Wednesday, October 1, 2014

Nomad @ Mini Karnival Karangkraf

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau sebelum ni jumpa artis ke apa ke kita biasanya buat don't know je. Tapi bila jumpa Nomad kita tak mampu nak buat don't know. Haha. Kebetulan waktu Nomad datang tu kita tengah waktu rehat kan, apa lagi terus ke depan tengok Nomad nyanyi dan snap gambar. 


Bukan takat snap gambar Nomad sorang je, kita mintak orang snap gambar kita ngan Nomad sekali. Nasib baik kawan kita yang dok sebelah Nomad tu pun beria-ria nak amik gambar ngan Nomad jugak, kalau tak kita segan nak amik gambar berdua dengan Nomad tuh. Puihhh bajet malu plak kita kan. Padehal mahu saja. 



Dalam ramai-ramai artis Nomad lah artis bertuah sebab dapat bergambar dengan kita. Waktu Mini Karnival tu berlangsung artis Wan Maimunah pun ada datang. Tapi kita wat don't know je waktu dia berjalan sebelah kaunter kita jaga. Hulur tangan untuk bersalam pun kita tak hulur. Haha.. Memilih kan kita.. Ngan artis lelaki je kita nak. Lagi-lagi yang single mingle macam Nomad. Nomad pula orang Terengganu je. Kalau kata jodoh takde lah dapat yang jauh sangat. Muhahaha



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails