Sunday, June 23, 2013

Jerebu Oh Jerebu

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah.. Sehingga ke hari ni aku masih diberi nafas bagi melalui hari-hari yang entah macam mana keadaannya. Walaupun udara yang dihirup 2,3 hari ini banyak kekotorannya, tapi itulah yang terpaksa ditanggung buat sementara waktu. Berdoalah kita kepada-Nya supaya hujan diturunkan bagi mengurangkan kadar pencemaran udara di negara kita pada hari nie.


Senang bercakap tapi untuk hadapi tu agar sukar sebenarnya. Aku yang 2,3 hari berada di bumi Kelantan yang mana Indek Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap 'moderate' memang mudah untuk berkata-kata sebabnya aku tak menghadapi cuaca yang teruk seperti mana kawan kat JB sana. Tapi malam nie akan tiba masanya untuk aku kembali ke sana. huhu

Ramai kawan2 kat FB upload gambar situasi kat JB atau lebih tepat lagi UTM. Suasana yang kelam dan seakan-akan berkabus itu sebenarnya adalah #jerebu yang melanda ekoran daripada pembakaran hutan di Sumatera. Juga hingga ke saat entry ini dilengkapkan Muar, Johor telah diistihar darurat disebabkan IPU yang telah melebihi 600 yang mana berada dalam kategori 'hazardous'. 



Mengakhiri cerita jerebu oh jerebu kali ini, aku sertakan video yang telah dimuat naik oleh salah seorang pelajar UTM yang bertajuk "Tatkala UTM jerebu". Saksikan...



note : Jaga kesihatan. Minum air dengan banyak juga elakkan aktiviti luar.

2 comments:

Myra Jay said...

Smoga 'alam akan kembali sihat' dan jerebu semakin menjauhi..

Falsya said...

kat kl nie alhamdulillah dh kurang byk dh...agaknye sbb kelmarin ngan semlm hujan kut..syukur..take care okayh dik...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails