada kerja kosong, leh lah recommend kita. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails