Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan bagi menggambarkan perasaan yang gembira terlampau nie. Kurang dari 24 jam lagi nak naik bas untuk pulang ke kampung halaman. Yabedabedo. Excited..
Dekat 2 bulan tau tak balik kampung nie. Selalunya every one month aku comfirm balik. Last balik aritu masa Raya AidilFitri. Nie nak raya AidilAdha dah, baru dapat balik lagi. Huhu. Lepas nie tak tahu bila plak dapat balik. Lagi-lagi sekarang nie memang buzy teramat sampaikan yang dua minggu tak sempat nak update blog.
Nie dapat balik untuk seminggu lebih kira dapatlah lepas rasa rindu yang terpendam dekat keluarga. Nak peluk Mama kuat-kuat. Nanti nak g shopping sama-sama. Nak masak-masak kat rumah. Yehh!!
Hati cukup tersentuh tengok video adik adam yang setiap hari ke pusara maknya tanpa jemu kerana rindu. Bergenang sudah dikelopak matanya air yang bila-bila masa akan jatuh ke bumi..
Dengan usia yang baru 5 tahun belum cukup tabah lagi untuk Adam menerima akan kematian maknya. Malahan pada usia itu juga dia bukan sahaja kehilangan mak tapi juga telah kehilangan ayahnya.
Moga Adam terus tabah mengharungi hari-hari yang mendatang dan membesar dengan menjadi insan yang berguna dan bertanggungjawab. Juga tidak akan lupa untuk menziarahi pusara kedua-dua ibu bapanya walaupun sudah meningkat dewasa.
Semalam kakak aku ada post satu gambar kat FB. Tilik punya tilik aku teka laa benda tu mangkuk bertingkat sekali ehh bukan la. Rupenya tu pengukus bertingkat. Hoyehhh.
Mama beli pengukus baru. Pengukus sebelum nie yang sedia ada cuma setingkat je, kali nie mama beli yang lagi advance punya. Terima kasih mama. Aku tahu nape mama beli pengukus bertingkat nie, sebabnya anak-anak dye xkira aku atau kakak aku suka memasak sekarang nie. Alkisahnye bermula masa buat apam polkadot. Nak kukus apam nie nak kene 2-3 kali kan sebab kalau nak kukus sekali harun untuk satu tingkat memang xboleh la. Jadi bila ada pengukus bertingkat dapat laa save masa, gas semua tu. Juga leh laa buat kek coklat masak 2biji sekali bila dah ada pengukus bertingkat nie.
p/s ~ makin rancak laa aku mencuba pelbagai resepi bila balik rumah nanti. Nie pun dah ada resepi menunggu. ;)
Ini lagu buat mu Mama yang amat disayangi. Walau apa jua yang berlaku Insyallah kak Ngah akan sentiasa sayang mama. Mama adalah yang terbaik yang pernah kak Ngah jumpa. Tiada 2 mahupun 3, u are the only one. ♥ U
Sedegil mana pun kami, senakal mana pun kami, mama tetap sabar melayan. Ermm mampukah aku nanti setabah dan sesabar mama bila dah ada anak nanti. Insyallah doakanlah yg terbaik. Amin. (Bila nak khwin pun xtahu lagi dan berangan ada anak)
I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
Chorus:
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I’m all grown up now
It’s a brand new day
I’d like to put a smile on your face every day
Mum I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face every day
And now I finally understand
Your famous line
About the day I’d face in time
‘Cause now I’ve got a child of mine
And even though I was so bad
I’ve learned so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kid the way you do
CHORUS
You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
There’s no one in this world that can take your place
Oh, I’m sorry for ever taking you for granted, ooh
Bagaimana hidup kamu semua yang sudah tidak berIbu? Bahagiakah kamu? Mendapat kasih sayang yang cukupkah kamu? Macam mana pula dengan pakai makan kamu? Owhh mesti kamu yang tak berIbu sedihkan? Aku boleh bayangkan bagaimana kehidupan kamu...
Tadi aku berkesempatan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan seorang anak yang sudah tidak mempunyai Ibu. Ibu beliau telah kembali ke kepada penciptanya akibat barah mulut. Al-Fatihah.. Aku menghadiri majlis itu atas ajakan ayahnya (bapa tunggal) yang juga kenalan ayah aku. Kami sekeluarga pernah bertemu mereka sekeluarga sewaktu 'Hari Keluarga' anjuran tempat ayah aku kerja. Mak aku memang selalu akan lepak dengan arwah mak beliau jika bertemu pada hari berkenaan, so memang kenal dan rapat lah.
Berbalik kepada majlis perkahwinan yang aku hadiri itu. Tanpa ibu, macam mana seorang bapa menguruskan majlis anaknya? Kerana bagi aku tanggungjawab bapa adalah mencari rezeki untuk keluarga, manakala tanggungjawab ibu pula menyempurnakan tugasan di rumah seperti memasak, mengemas, mendidik anak-anak. Seperti yang sedia maklum, sebelum majlis mestilah nak kene prepare bahan-bahan yang ingin digunakan ketika majlis. Mungkin tanpa ibu ketika nie masih belum terasa lagi sebabnya, bapa mungkin boleh menempah makanan dari pihak catering, menghantar gubahan ke pada mereka yang boleh menguruskan. Bagaimana pula sewaktu majlis? Mana nak kene layan tetamu. Yang perempuan dilayan oleh ibu, yang lelaki pula dilayan oleh bapa. Apabila ibu tiada, bagaimana? Melainkan jika masih ada kakak di atas. Boleh juga kakak layan tetamu perempuan. Dan penghujungnya selepas majlis pula. Nak kene kemas periuk belanga. Makanan pula banyak yang tak habis. Rumah bersepah. Bolehkah bapa menguruskan rumah waktu nie andai tanpa ibu?
Ya Allah aku sangat bersyukur yang aku masih lagi mempunyai Ibu ketika ini. Alhamdullilah. Tapi apakah akan terjadi di kemudian hari? Aku hanya mampu berdoa, berserah kepada-Mu Ya Allah kerana aku tahu setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Tapi seboleh-bolehnya biarlah aku berkesempatan untuk membalas segala jasa dan apa sahaja yang telah ibu aku curahkan pada aku sewaktu ketika dahulu.
Doa Ibu- ialah keikhlasan terbaik di semesta. Doa Ibu - ialah jambatan kebahagiaan bagi anak-anaknya. Doa Ibu - ialah ketulusan yang selalu memaafkan kesalahan. Doa Ibu - ialah cinta yang tak pernah padam.
oleh itu..
Jagalah hubungan dengan seorang Ibu. Jika air mata ibu telah menitis walaupun setitik maka 10 kebajikan anak hilang. Tapi ianya berbeza bila air mata ibu menitis sebab bangga dengan pencapaian anaknya.
p/s ~ Haram sambut Hari Ibu sebab hari2 adalah hari ibu.
Manusia yang lakukan perbuatan yang macam nie agak-agak ada otak x? Manalah tahu otaknya telah terburai, bersepai kene gilis dengan trailer atau apa aje kemudiannya akal terus terbang. Grrr ~
Tergamak sungguh anak tunggal mak cik nie tinggalkan mak cik nie kat hotel. Sudahlah lumpuh dan tak dapat nak menguruskan diri sendiri dibiarkan sorang-sorang plak. Anak jenis apa laa agaknya anak mak cik nie ya. Alangkah orang yang dah kehilangan ibu, sedih dan rindu nak jumpa, yang masih ada ibu sanggup buat cam nie. Sangat mengecewakan. Tambahan pula yang lakukan perbuatan cam nie adalah orang Melayu. ORANG MELAYU ok!! Yang baik hati dop membantu mak cik nie pula orang Cina. Orang yang tidak seagama dengan kita. Tengok video nie. Minitis air mata ok.
Tapi, aku cuba untuk fikir positif. Anak mak cik nie mungkin ada masalah dengan wang sebabnya sebelum tu dye ada bayar untuk penginapan mak cik tu selama 4 hari. Yang selebihnya dye tak bayar tu kemungkinan dye dalam usaha untuk mencari wang kot. Mungkin juga dye ada masalahnya sendiri hinggakan nak g hotel tu pun tak dapat.
p/s ~ Apa-apa pun bersangka baik la terhadap semua orang. Tak sabar nk jumpa family..