Thursday, March 29, 2012

Warna warninya..

Assalamualaikum..

Cantiknya warna-warna yang wujud di alam ini. Bila mata menatap, mulut tidak jemu mengungkapkan cantik, lawa, comel, cool. Owhh sungguh bersyukur kerana dapat melihat warna-warna ini. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak diberi nikmat penglihatan? 

Dunia mereka gelap, kelam, suram tanpa sedikit pun bias cahaya yang hadir dalam hidup mereka. Tapi mereka masih boleh berbahagia dengan kehidupan mereka. Owhh sebabnya Allah SWT telah memberikan yang terbaik dengan mereka. Penilaian dari pandangam mata HATI membolehkan mereka lebih tabah dan sabar. Alhamdullilah..





Ini warna-warna yang dapat kita lihat hari-hari. Panjatkan lah kesyukuran kepada-Nya. Entah esok atau lusa masihkah kita dapat menatapnya? Siapa pun tidak tahu kerana hanya dye yang Maha Mengetahui. Hari ini Dia beri nikmat esok lusa kita tak tahu. Hari ini Dia datangkan bencana esok lusa kita tak tahu. 

Lagi warna warni disini


Sunday, March 18, 2012

Harinya sudah tiba

Assalamualaikum..


Hari ini sudah pun tiba. Maknanya sudah tiba juga masa untuk aku meninggalkan tempat ini. Sedih tak terkata dah sekarang nie.. Barang pun sudah siap tersedia, cuma menunggu waktunya tiba sahaja. Entah bila pula dapat ketemu dengan orang disini pun tak tahula. Harap terus dipanjangkan umur untuk kembali lagi ke tempat ini. Insyallah. Juga dipanjangjan umur orang disini supaya dapat ketemu lagi. Amin..




p/s ~ 8.00 malam akan bermulalah perjalananku....


Saturday, March 17, 2012

Bukan budak tingkatan : Aunty salah soalan

Assalamualaikum..

Hari nie aku gembira. Gembira bukan sebab esok dah nak balik Johor tapi sebab lain. Kalau part kene balik Johor tu xde yang gembira dalam hidup aku. Sedih ada laa. Setiap kali nak peluk, cium sebab dah nak naik bas mesti nagis. Manja betul aku kan, padehal selalu je balik. 

Apa yang membuatkan aku gembira pada hari nie ialah bila pagi tadi sewaktu aku teman Mama pergi tolong orang kampung untuk majlis kenduri kahwin, ada 2 orang aunty tanya aku tingkatan berapa? Haha xsangka ada lagi orang yang akan tanya soalan macam tu kat aku. Bukan apa, iyalah aku ingatkan bila orang tengok pada fizikal aku orang akan tanya kerja kat mana, x pun mengaji kat mana. Nie tak orang tnya tingkatan berapa. Sapa xgembira. Means that yang fizikal aku nie macam budak2 sekolah lagi la. 

Tapikan..entah2 aunty tu tengok aku nie macam terencat dan tak matang kot. Ermm mungkin sebab tu dye tanya aku tingkatan berapa. Tapi kalau sebab aku tak berapa nak matang, aunty tu tnya soalan macam tu owhh sedihnya aku. Mulai hari nie juga aku kene jadi seorang yang matang. Huhu.. Tapi kalau matang nie nampak cam serius plak xde gelak ketawa. Haishh kalau macam tu tak gembira lah hidup, muka pula mesti banyak kedut. Whatever.

Aunty..aunty.. tak kisah laa aunty nak kata saya nie macam budak tingkatan ke, macam budak dah kerja ke, macam budak yang ngah study ke, yang penting saya bahagia. Hek3x..

Muda tak aku? Haha

p/s ~ beg x kemas lagi. Tak nak balik Johor boleh??

Friday, March 16, 2012

Number One For Me : Ibu

Assalamualaikum..

Ini lagu buat mu Mama yang amat disayangi. Walau apa jua yang berlaku Insyallah kak Ngah akan sentiasa sayang mama. Mama adalah yang terbaik yang pernah kak Ngah jumpa. Tiada 2 mahupun 3, u are the only one. U 

Sedegil mana pun kami, senakal mana pun kami, mama tetap sabar melayan. Ermm mampukah aku nanti setabah dan sesabar mama bila dah ada anak nanti. Insyallah doakanlah yg terbaik. Amin. (Bila nak khwin pun xtahu lagi dan berangan ada anak)



I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

Chorus:
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone

I swear that I would
I would make it up to you 

Mum I’m all grown up now
It’s a brand new day
I’d like to put a smile on your face every day
Mum I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I’d face in time
‘Cause now I’ve got a child of mine
And even though I was so bad
I’ve learned so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kid the way you do

CHORUS
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
There’s no one in this world that can take your place
Oh, I’m sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I’m around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me

CHORUS
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me

p/s ~ Tinggal 2 hari aje lagi..


Lapar

Assalamualaikum...

Ermm sedak, sedak, sedak.. (iklan Thr Gegar) dengar online

Budu ngan ikan tawar. Cicoh dengan pelbagai ulam-ulaman. Meme blago laa. Namboh nasi 2,3 kali xkaba.

 
+
 
Combination yang terbaik. Melengkapi antara satu dengan yang lain..

Perut ayam percik. Make 1 nak lagi. Jare nak buleh jupo. Di johor bharu xrajin jupo lagi.

 

Laksam Kelate. Lakso sedak jugok. Aduhhh..

 

Nasi kerabu.. Makene hok wajib make kalu kelik Kelate. Kalu sero nak make do'oh cari kat pasar male hop mano kedai ado jual.

 

nk tengok lagi? cnie ada makanan kelate..

 P/s ~ Maafkan aku kerana membuat entry yang membolehkan korang yang melihat terasa lapar dan kecur air liur.. 

Thursday, March 15, 2012

Kehidupan tanpa insan digelar IBU

Assalamualaikum..

Bagaimana hidup kamu semua yang sudah tidak berIbu? Bahagiakah kamu? Mendapat kasih sayang yang cukupkah kamu? Macam mana pula dengan pakai makan kamu? Owhh mesti kamu yang tak berIbu sedihkan? Aku boleh bayangkan bagaimana kehidupan kamu... 

Tadi aku berkesempatan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan seorang anak yang sudah tidak mempunyai Ibu. Ibu beliau telah kembali ke kepada penciptanya akibat barah mulut. Al-Fatihah.. Aku menghadiri majlis itu atas ajakan ayahnya (bapa tunggal) yang juga kenalan ayah aku. Kami sekeluarga pernah bertemu mereka sekeluarga sewaktu 'Hari Keluarga' anjuran tempat ayah aku kerja. Mak aku memang selalu akan lepak dengan arwah mak beliau jika bertemu pada hari berkenaan, so memang kenal dan rapat lah.

Berbalik kepada majlis perkahwinan yang aku hadiri itu. Tanpa ibu, macam mana seorang bapa menguruskan majlis anaknya? Kerana bagi aku tanggungjawab bapa adalah mencari rezeki untuk keluarga, manakala tanggungjawab ibu pula menyempurnakan tugasan di rumah seperti memasak, mengemas, mendidik anak-anak. Seperti yang sedia maklum, sebelum majlis mestilah nak kene prepare bahan-bahan yang ingin digunakan ketika majlis. Mungkin tanpa ibu ketika nie masih belum terasa lagi sebabnya, bapa mungkin boleh menempah makanan dari pihak catering, menghantar gubahan ke pada mereka yang boleh menguruskan. Bagaimana pula sewaktu majlis? Mana nak kene layan tetamu. Yang perempuan dilayan oleh ibu, yang lelaki pula dilayan oleh bapa. Apabila ibu tiada, bagaimana? Melainkan jika masih ada kakak di atas. Boleh juga kakak layan tetamu perempuan. Dan penghujungnya selepas majlis pula.  Nak kene kemas periuk belanga. Makanan pula banyak yang tak habis. Rumah bersepah. Bolehkah bapa menguruskan rumah waktu nie andai tanpa ibu? 

Ya Allah aku sangat bersyukur yang aku masih lagi mempunyai Ibu ketika ini. Alhamdullilah. Tapi apakah akan terjadi di kemudian hari? Aku hanya mampu berdoa, berserah kepada-Mu Ya Allah kerana aku tahu setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Tapi seboleh-bolehnya biarlah aku berkesempatan untuk membalas segala jasa dan apa sahaja yang telah ibu aku curahkan pada aku sewaktu ketika dahulu.

p/s ~ Sayang Mama sangat2. 

Wednesday, March 14, 2012

Serabut dan bercuti : Punca terabai

Asssalamualaikum..


Dulu bukan main rajin sangat, sekarang entah laa nak kata pemalas sangat tu takde lah.. Sebabnya kalau pemalas sangat takdelah aku menaip dan mengepost entry nie. Ye dak?? 

Sebenarnya, semenjak aku sibuk dengan nak buat chapter 1-3, 3minggu lepas aku rasa sangat serabut. Serabut macam mana nak buat ayat dengan baik. Baik kat cnie means ayat betul, grammar xtunggang terbalik, word yang digunakan pulak berbeza-beza walaupun maksud yg sama. Tapi tulah bila dah dari awal pembelajaran lagi aku dah memang set dalam kepala otak tak suka BI, so kesannya hari nie la. Aku tak boleh nak selesaikan masalah nie. Ayat tak boleh nak cipta sendiri, word guna yang sama, grammar apatah lagi entah laa.. Benci.. Benci dengan diri sndiri kenapa aku tak suka BI dari dulu?

Selepas sahaja chapter 1-3 siap dan dihantar untuk disemak (walaupun banyak tiru ayat), malamnya aku naik bas balik kampung. Dah memang plan awal-awal lagi yang aku nak balik nie. Memang aku tak fikir lain dah sebab memang serabut sangat. Aku rasa dengan balik rumah sahaja aku boleh kurangkan kesarabutan itu. Kat rumah aku memang tak sentuh langsung apa yang aku buat kat universiti. Memang dah macam bukan seorang pelajar bila berada kat rumah. Hari nie dah hari  ke-5 aku bersenang lenang kat rumah buat apa yang aku suka dan makan apa yang aku nak. Memang benar laa pepatah yang mengatakan "Rumahku Syurgaku" (biarpun pada hakikat sebanar rumah nie adalah rumah bapak aku).. >.<

Bila dah serabut, lepas tu dengan bercutinya aku itulah punca blog aku terabai. Update pun entry dengan yang aku copy paste ayat dan gambarnye dari tempat lain. Memang malas nak perah otak dan buat ayat yang bombastik laa aku nie kan.

Sudah sampai disini sahaja untuk kali nie. Sekarang dalam usaha menghabiskan bacaan "7hari mencintaiku" yang mempunyai 1048ms yang aku beli dekat KBmall dengan harga RM 24 ++ sebab dapat potongan 30% sempena pameran buku POPULAR. Bukan main gigih lagi aku kan. Kalau baca journal macam segigih aku baca "7hari mencintaiku" kan best.  Masalahnya aku tak segigih tu. Baca 2,3 ayat dah lentok.

p/s ~ Aku nak jadi apa sebenarnya??

Sunday, March 11, 2012

Doa seorang ibu

Assalamualaikum




Doa Ibu- ialah keikhlasan terbaik di semesta.
Doa Ibu - ialah jambatan kebahagiaan bagi anak-anaknya.
Doa Ibu -
 ialah ketulusan yang selalu memaafkan kesalahan. 
Doa Ibu - ialah cinta yang tak pernah padam. 


oleh itu..




Jagalah hubungan dengan seorang Ibu. Jika air mata ibu telah menitis walaupun setitik maka 10 kebajikan anak hilang. Tapi ianya berbeza bila air mata ibu menitis sebab bangga dengan pencapaian anaknya. 

p/s ~ Haram sambut Hari Ibu sebab hari2 adalah hari ibu.

Friday, March 9, 2012

Tinggal ibu lumpuh di hotel

Assalamualaikum..


Manusia yang lakukan perbuatan yang macam nie agak-agak ada otak x? Manalah tahu otaknya telah terburai, bersepai kene gilis dengan trailer atau apa aje kemudiannya akal terus terbang. Grrr ~



Tergamak sungguh anak tunggal mak cik nie tinggalkan mak cik nie kat hotel. Sudahlah lumpuh dan tak dapat nak menguruskan diri sendiri dibiarkan sorang-sorang plak. Anak jenis apa laa agaknya anak mak cik nie ya. Alangkah orang yang dah kehilangan ibu, sedih dan rindu nak jumpa, yang masih ada ibu sanggup buat cam nie. Sangat mengecewakan. Tambahan pula yang lakukan perbuatan cam nie adalah orang Melayu. ORANG MELAYU ok!! Yang baik hati dop membantu mak cik nie pula orang Cina. Orang yang tidak seagama dengan kita. Tengok video nie. Minitis air mata ok.


Tapi, aku cuba untuk fikir positif. Anak mak cik nie mungkin ada masalah dengan wang sebabnya sebelum tu dye ada bayar untuk penginapan mak cik tu selama 4 hari. Yang selebihnya dye tak bayar tu kemungkinan dye dalam usaha untuk mencari wang kot. Mungkin juga dye ada masalahnya sendiri hinggakan nak g hotel tu pun tak dapat.

p/s ~ Apa-apa pun bersangka baik la terhadap semua orang. Tak sabar nk jumpa family..


Saturday, March 3, 2012

Untuk yang belum menemui pasangan hidup : Juga aku

Assalamualaikum..


Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa.

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Untuk Adam.

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.

entry copy paste : share
 
p/s ~ Tak pernah menyesal dan kecewa kenapa sampai sekarang aku tak berpasangan..

Hari minggu di lab : Rajin x aku?

Assalamualaikum..


NO!!!

Huhu.. Hari minggu pun kene masuk lab. Kene wat kerja. Apalah nasib badan. Sudah laa proposal tak siap lagi. Haru biru hidup nie. Tapi..Tapi.. Tapi.. Even banyak kerja, tidur pun kadang2 xcukup masih lagi mengada-ngada nak berjimba, nak bermain, nak tengok cerita2 yang aku download setiap hari kalau menapak ke lab. Masyallah xinsaf2 kan. Lepas tu mulalah minta tangguhkan tarikh untuk penghantaran proposal. 

Ermm manusia tak sempurna. Itulah aku. Pantang ada peluang berjimba, aku ikut. Pantang ada kesempatan untuk bermain, aku join konon nak sihatkan tubuh badan, keluar peluh. Bila  serabut nak buat kerja xboleh dan cerita yang aku download banyak tak tengok lagi aku layankan. Lepas tu bila dan mengantuk aku tido.. Bila kerja nak siap????? B ++ betul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails