Saturday, December 14, 2013

Selepas banjir

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Kelantan pun banjir juga. Tapi kesan banjir itu takde lah ketara sangat seperti yang berlaku di Kuantan dan Kemaman. Di dua tempat tu memang teruk sangat-sangatlah banjirnya. Dan pastinya kemusnahan pun pasti banyak. Jadi hulurkan tangan ringankan beban. Hubungi mana-mana badan NGO or kerajaan yang bersedia untuk membantu. Harta tidak akan dibawa, tapi amal jariah itu yang diperlukan bila kita tiada nanti. Renungkan!

Air sungai Kelantan tahun nie tidak melimpah ke bandar Kota Bharu. Ia juga tidak menyebabkan banyak tempat banjir sebabnya di sepanjang Sungai Kelantan nie telah diuat benteng bagi menghalang air masuk ke sungai-sungai kecil. Tahniah untuk mereka yang telah membuat benteng. Usaha anda telah menyelamatkan ramai penduduk-penduduk yang mana saban tahun kalau rumah tak banjir, tak sah.

Nie ada sedikit gambar untuk keadaan selepas banjir di Tambatan Diraja. Kelihatan pekerja MPKB sedang bertungkus lumus membersihkan kawasan tambatan. Lumpur yang dibersihkan agak tebal juga lah. Tengok akan mereka buat kerja tu cam best je, cam menarik je. Hehe. 



p/s ~ Bumi Kelantan ditimpa hujan lagi hari nie

1 comment:

Ann said...

tgk gambar yg dishare group2 sukarelawan yg tlg bersihkan tu..mmg tebal btl lumpurnye..jenuh jugak..tp mcm seronok je kan klu dpt join sesama..heheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails