Thursday, January 10, 2013

Percutian Pertama #2013

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Jalan-jalan pertama untuk tahun #2013 iaitu Melaka. Perghh setiap tahun nak g Melaka sekarang ya. Padehal baru tahun lepas g. Itupun belum cukup setahun lagi kalau ikut bulan. Haiyaa. Apa boleh buat dah Melaka aje yang dekat ngan Johor. Muhaha. 


Kalau sebelum nie g Melaka xsampai pun kat tempat nie, iaitu Taman Mini Malaysia & Asean Cultural Park. Jadi tahun nie kita singgah sebentar tengok apa yang ada. Nak masuk taman nie kene bayor tau. Kalau kanak2 RM5, besar cikit RM10. Tapi kalau pelajar dapat diskaun kene bayar RM7 je. Dengan syarat tunjuk kad pelajar. So kalau sapa2 yang masih ada title 'pelajar' tu sila la bawa kemana sahaja kad pelajar anda itu untuk dapat murah. Faham??

Apa yang ada kat taman tu? Ermm kalau korang xpernah pergi dekat negeri2 yang ada kat Malaysia nie cukuplah dengan pergi kat taman nie sebabnya kat taman nie korang pasti akan sampai kat negeri tersebut. Kahkahkah. Jarak masa nak sampai pun takde lah sampai berjam2. Jimat kan. Kalau kau dop kat negeri Johor, kau boleh jerit aje dekat orang yang kat negeri Kelantan tu. Bertapa dekatnye kan. Lepas tu kat cnie juga kau leh tengok design rumah kat negeri2 kat Malaysia. 

Bukan itu aje, kau juga leh tengok rumah bagi negara Asean. Tapiiiii tengok dari luar aje. Sebabnya diorang baru nak renovate and bersihkan balik rumah2 yang terbiar lama tu. Macam mano boleh sampai terbiar? Tidok la plok aku tahu kenapa. Rugi kan. Macam ianya satu pembaziran aje. Lepas tu nak kene maintanance balik. Aku yang masuk nie pun rugi sebab xdapat tengok secara keseluruhan.


Lepas dah kuar aje dari taman tu, perut dah kerok kerok dah bunyi suruh isi. Owhh ya sebelum datang ke Melaka tu, kami dah google siap2 kat Jusco mana yang ada jual tako tao. Maklumlah kat Melaka tu ada dua Jusco. Dah google, tahu lah yang Jusco Bandaraya Melaka ada tako tao. Terus berdesupppp ke sana. Kat sana juga kami makan makanan Jepun. Hehe kat restoran Sukiya. Best woo. Dye punya chef pula memang dari Jepun woo. Restoran Sukiya tu baru aje bukak 25 Disember tahun lepas. Kebetulan dengan kami pergi dapat la makan kat situ.


Dah kenyang apo lai, kita exercise la sikit. Maka jalan2 lah kami kat sekitar Banda Hilir plak. Kat Banda Hilir nie malas nak cite bebanyak sebabnya aku tahu ramai yang tahu apa yang ada kat sana. Lagipun macam entry nie dah berjela aje. Hehe


p/s ~ Banyak berjalan, luas pandangan.

1 comment:

ejulz said...

menarik.. best tempat ni kalau nak shoot gambar.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails