Thursday, June 27, 2013

CPUV : Sudah lama tidak ber'update'

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Tak pejam tak celik, rupenya dah lama aku x update pasal BE. Bukan nak berbangga tapi untuk menarik perhatian pihak Nuffnang supaya mengiklankan lagi banyak yang menarik kat blog buruk aku nie. Nak kata aku rajin update blog, xde lah rajin sangat sbb aku terlampau banyak kerja sekarang nie. #bajetbizi


Rupenya tuk tahun dua puluh tiga belas nie dah ada tiga belas BE. Alhamdullilah. Aku berblog pun hanya tuk suka-suka. Untuk meluahkan andai ada sesuatu yang berbuku di hati dan tak tahu nak luah kat siapa. Juga kadang2 tu untuk berkongsi resepi makanan yang aku buat. Tak lupa untuk berkongsi apa yang menarik yang aku rasakan. 

Hingga sekarang ada 3 BE yang tengah running. Antara yang menarik ialah Kotex Fresh Liners. Ialah mana tak menariknya, kalau ada rezeki dapat menang hadiah yang bernilai hampir RM 10,000. Kayo weii. Hehe. Yang lain ialah INTI Cycle 3 Degree dan Mitsubishi Mirage (June). Harap semua BE nie dapat kekal lama lah. Dapat kumpul banyak cikit. Aku bertekad untuk tidak cashout hingga tiba masanya. Hehe

p/s ~ xde cite nak berupdate, pasal BE pun jadi lah

Sunday, June 23, 2013

Jerebu Oh Jerebu

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah.. Sehingga ke hari ni aku masih diberi nafas bagi melalui hari-hari yang entah macam mana keadaannya. Walaupun udara yang dihirup 2,3 hari ini banyak kekotorannya, tapi itulah yang terpaksa ditanggung buat sementara waktu. Berdoalah kita kepada-Nya supaya hujan diturunkan bagi mengurangkan kadar pencemaran udara di negara kita pada hari nie.


Senang bercakap tapi untuk hadapi tu agar sukar sebenarnya. Aku yang 2,3 hari berada di bumi Kelantan yang mana Indek Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap 'moderate' memang mudah untuk berkata-kata sebabnya aku tak menghadapi cuaca yang teruk seperti mana kawan kat JB sana. Tapi malam nie akan tiba masanya untuk aku kembali ke sana. huhu

Ramai kawan2 kat FB upload gambar situasi kat JB atau lebih tepat lagi UTM. Suasana yang kelam dan seakan-akan berkabus itu sebenarnya adalah #jerebu yang melanda ekoran daripada pembakaran hutan di Sumatera. Juga hingga ke saat entry ini dilengkapkan Muar, Johor telah diistihar darurat disebabkan IPU yang telah melebihi 600 yang mana berada dalam kategori 'hazardous'. 



Mengakhiri cerita jerebu oh jerebu kali ini, aku sertakan video yang telah dimuat naik oleh salah seorang pelajar UTM yang bertajuk "Tatkala UTM jerebu". Saksikan...



note : Jaga kesihatan. Minum air dengan banyak juga elakkan aktiviti luar.

Monday, June 3, 2013

Penuh Semangat

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Aku hanya punyai masa selama 60 hari lagi. Harap dengan 60 hari yang dimiliki, aku menggunakan masa itu dengan sebaik2nya. Aku harus mempunyai 'goal' yang perlu aku capai supaya aku menjadi lebih tabah dan gigih bagi mendapatkan 'goal' tersebut. Sesungguhnya aku sudah tidak tahan dan mampu lagi berada di sini.

Walaupun dikelilingi sahabat2 yang best tapi berada di sisi keluarga adalah paling best. Aku sudah tidak sabar untuk berada di sisi mereka. Membantu keluarga aku mana yang mereka perlu, juga bagi meneruskan kehidupan aku dengan mereka. Jika diizinkan Allah SWT selepas nie aku hanya ingin kerja berdekatan dengan mereka. Nanti senanglah untuk aku menjaga mereka disamping aku leh balik rumah sentiasa, makan makanan Mama yang best2. Hehe


Semoga dengan 60 hari yang dimiliki aku berusaha dengan sebaik2nya. Tidak lalai dan lara dengan apa yang aku lakukan. Terus bersemangat untuk melakukan kerja yang belum siap. Ya Allah bantulah teguhkan hati hamba Mu ini. Penuhkan hati hamba Mu ini dengan semangat dan keazaman untuk menjadi lebih baik. Sesungguhnya hanya dengan pertolongan Mu akan menjadikan aku seorang yang tabah dan kerajinan. Amin..

p/s ~ Ya Allah. Jika aku lemah dan jatuh. Kau berilah aku keyakinan untuk terus bangkit dari kelemahan aku sendiri. Bantulah aku Ya Allah. Aamiin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails