Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Hati cukup tersentuh tengok video adik adam yang setiap hari ke pusara maknya tanpa jemu kerana rindu. Bergenang sudah dikelopak matanya air yang bila-bila masa akan jatuh ke bumi..
Dengan usia yang baru 5 tahun belum cukup tabah lagi untuk Adam menerima akan kematian maknya. Malahan pada usia itu juga dia bukan sahaja kehilangan mak tapi juga telah kehilangan ayahnya.
Moga Adam terus tabah mengharungi hari-hari yang mendatang dan membesar dengan menjadi insan yang berguna dan bertanggungjawab. Juga tidak akan lupa untuk menziarahi pusara kedua-dua ibu bapanya walaupun sudah meningkat dewasa.
kisah adik adam
1 comment:
Adik Adam seorang yang kuat, dan redha dengan ujian dari Allah, moga adik Adam akan terus kuat..
Post a Comment