Tuesday, December 31, 2013

CPUV terakhir 2013 mungkin

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Masih lagi ada CPUV untuk tahun nie rupenya. Ingatkan Nuffnang dah xpeduli kat penulis lagi. Yelah sejak 2,3 menjak nie bukan main liat lagi nak update blog kan. Huhhh. Makin dok rumah makin malas jadinya. Kerja yang Dr baru bagi pun tak siap lagi. Buat 3,4 perenggan dah letak tepi. Janji ngan Dr nak siapkan ASAP. ASAP naik ke udara adalah. Huwaaaa

Kali nie CPUV dari INTI cycle. Penulis dok tengok ramai juga yang dapat CPUV dari INTI nie. Ada tu dapat 3 CPUV smuanya dari INTI. Walawehh masyuukk. Apa cerita INTI cycle nie? Adehh penulis pun tak tahu. Nak tahu moh ler singgah blog penulis sokmo. Nanti tubik iklan sal INTI tu klik-klik lah deh.


p/s ~ esok masuk tahun 2014 doh. Cerito 2013 penulis tak update lagi nie. :0

Sunday, December 29, 2013

Moh ler follow

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum. .

Tiba-tiba je rasa nk promote IG sendiri. Janji lepas ni penulis xbuat macam ni dah. Hehe. Harap maaf lah ya. K bye. 




Friday, December 27, 2013

Menara Tinjau

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dah lama merantau dok tempat orang, balik negeri pun tak sempat nak menjelajah ke seluruh pelosok mahupun pusat bandar sendiri. Hehe. Kalau balik pun sekejap-kejap dan banyak masa berada kat rumah, masak-masak dan tengok tv. 

Rupenya kat Tambatan DiRaja yang kat pusat bandar Kota Bharu dah ada menara tinjau. Dulu kat kawasan nie kedai-kedai makan tapi sekarang semuanya dah lesap yang ada menara nie je. Tinggi juga menara nie woo, penulis dan adik penulis berkesempatan panjat menara nie. Huh nasib baik kami ni bukan pengayat orangnya. Berjaya sampai ke kemuncak. Alhamdullilah. Semput tu ada lah juga. Tapi bila turun tu yang paling best.


Banyak itu cantik pemandangan bandar Kota Bharu dari atas nie. Juga boleh nampak  itu Jambatan Sultan Ismail. Tapi dalam entry nie takde gambar jambatan la. Yang ada itu gambar ajo la. Bendera kebanggaan pun ada nampak berkibar-kibar. Hehe


Owh ya nak naik menara nie ada waktu yang ditetapkan dan ada cas yang dikenakan. Omo-omo jangan cuba nak panjat suka hati. Lagi pula pagar dia berkunci kalau bukan waktunya. Bayaran yang dikenakan takde lah mahal sangat berbanding dengan view yang kita akan dapat lihat dari atas tu. Tak salah berbelanja sikit untuk sesuatu yang boleh dikatakan menarik. Tak gitu? 



p/s ~ Sesiapa yang nak panjat leh la cabar diri. Ehh? Hehe

Thursday, December 19, 2013

Aku bangga IC '03'

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Being as Kelantanese is not easy, but i was born this way. Alhamdullilah. 


p/s ~ jangan lupa jati diri

Saturday, December 14, 2013

Selepas banjir

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Kelantan pun banjir juga. Tapi kesan banjir itu takde lah ketara sangat seperti yang berlaku di Kuantan dan Kemaman. Di dua tempat tu memang teruk sangat-sangatlah banjirnya. Dan pastinya kemusnahan pun pasti banyak. Jadi hulurkan tangan ringankan beban. Hubungi mana-mana badan NGO or kerajaan yang bersedia untuk membantu. Harta tidak akan dibawa, tapi amal jariah itu yang diperlukan bila kita tiada nanti. Renungkan!

Air sungai Kelantan tahun nie tidak melimpah ke bandar Kota Bharu. Ia juga tidak menyebabkan banyak tempat banjir sebabnya di sepanjang Sungai Kelantan nie telah diuat benteng bagi menghalang air masuk ke sungai-sungai kecil. Tahniah untuk mereka yang telah membuat benteng. Usaha anda telah menyelamatkan ramai penduduk-penduduk yang mana saban tahun kalau rumah tak banjir, tak sah.

Nie ada sedikit gambar untuk keadaan selepas banjir di Tambatan Diraja. Kelihatan pekerja MPKB sedang bertungkus lumus membersihkan kawasan tambatan. Lumpur yang dibersihkan agak tebal juga lah. Tengok akan mereka buat kerja tu cam best je, cam menarik je. Hehe. 



p/s ~ Bumi Kelantan ditimpa hujan lagi hari nie

Wednesday, December 11, 2013

Daripada Nobody kepada Somebody

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Penulis tahu mesti takde seorang pun yang terlepas dari tengok video awek legoland aka Syasya kan? Semua orang tahu pasal tagline 'Macam Comel je, Macam Cantik je' kan? Dan tagline tu sekarang dah makin galak digunakan. Tidak hanya mengunakannya untuk cantik dan comel sahaja malah untuk perkataan-perkataan lain juga. Tak gitu? 

Daripada hanya mengunakan tagline itu untuk menceritakan kecantikkan mata Syasya sekarang tagline tu dah digunakan dimana sahaja. Malah ada yang menggunakan tagline itu untuk dijadikan tajuk lagi. Sebelum nie Amar (penyanyi Nasyid) telah menjadikan tagline tu sebagai tajuk lagu beliau. Kali nie pula Erry Putra menggunakan tagline tersebut. Bukan setakat menggunakan tagline tersebut, Erry Putra turut mengundang Syasya yang mana nama komersial sekarang Syasya Solero untuk berduet dengan beliau. 

Woo whose know kan. Syasya daripada awek legoland yang diperkatakan sekarang dah famous. Siap dapat berduet dengan Erry Putra lagi. Ko ada? Semestinya takde. Yaa masuk kepada tajuk post "Daripada Nobody kepada Somebody". Rezeki masing-masing. Kita tak tahu apa yang berlaku melainkan kita dah lalui juga kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Just watch your step. Hidup umpama roda, kadang-kadang kita dibawah dan ada ketikanya kita diatas. Just prepare. 

And here penulis attach sekali lagu baru Erry Putra ngan Syasya. Even hanya menyumbang suara 10%, Syasya dapat nyanyi n berkoleberasi ngan artis.


p/s ~ penulis bukan peminat Syasya

Sunday, December 8, 2013

Bubur asyura di bulan Safar

 Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum. .

Walaupun bulan Muharram dah 5 hari berlalu tapi masih ada lagi yang buat bubur asyura. Alhamdullilah secara tak langsung ianya menjadi rezeki buat kami sekeluarga. Sementelah tahun nie kat kampung penulis takde orang buat pun. Malah kat masjid pun takde buat. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu.


Kebetulan dah ada orang buat nie, secara tak langsung ianya telah tercipta satu pengalaman baru buat penulis iaitu menjadi salah seorang pengacau bubur asyura. Walahh sakit kepala bahu penulis walaupun takde lah lama sangat mengacau pun. Yelah bila dah nak masak tu kan, bubur asyura jadi makin likat jadi makin berat lah nak kacau. But it's ok. Dapatlah penulis bina muscle. Hehe. Dapat otot yang berketak-ketak. 

We are family. Kak long je takde dalam pic sbb dye kat KL. 

P/s  - being with family always make me happy. 


Saturday, December 7, 2013

Salahkah by Rossa & Hafiz

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Sejak dua tiga hari nie penulis dok giler dengar lagu Salahkah by Rossa & Hafiz nie. Lagu nie jadi OST tuk cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Alah cerita baru yang akan mula tayang 9 Disember (lusa) ni. Cerita nie adaptasi dari novel tajuk yang sama dengan cerita. Penulis tak pernah baca lagi novel tu. Sebabnya takde dalam simpanan penulis. Hehe

Pelakon cerita nie Nelydia Senrose sebagai heroin dan Shanaaz Ahmad sebagai hero. Hurm macam gabungan pelakon tak kene je. Tapi its ok tu hanyalah pandangan penulis. Lagipula penulis bukan lah hebat sangat dalam penerbitan nie nak kritik-kritik bagai. So we just see whether their combination is ok or not. Yeahh. 

Sini penulis siap share video dan lirik tuk lagu yang penulis dok giler dengar dua, tiga hari nie. Penulis nak korang ketagih cam penulis juga dok ulang dengar lagu nie. Hehe. Check it out.



salahkah ku bila
mencintamu sepenuh hati
sedangku tahu pasti
keluarga tak merestui

biarkan dunia berputar
seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang untuk kita berdua

dari jauh ku berlari
mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

dari situ ku sedari
mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki

salahkahku bila mencintaimu
mencinta sepenuh hati

biarkan dunia berputar
seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang untuk kita berdua

dari jauh ku berlari
mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

dari situ ku sedari
mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki

salahkah salahkah
salahkah salahkah
salahkah salahkah
salahkah salahkah ku...

dari jauh ku berlari
mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua

dari situ ku sedari
mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki

p/s ~ macam best pula guna ganti nama 'penulis'  

Thursday, December 5, 2013

Pusat Pungutan Zakat datang kejar dekat Blog

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum


Dah lama blog nie sepi dari cerita-cerita baru tuan rumah. Bukan takde cerita nak diceritakan tapi penyakit M yang menular dalam diri tersangat lah teruk. Nasih diri lah. Tak leh nak istiqamah dalam menulis. Lagi pula penulis sekarang tengah bersenang lenang di rumah, membesarkan badan yang sedia besar. 

Hari nie penulis update pun sebabnya penulis tengok ada CPUV baru kat Nuffnang. Hehe bila ada BE baru, baru penulis beria nak update kan. Maklumlah nak kene kejar earning banyak sikit. Dengan takde kerjaya nie susah. Duit bukan ado sokmo dalam purse. Ada ketika kering jugak. Nak jaga ketebelana duit kenelah berusaha kan.

Nie ada CPUV dari Pusat Pungutan Zakat. Hah nak suruh penulis bayar zakat ke sampai buat iklan kat blog penulis nie? Penulis tak mampu lagi lah nak bayar zakat. Zakat Fitrah hari raya baru nie pun papa penulis yang bayarkan. Nak tahu pasal apa iklan Pusat Pungutan Zakat leh lah datang jenguk blog penulis sentiasa ya.


p/s ~ punyalah panjang tajuk entry kali nie.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails