Sunday, October 6, 2013

Dua minggu super buzy

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dua minggu blog x berupdate. Kesiann. Bukan takde cerita yang nak diceritakan tapi keadaan yang tak memerlukan. Dari pada 'writing' kat blog ada baiknya aku 'writing' tesis aku. yehhhh!!

Dan kali nie aku akan makin aktif mengupdate blog sebabnya aku dah siap 'writing' tesis aku. Alhamdullilah.. Setelah bersusah payah menaip ayat dan mengoreng akhirnya tesis berjaya aku hantar kpd supervisor. Opss tu baru supervisor ya. Belum lagi hantar kepada fakulti untuk diberi kepada evaluator. Masih panjang lagi step sebelum dapat tarikh untuk viva. So ada kemungkinan aku akan 'hibernate' lagi dari blog nie. Tunggu dan lihat ajelah.

Sepanjang menulis tesis, tido memang tak teratur. Sama juga seperti makan. Tido jam 4,5 pagi bangun jam 6,7 pagi untuk solat subuh lepas tu pergi lab. Makan pula sesuka hati. Taram je apa yang ada hinggakan tak ingt dunie sebab stree terlampau. Aku kalau stress ha memag makan banyak. Dah lah dengan takde masa nak g exercise makan pula suka hati. Terbaikk..

Tapi nie dah siap semua dulu, aktiviti aku akan kembali seperti sedia kala ++ masa lapang mengupdate blog, tengok cerita dan buat perkara yang melalaikan. Terbaik!! Hari nie ada kolej buat 'open day' dan adakan program menderma darah.. Aku nak pergi lah. Sebelum nie pun dah pernah pergi untuk derma darah nie tapi haemoglobin tak lepas. Diorang nak 12.5 dan ke atas aku punya 12.1 je. Ala lagi seciput je. Sedih!! Tapi aku dah makan daging ngan hati ayam. Hope aku dapat derma darah. Korang doakan aku ya. TQ~


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails