Friday, October 31, 2014

Pengalaman Interview SPA

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Bermula dengan kecewa dengan peperiksaan online Penguasa Kastam W41, lepas tu dapat peluang ke-2 plak untuk menduduki semula peperiksaan online dan alhamdullilah lulus peperiksaan tersebut. Maka tarikh 26/10/2014 merupakan satu sejarah baru tercipta bila ni adalah pertama kali kita interview SPA. 


Sebelum ni kita pernah dah dapat IV untuk SPA ni tapi semuanya kita tak pergi sebab waktu tu kita tengah belajar. Tapi alhamdullilah kita ingatkan kita dah kene 'blacklist' dah sebab tak pergi IV SPA. Bukan sekali kita tak pergi IV SPA tu tapi 3 kali tau. Memang masa tu kita takde rasa nk pergi IV pun sebab mmg tngah belajar, jadi macam tak fikir nk kerja lagi. Bangang punya orang kan. Sepatutnya kita pergi je IV tu sekurang-kurangnya leh kutip pengalaman. Jadinya bila kita tak pernah pergi IV SPA, IV untuk Penguasa Kastam W41 baru ni kita tak dapat nak kawal perasaan nervous.

Lagi-lagi waktu tu dah petang. Jam 4.15 petang baru kita masuk bilik temuduga. Kita sampai sana jam 9.30 pagi lagi. Ha agak2 berapa jam kita dok melangut kat situ. Orang yang pada awalnya ramai sampai kerusi tak cukup last2 satu baris tu hanya sorang je yang duduk. Dengar pulak pasal penemuduga yang 'saiko' lagi lah buat kita mengelabah. Huhu

Bila dah masuk dan duduk semua bukannya diorang terus tnya soalan. Diorang ajak sembang plak. Nyembang plak pasal diri. Tak pasal-pasal kene 2 kali intro pasal diri. Mulanya tak formal lps tu formal punya. Yang formal tu dalam BI. 

Lepas tu tanya pasal pendapat kita pasal bajet 2014. Huwaa mahu menagis masa tu. Sebab kita tak baca isi kandungan bajet. Kita just baca pasal 7 strategi bajet. Bila diorang tanya pendapat agak susah nak kelentong sbb nak kene tau isi kandungan 7 strategi bajet tu. Dalam 1 strategi tu lebih kurang 18 perkara kot. Tapi kita jawab je. Tibai lah. Last-last tu kita yang kene tibai balik sebab diorang twist jawapan kita. :(

Soalan seterusnya diorang tanya pasal GTP. Alhamdullilah dapat juga jawab ada 7 plan bawat NKRA. Dah dapat jawab tu depa tanya pulak keberhasilan plan2tu. Mana kita tau secara khususnya. Kita jawab lah keberhasilan rujuk balik pada 7 plan tu. Itu pun hampir nak perangkap diri sendiri sebab tak berapa pasti. 

Lepas tu wakil SPA past kat wakil Kastam plak tanya soalan. Soalan mula2 dia tanya pasal fungsi kastam. Alhamdullilah kita dapat jawab tapinya dalam keadaan nervous agak lambat juga lah nak bagi jawapan tu. Lepas tu dia tanya kita ada study tak pasal GST. Kita cakap la ada. Ingatkan nak lah tanya apa itu GST. Sekali dia suruh bagi 3 kebaikan dan keburukan GST. Makkkkk!!! Kita dapat bagi yang 3 kebaikan tapi yang keburukan dapat bagi 1 je. Dah la lama giler dop fikir sampaikan interviewer buat macam nak ketuk nak tau ada orang tak. waaaaa.. Last2nya kita cakap maaf tuan saya tak pasti. 

Akhirnya tuan cakap terima kasih. Maknanya dah habis IV. Dengan lengang lengok kita g depan diorang amik fail, keluar dan ucap terima kasih. InsyaAllah jika Penguasa kastam W41 adalah milik aku, ianya pasti menjadi milik ku. Amin.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails