Saturday, September 13, 2014

Roti sarang lebah @ Bee Hives Bun

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hari tu jeles dengan budak-budak kat makmal upload gambar roti sarang lebah ni. Lepas tu esok punya lah gigih buat sendiri. Sebelum ni kita memang ada rancang nak buat roti ni tapi macam takde masa je. Sebenarnya bukan takde masa sangat tapi more pada penyakit M. Hehe. Jadi bila dah dengki dengan budak kat makmal boleh makan dulu kita pun rajinkan lah diri yang pemalas ni buat roti ni.

Resepi kita amik dari group FB Matbahna Al Arabi yang mana admin dye Lydia Honey.

DOH
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.

Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya

Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.


Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau.




Jadi inilah roti sarang lebah hasil air tangan kita. Nyum nyum sangat. Korang try lah cuba buat.. Mesti menjilat jari punya.

p/s ~ kita teringin nak buat pizza plak. Tapi sebelum tu kene g cari dulang pizza lah. Huhu

Thursday, September 11, 2014

Lulus exam online Penguasa Kastam W41

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah. 


Tiada apa lagi yang boleh kita perkatan. This is just a first step. More steps will come. Just raise a hand and pray for good. 

p/s ~ hoping for my thesis will be compiled soon.

Monday, September 8, 2014

Peluang kedua exam online Penguasa Kastam W41

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Diberi peluang kedua katanya kepada calon peperiksaan online penguasa kastam setelah kecewa untuk ujian pertama. Kita hanya tak dapat jawab Seksyen C sahaja. Hope hanya bahagian tu sahaja yang kita kene jawab. Malas nak tembak 2,3 kali untuk seksyen A dan tekan-tekan kalkulator untuk Seksyen B. Dengan masa yang diberi tu ingat sempat sangat ke nak kira-kira n kaji semua. 

Kita dah buat aduan dah, harap aduan kita tu diterima n kita salah seorang yg akan jawab exam tu kembali. Tapi hanya nak jawab Seksyen C sahaja. Boleh? 


Sunday, September 7, 2014

Kecewa dengan ujian exam online Penguasa Kastam W41

Bismillahirahmnirahim dan Assalamualaikum..


Seriussly kecewaaa giler dengan web page SPA. Sempat jawab exam sampai Seksyen B je. Pada hakikatnya ada sampai Seksyen C. Sampai ke hari ni status Seksyen B 'sesi menjawab'. 



Padahalnya dah lebih 24 jam berlalu, Seksyen C tak juga muncul2. Masa untuk mula exam  Seksyen A : Pengetahuan AM semalam pun kata jam 9 pg start exam. Tapi jam 9.30 pg baru mula exam. Nasib baik 40 minit masa tu bermula bila masa kita jawab. 

Soalan yang keluar plak haish punyalah macam susah. Sempat lah 2,3 soalan kita google cari jawapan. Hahaha. Tapi masa 40 minit yang diberikan tak sempat nak google jawapan untuk 50 soalan. Jadi yang lain-lain tu kita tembak je. Nasib lah kalau kene betul.

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah pula ada cerita lain. Masa beri 45 minit untuk 40 soalan. Giler ke apa. Mana nak tekan kalkulator lagi, nak catit lagi sebab exam online kan nak garis celah mana. Kalau exam ada kertas leh conteng-conteng kertas tu. Lagi pula ada 2 soalan tu dye punya keterangan tak keluar. Refresh sejuta kali pun tak keluar. Last-last kita PM kawan kita kat FB yang amik exam ni juga. Dia lah yg bagi tahu. Hahaha. Yang Seksyen B ni kita ada masa lagi dalam 5 minit, jadi sempatlah kita semak n jumpa ada satu soalan tu kita silap jawab sebab silap baca soalan. 

Yang Seksyan C : Ujian Psikometrik nilah yang memang siko lah. Tak keluar sampai ke sudah. Kita PM kawan kita kat FB, waktu dye dah habis jawab tu kita tak mula-mula lagi. Hangin satu badan. Refresh berjuta kali pun sama tak mahu keluar jgk. Kita pakai server28. Kita p tengok kat  page FB SPA ramai jugak lah yang server28 dok marah2 kat situ. Kita rasa lega lah waktu tu jgk sebab ingat server28 kita sorang je tak dapat masuk kan. Kata exam habis kalau ikut masa betul jam 11.55 pg. Tapi sampai ke waktu zohor Seksyen C kita tak keluar2. Last2 kita pergi majlis kenduri n sempat lagi pergi interview terbuka. Balik dengan harapan dapat lah jawab. Tapi bila kita bukak page SPA ini yang keluar.



Woo lagi berangin satu badan. Kita sampai ke sudah Seksyen C tak dapat masuk statement tu diorang keluarkan. Tapi sejujurnya sampai ke hari ni kita masih lagi mengharapkan akan dapat jawab Seksyen C tu. Huhu. 

p/s ~ apa-apa jelah SPA!!

Friday, September 5, 2014

Cuak

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Esok exam online Penguatkuasa Kastam W41. Wahh kurasakan ramai je yang nak masuk website nak jawab exam esok. Hope kita salah seorang yang dapat masuk dengan jayanya lah. Dengar cerita untuk exam online pembantu penguasa kastam W27 ramai yang dapat masalah. Ada yang tak leh masuk langsung. Ada tu dah sampai Seksyen C tiba-tiba cam hilang begitu sahaja n bila masuk balik semua jawapan yang daj dijawab hilang.. Ohh tidak!!

Ok part nak masuk satu hal. Part apa kebenda GST tak faham-faham oi.. Lagi nak kira cukai pendapatan, cukai GST. Entah x berapa nak faham. Haishh bengap betulkan. Maklumlah dah lama tinggal yang mengira-ngira ni. Lagi pun kita jenis yang kalau bukan kerana nak exam ke apa tak pernah nak amik tahu. Macam berita pukul 8 malam, boleh kira berapa kali je tengok dari awal sampai habis. Bukan bermaksud kita tak tahu apa yang berlaku k. Kita ada je baca berita tapi baca yang kat FB. Yang kita like surat khabar punya page tu ada siar berita-berita HOT!

Bila dah baca apa skop tugas penguatkuasa kastam ni baru lah kita tahu sikit apa kerja diorang dok buat. Ingatkan dok jaga yang pengeludupan tapi hal cukai semua pun depa yang dok jaga. Punyalah rendah tahap pengetahuan kita kan. Kuwang2x. Apa-pun dah baca sekali lalu ni hope esok tenang n relex lah menjawabnya. Nak ajak semua orang dop sebelah kita tlg bg jawapan skali. Nak rojer friends kat group wasap skali. Kot2 ada yang blh tolong. Hehe..

p/s ~ all the best semua calon Penguatkuasa Kastam W41


Tuesday, September 2, 2014

Kisah gedik baju bridesmaid

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kisahnya bila lantik sendiri 'bridesmaid'. Si bride nya takde kata apa-apa pun. Lepas tu plak pergi majlis geng 'blarok' dah sampai. Pengantin pun dah siap potong kek lagi. Kuwang2x. Bridesmaid sangat kan.

Bila dah lantik jadi bridesmaid ni sibuk lah dop cari baju bagi sama semua. Geng yang dok KL lah tolong g usha baju. Lepas tu mereka berkenan nak beli dress. Rojer sorang-sorang adalah makhluk gedik 2 orang tak nak pakai sama. Katanya tak pernah pakai dress. Tak minat lah apa lah. Last-last tak beli lah kat makhluk 2 orang. Balik rumah depa geng KL ni ngetes lah bajunya dan upload lah dekat group wasap. Selang 2 hari makhluk 2 orang ni rojer lah antara satu sama lain, kata cantiklah dress tu. Masa tu lagi 4 hari nak majlisnya. 

Bila dah rojer tu, yang sorang ni suh lah sorang lagi col member beli yang dok KL suh p beli lagi 2. Suruh buat ayat sweet-sweet bagai dan buat sedih. Haha. Giler punya 2 orang makhluk ni waktu tu. Tukang beli kata beli baju ni dekat TS. Mereka kata jauh sebab mereka tinggal kat Petaling jaya. Tapi bila dah buat ayat sweet dan kata bff kan kalau tak pergi beli tu cam bukan bff lah plak, so mereka setuju pergi beli lepas balik kerja. OMG! Memang bff sejati lah mereka ni. Sarangae lah. So inilah bajunya.


Dan ini rupa bila tong drum pakai dress. Kita kasi blur semua sebab kita malu. Dah rhupe macam orang mengandung! Sebab tu kita tak setuju mula-mula tu nak beli. Sob3x. Lepas tengok gambar ni cam beria-ria lah nak diet, tapi kelaut je lepas tu. Nampak makanan cam nampak emas, duit, intan, belian. Tak boleh nak kata tidak.


p/s ~ Sekian!! dah kalau xsangup nak diet sangat sndiri mau ingat lah kan!


Monday, September 1, 2014

Kene saman

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum



Ini pertama kali sepanjang pemanduan kita kene saman. What the kan. Memang dah aim malam-malam merdeka nak buat sekatan dan saman bagi yang melakukan kesalahan dengan sedar atau tanpa sedar kan. Celak betul. Lagi-lagi kita tukang bawak je pun. 

Dah lah balik jauh-jauh dari Terengganu alih-alih lagi 10KM nak sampai rumah kene saman plak. Kisahnya bila time ke tahan tu 2x bapak polis dok tanya tekan brek ke tak. Kita yang tak tahu apa-apa ni cakap lah tekan brek. Bila bapak polis tanya tekan brek ke tak tu kita ingatkan nak main-main dah. Maklumlah semua gojes gurl dalam kete kan. Lepas tu bapak polis mintak IC ngan lesen. Lepas tu mintak kita ketepi dan turun. Ok bila dah mintak semua tu takdelah nak ingat main-main dah. Kita pun turun lah. Bapak polis bawak kita g kaunter.

Sampai kaunter kita tanya apa salah kita. Bapak polis cakap lambu brek ke3 tak nyala. What!!! Oii tu bukan kereta kita asal kita plak nak disamannya. Bapak polis cakap sebab kita yang bawak. Kejadahnya!! Kawan kita tuan punya kereta pun turun sekali datang kat kaunter. Dia tanya kenapa, kita cakap lah lampu brek ke3 tak nyala. Punya lah terperanjat dia. Sebab mana nak sedar lampu brek ke3 tak nyala. Udah menatang tu dok kat belakang kan. Lainlah kalau ada orang belakang yang inform pasal hal tu dan tuan kereta check kereta ari-ari. Kawan aku ni punyalah tak caya lampu brek tak nyala pergi test sendiri dan SAH memang tak nyala. Apa lagi terimalah saman dengan nama kita kat kertas tu. 

Kita try google tengok berapa kene bayar kalau kene saman lampu brek tak nyala. Hah kita letak sekali kat bawah. Bayar awal lagi murah. Tak tahu lah kawan kita tu nak bayar bila. Hurmm




p/s ~ sorry friend sbbkan nak hantar aku kau kene saman.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails