Sunday, January 11, 2015

Hari Pertama Persekolahan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sekejap je rasa cuti sekolah kan. Hari nie sep-sep Pantai Timur iaitu negeri Kelate, Ganu, Pahang juga Kedah dan Johor start sekolah dah. Our little princess in family pun arini bukan lagi budak sekolah rendah, tapi dah masuk sekolah menengah. Rasa baru je 13 thn lepas ada adik kecik. How fast time flies. Huhu


Bakal ustajah ni ha. Tudung labuh paras pusat kau. But this is the rules. Nak ke tak nak ke wajib pakai. Sebab budak sekarang ni terlampau terdedah kepada media social jadi pelbagai langkah cuba diambil oleh sekolah untuk membendung perkara tak diingini. Mak ayah bila anak dah dihantar ke sekolah memang tak peduli dah apa anak buat dengan sapa anak berkawan.

Kamsahamnida *_*

Wednesday, January 7, 2015

Kampung Ku Banjir

Bismiilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sepanjang banjir yang melanda Kelantan kan tak pernah lagi air tu sampai kat area rumah parents aku ni. Dengan adanya kawasan tinggi rendah menyebabkan air tak pernah nak sampai. Lagipun rumah parents aku takdelah berdekatan dengan sungai sangat, adalah dalam jarak lebih 500 meter @ 1KM. But this year 2014, benar-benar mencabar mental dan fizikal. Rumah parents aku terkepung dengan air. Manakala rumah mak saudara n pak saudara pulak di naiki air. MasyaAllah besar betul dugaan yang kau berikan Ya Allah.

Ni rumah pak saudara aku. Diorang suami isteri ni takde kat rumah sebab waktu air naik dengan pantas 25 Disember tu diorang baru balik dari Umrah. Anak-anak mereka pula semuanya dekat KL. Nak dijadikan cerita nasib baik depa tinggal anak kunci. Dapatlah kitaorang yang ada kat rumah ni masuk rumah mereka untuk kasi angkat semua barang ke tempat tinggi sedikit. Gambar kat bawah ni masa air masih lagi tengah naik. Dan ketika ni air tak masuk dalam rumah lagi tapi hampir memasuki rumah. Hanya tinggal dalam 1 inci je lagi.





Gambar yang bawah ni pula satu hari sebelum hari naik dengan cepatnya. Waktu tu dok ngidam nak make ayam ala-ala kentuky. Nasib baik sempat g beli kalau tak 3 hari kau terputus hubungan. 



Jalan Pasir Hor-Kubang Kerian terputus hubungan secara keseluruhannya macam gambar bawah ni. Hanya kenderaan 4x4 je boleh lalu. Tu pun arus air tersangat lah deras. Sapa yang menyeberang tu mesti terdetik jua dalam hati mereka perasaan cuak takut hanyut. Anything can happen. No one knows except Him.



Kamsahamnida *_*


Tuesday, January 6, 2015

Mood Malas

Bismillahirahiramanirahim dan Assalamualaikum..

Bila mood nak berblog tu takde kan sampai 2 minggu takde entry baru. Bila mood nak berblog tu ada, hari-hari tu ada 2 @ 3 entry nak published. Haish macam-macam peel betul. 


Bila dah malas bukan setakat berblog je nak online, nak layan cite, nak baca buku, arghh boleh dikatakan nak buat semua malas la. Yang tahu nak tido.. tido.. tido.. nak makan.. makan.. makan. Itu ajelah yang rajinnya. Macam mana lah nak bendung sifat malas dalam diri ni ya. Walaupun kadang-kadang aje sifat malas ni menyerang tapi dia punya berlarutan tu panjang. 

Kesan dari sifat malas ni kehidupan jadi tak bermaya. Tak seceria hari-hari sebelum. Takde fun dalam diri. Benda kecik pun boleh buat jadi moody. Tambah-tambah sekarang tengah stress sebab tak kerja lagi. Anyone yang baca entry ni kalau kat syarikat korang ada nak pakai orang ke please tell me. I'm graduated in Science (Industrial Chemistry). Tapi apa jua bidang iolss sanggup kerja and willling nak belajar benda baru. Please ya. Jasa baik korang amat lah dihargai. Dah banyak juga apply kat jobstreet tu tapi belum ada rezeki satu pun takde sangkut lagi..

Kamsahamnida *_* 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails