Saturday, August 3, 2013

Kalau Aku Kaya

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Kalau aku kaya aku tak akan susahkan orang. Semua benda aku mampu miliki dan mampu buat sendiri. Tapi itu hanyalah 'KALAU' kerana pada hakikat sebenar aku tak kaya. Kehidupan biasa-biasa. Apa yang aku nak bukan semua aku boleh dapat pada saat itu juga tapi dengan mangambil masa. 

Aku pun sama seperti orang lain teringin nak memiliki gajet-gajet canggih. Teringin nak bergaya dengan pakaian cantik-cantik. Walaupun aku sebenarnya ada duit untuk beli, tapi aku tak nak membazir untuk benda-benda macam tu. Banyak lagi perkara yang aku perlu lakukan dengan duit tersebut. Baik aku simpan. Manalah tahu tiba-tiba ada kecemasan. Kalau dengan takde duit mesti akan lagi susahkan.

Bercerita pasal duit kadang-kadang boleh buat aku emosi. Sebabnya aku belum kerja. Lepas tu sekarang tengah mengharapkan pinjaman pelajaran aku disambung kembali. Sementara menunggu untuk disambung tu aku TERPAKSA mintak duit dengan parents. Ingat aku suka sangat mintak duit ngan parents nie. Helloo pada usia sekarang dua puluh tiga nie aku yang sepatut bagi duit kat diorang bukan aku lagi pergi mintak dengan diorang. Aku pun xtahu lah kenapa orang tak faham kalau aku cakap tak nak menyusahkan parents.

Bebel panjang pasal duit kat cnie pun takde guna. Setakat untuk luahkan rasa hati boleh la. Kalau dengan harapan akan dapat duit sedebuk lepas post entry nie jangan mimpilah. Kecuali Allah SWT nak bagi rezeki. Dah kita layan dulu lagu nyayian Altimet ngan Awi Rafael ni. Diorang pun tak kaya. Sebab kalau diorang kaya mesti diorang dah buat apa yang diorang dok nyayikan nie. :)


p/s ~ kalau ada orang nak kasi pinjam duit dia pun masalah tak akan habis sampai situ sebab nanti nak kene bayar duit yang dipinjam tu. Haiyakk berhutang namanya. 

2 comments:

Mizzi Ifwat said...

Hidup biar bersederhana.. kalau kita ada duit sedikit sekalipun, jika kita mapu manage n tau nk gune ble dan di mana, pasti segalanya lancar..

"Kain pendinding miang, wang pendinding malu"
nescaya jika kita tau gunakan ia di tempat yang btul, dengan duit yang sedikit pun mampu memberi faedah dan pulangan kpd kita..

weschairs said...

Semua orang ada perkara yang mesti dia nk buat kalau kaya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails