Thursday, April 23, 2015

Resepi Ayam Masak Paprik

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Oh ya aku dah pencen dari menjadi seorang guru, so sekarang kerja aku adalah sebagai seorang chef ternama di Restoran Dapur Mama. Restoran Dapur Mama ni terletak di Kampung Pasir Hor. Masakan yang disediakan adalah masakan suka suki campak campak je. Hehehe. (macam best pula nama Restoran Dapur Mama. mungkin one day aku akan buka restoran and namakan sebagai Restoran Dapur Mama. wish me luck)

Jadi aku nak share resepi untuk masakan yang ada di Restoran Dapur Mama. Masakan yang ni aku namakan Ayam Masak Paprik. Jadi kita teruskan dengan bahan-bahannya dahulu.

Bahan-bahan:
~ 500 g ayam (potong cube) - perap dengan serbuk kunyit dan garam halus
~ 4 ulas bawang putih - hiris nipis
~ 3-4 helai daun limau purut
~ 2 sudu besar sos cili
~ 1 sudu besar sos tomato
~ 1 sudu besar sos tiram
~ 2 sudu besar cili kering kisar
~ sedikit garam
~ 1/2 cawan air
~ bunga kobis - potong kecil
~ kacang panjang - potong kecil

Cara-caranya:
1- Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga separuh masak. Kemudian tos dan ketepikan. 
2- Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga naik bau.
3- Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
4- Masukkkan ayam, sos cili,  sos tomato dan sos tiram. Kemudian kacau rata.
4- Masukkan bunga kobis dan kacang panjang. Tambahkan sedikit air jika kuah agak pekat. Masak sehingga sayur empuk.
5- Sedia untuk dihidang. Makan dengan nasi panas-panas. 



So sapa yang nak cuba ayam masak paprik dari Restoran Dapur Mama leh lah pakai resepi ni. Bahan yang digunakan pun tak banyak sangat sebab aku tak suka bahan banyak-banyak ni. Leceh je. Gud luck sapa yang nak mencuba tu.

*Kamsahamnida*

Wednesday, April 22, 2015

Review : Bantal Cantik

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sebulan yang lepas, kakak kita dah kahwin. :(:(:(
Owh sayunya dalam hati. She's already taken by someone. No more outing berdua unless her husband is not with her. Then barulah aku leh lepak-lepak, gelak-gelak dengan dia. Owh rindunya the precious time. Jadi hargailah setiap apa yang pernah kita buat bersama dengan orang yang tersayang.

Cerita pasal bantal cantik ni. This one is requested by my sister. Ayoyo bantal dah banyak pun nak bantal lagi ker. So sebabkan aku ni adik mithali, jadi aku ikutkan kehendak dia dan jadikan bantal cantik ni sebagai hadiah perkahwinannya. Maka mulalah operasi aku mana nak cari bantal cantik as requested. 

Cari pun tak jauh. Nak senang cari je kat IG or FB. Last-last jumpa lah dekat FB namanya Kraft At Kerawitkraft. Usha tengok 'Eh cantik-cantik lah bantal dia'. Mula lah mabuk kan nak design mcm mana pula. Tapi design yang aku pilih aku cari kat Mr Google. Berkenan and nampak cantik grab je bagi kat Kraft At Kerawitkraft suruh rialisasikan design yang aku berkenan tu. All the design and colour aku yang pilih. Dah namanya hadiah dari aku kan. Kalau nak lebih-lebih bayar sendiri. Haha. Jadi hasilnya ialah 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Layanan dan kerjasama yang diberikan sangat lah bagus. Aku suka cara dia treat her customer plus dapat pula customer macam aku yang tak banyak songeh. Bagi aku customer yang banyak songeh ni tak reti nak hargai kerja orang. Ok tetiba bagi pendapat sendiri pula. Lepas ni mesti ada yang kata ' Eh kita bayar kan so memang hak kita nak banyak songeh ke tak'. Whatever pendapat masing-masing kan. Bagi aku bila kita senangkan kerja orang secara tak langsung kerja kita pun jadi senang. 

So whoever yang nak bantal cantik or apa-apa sahaja leh lah usha FB Kraft At Kerawitkraft. Ada banyak lagi kraft yang dia buat selain dari bantal. Gud luck all.

*Kamsahamnidar*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails