Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Dah lama merantau dok tempat orang, balik negeri pun tak sempat nak menjelajah ke seluruh pelosok mahupun pusat bandar sendiri. Hehe. Kalau balik pun sekejap-kejap dan banyak masa berada kat rumah, masak-masak dan tengok tv.
Rupenya kat Tambatan DiRaja yang kat pusat bandar Kota Bharu dah ada menara tinjau. Dulu kat kawasan nie kedai-kedai makan tapi sekarang semuanya dah lesap yang ada menara nie je. Tinggi juga menara nie woo, penulis dan adik penulis berkesempatan panjat menara nie. Huh nasib baik kami ni bukan pengayat orangnya. Berjaya sampai ke kemuncak. Alhamdullilah. Semput tu ada lah juga. Tapi bila turun tu yang paling best.
Banyak itu cantik pemandangan bandar Kota Bharu dari atas nie. Juga boleh nampak itu Jambatan Sultan Ismail. Tapi dalam entry nie takde gambar jambatan la. Yang ada itu gambar ajo la. Bendera kebanggaan pun ada nampak berkibar-kibar. Hehe
Owh ya nak naik menara nie ada waktu yang ditetapkan dan ada cas yang dikenakan. Omo-omo jangan cuba nak panjat suka hati. Lagi pula pagar dia berkunci kalau bukan waktunya. Bayaran yang dikenakan takde lah mahal sangat berbanding dengan view yang kita akan dapat lihat dari atas tu. Tak salah berbelanja sikit untuk sesuatu yang boleh dikatakan menarik. Tak gitu?
p/s ~ Sesiapa yang nak panjat leh la cabar diri. Ehh? Hehe
No comments:
Post a Comment