Monday, May 25, 2015

Hasil dari Baucer Buku 1 Malaysia

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Terima kasihhh bang Jib sebab bagi Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) kat iolsss. Ehh jangan kata pula ni idea Bank Negara juga bagi BB1M bang Jibb oii.. Iollss cepukk kan. :P

Whatever it is, iolss dah habis pun belanjakan BB1M bang Jib bagi ni. Less than one hour, melayan RM250 bang Jib. Lain kali kasi lebih sikit tau. Tak cukup RM250 ni. Celah gigi je. Ni tahun 2015 tau, harga barang semakin meningkat. Even bahan bacaan tak dikenakan GST tapi nak buat bahan bacaan ni mesti dikenakan GST kan?

Tapi ni adalah tahun terakhir iolss terima BB1M. Lepas ni iolss nak Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pula. Tu pun kalau bang Jib still di atas la. But i'm hoping for that. *mata pandang atas tangan atas bahu


Ni lah hasil pelaburan RM250 yang bang Jib bagi hasilnya dari duit rakyat. Harap beri lah pahala buat rakyat-rakyat yang membayar hasil. Buku ilmiah, buku sekolah, buku tak berilmiah. Semuanya ada. *Happy reading


Saturday, May 23, 2015

Peel anak murid

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualikum..

Lapor diri je 10 Mei aritu, murid dah start exam. Tapi form 5 ajelah, form 1,2,3 n 4 a week after that. Jadinya minggu ni akak bizi Dik Non. Bizi menanda kertas anak murid kesayangan ni. Ayoyo macam-macam jawapan akak jumpa. Yang tak jawab langsung pun ada. Malah yang selit surat cinta pun ada. *feeling love 



Tak payah nak feeling love sangat. Surat cinta tak romantik langsung. Ada ke dia selit nama Najib kat situ. Aduhaiii. Apa-apa jelah anak murid. Nasib baik ada soalan objektif. Dapat lah markah sikit dari dapat telur ayam tu. 

p/s ~ tahun depan SPM budak-budak ni. Sifir 5 pun tak tahu oii..

Saturday, May 16, 2015

Happy Teacher's Day to Me

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Selamat Hari Guru.
Selamat Hari Guru.
Selamat Hari Guru to Me.
Selamat Hari Guru.

Hehe. Tuju lagu untuk diri sendiri. Akak kini kembali menjawat jawatan sebagai guru KGSK. Kebetulan masa lapor diri tu 10 Mei dan hari ni adalah Hari Guru. Lusa pula ada sambutan Hari Guru kat sekolah dan akak kene main futsal. Ayoyoyo. Pandai ke main ni.

Sebelum tu dikesempatan ini akak nak ucap Selamat Hari Guru buat cikgu-cikgu di seluruh Malaysia. Buat Ibu bapa akak terutamanya yang berjaya mendidik akak dari umur 1 hari hingga 24 tahun setengah. Buat cikgu-cikgu tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, tuisyen, universiti dan sesiapa sahaja yang telah mengajar akak, memberi sebarang nasihat, idea dan pengalaman. Segalanyalah! Tak lupa buat mak saudara, pak saudara, sahabat handal yang ramai memilih profesion perguruan. Tahniah! Didiklah anak bangsa anda dengan penuh ikhlas. 

Tak banyak yang hendak diperkatakan untuk entry kali ni. Sebabnya akak sibuk. Sibuk menghadiri majlis perkahwinan, akikah sana sini. Ghituwww. Shibukk nowww bunyinya. Sehingga bertemu lagi di lain entry. :P

Kamsahamnida *_*


Monday, May 11, 2015

Resepi Strawberry Cheesecake Brownies

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Ya Allah brownies lagi. Ekeke. Yang ni buat masa hari khamis hari tu. Kuih bukak puasa. Yang kuih bukak puasa hari Isnin chewy fudge brownies tu dah habis. Resepinya sama je dengan yang hari Isnin tu just tambah strawberry chesse. Macam biasa akak follow resepi dari sallysbakingaddiction. Actually resepi asalnya si Sally ni pakai Raspberry, but akak twist sikit resepinya pakai strawberry je. Lagipun yang ada dalam peti ais yang tu je. 



Rasanya sama je cuma yang ni ada lah rasa strawberry tu. Takdelah rasa plain chocolate je. Tapi yang ni agak moist sikit mungkin sebab cheesecake kot. Moist ke tak moist ke kalau tak memudaratkan kesihatan memang akak balun je.



Nampak menarik?? Air liur dah menjejel? Ok boleh cuba. Gud luck Dik Non.

Kamsahamnida *_*

Sunday, May 10, 2015

Happy mother day

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

'M' is for the MILLION things she gave me
'O' means ONLY that she's growing old
'T' is for the TEARS she shed to save me
'H' is for her HEART of purest gold
'E' is for her EYES, with love-light shining
'R' means RIGHT, and right she'll always be.

Bagi akak hari-hari adalah hari Ibu tapi hari ni ialah yang paling special sikit sebabnya hari bagi meraikan, mengingatkan, menjadikan satu memori indah yang tercipta buat ibu yang susah payah untuk kita dari kecik sampai kepada umur kita sekarang. It's nothing wrong to celebrate selagi kita tak melanggari hukum hakam yang telah ditetapkan dalam Islam. 

Akak pun hari ni dah kembali menjadi guru KGSK. Jadi tak dapat nak ringankan beban Mama kat rumah seperti amik tugas memasak ke, mengemas rumah ke. Walaupun beliau dah biasa buat, at least for TODAY kita raikan para ibu-ibu ni dengan buat kerja yang selalu mereka dah buat dan biarkan mereka rehat. Tapi untuk mereka yang dah ada anak yang masih kecil jangan pula mentang-mentang hari ni hari ibu tak buat kerja pula. Lepas tu suruh anak kecil buat kerja. Apa pun tak menjadi lah. Ekekeke :)


Jadi untuk kenang-kenangan Mama dihari Ibu ni, kakak akak dan akak ada bagi something untuk Mama. At least sebagai kenangan untuknya pada hari Ibu ni. Tak berharga sangat tapi mungkin Mama akan ingat selagi barang tu ada dengan dia. Barang yang diberi tu tak mampu pun nak balas segala perit jerih Mama selama ni. 


Kamsahamnida *_*

Saturday, May 9, 2015

Ice cream Magnum @ Saizo Cafe

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Sekarang tak semestinya pergi Midvalley baru nak jumpa ice cream Magnum yang cantik tu, kat KB pun dah ada. Fuyooo. Lagi-lagi Pasir Hor. Ehh kampung kita tu. :)

But yang ni instant je. Beli siap-siap ice cream yang keluaran magnum tu, lepas tu taruk topping sikit-sikit make jadilah yang seakan-akan kat Midvallley tu. Tapi semalam bila akak up gambar kat IG ada orang tanya akak datang KL ke. Ehh dia ingat akak g Midvalley lah tu. 

Chocolate & Strawberry

Almond

Pasal harga pula. Yang akak pilih ni both harga RM 10. Kiranya OK lah sebab dengan toppingnya, hiasannya plus kakak akak yang belanja. Muhaha. What about the taste? Not bad sebab ice cream Magnum tu sendiri dah sedap tapi ........ dah tak berapa nak sejuk dah. Itu yang tak best. Ice cream dah cayakkkk. Apa pun kalau nak up gambar kat IG feeling-feeling dok Midvallley leh lah cuba g Saizo Cafe ni. 

Cafe ni terletak kat Pasir Hor. Kalau dari Sekolah Menengah Zainab 1 tu, terus je sampai jumpa traffic light yang kat Pasir Hor tu. Kalau dari kubang kerian pula, traffic light kat fly over Pasir Hor tu, amik kiri. Terus je sampai jumpa traffic light Pasir Hor amik kanan. Lepas tu jumpa lah cafenya yang bila malam lampunya teramat lah meriah. Cafe ni tutup hari Rabu, hari-hari lain bukak start jam 4 petang. 

Kamsahamnida *_*


Friday, May 8, 2015

Ole-ole dari Key El

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Wah bukan main lagi ko, ole-ole dari KL wat entry. KL je pun bukan Korea ke, Istanbul aku datang ke. Muhahaha. Nampak nauuu takde cerita. Kih3x. Whatever it is. Nak jugak cerita. :P

Semalam kakak akak dah touch down KB dari KT. Aikk tadi kata ole-ole dari KL ni cam mano plak touch down dari KT. Sabor ya. Kakak akak dari KL tapi menyingah umah mak mertua kesayangan dulu di KT, lepas tu baru balik KB. Jadi ole-ole ni dari KL lah sebab dibeli di KL..:)

Apa yang syok sangat sal ole-ole ni sampai buat entry? Kih3x. Nak tahu ke Dik Non!! So ole-olenya ialah

v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v

Ehh Dik Non scroll sampai bawah ke? Kuik2x. Jadi ole-olenya ialah Sticky candy -traditional hand-made yummy. Memang yummy pun. Cayakk dalam mulut Dik Non oi. Ni adalah pertama kali akak tahu pasal kewujudan candy ni. Oh jakunnya! Adik akak yang ting 1 pun tahu pasal candy ni. Sebabnya kawan-kawan lorded dia kat sekolah bagi sikit sorang. But it's ok. Akak guna pepatah ' better late than never'. Pepatah cover sangat.



Kamsahamnida *_*

Thursday, May 7, 2015

Resepi Chewy Fudge Brownies

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Lately rasa nak makan tu membuak-buak. Sampaikan malam before tido pun masih lagi rasa nak makan. Hoii penyakit apa ni!! Penyakit nak mengemukkan lah tu. Benci.

Brownies yang buat hari Isnin tuk bukak puasa ni pun dah tinggal 7 keping lagi out of 16. Sapa yang makan banyak ni? Semestinya akak lah. Akak sorang dah 5 keping Dik Non. Tak menahan nafsunya bila nampak brownies ni. Plus dah lama rasanya akak tak melantak kek. Last sebulan lebih yang lepas, kek wedding kakak akak. 

Jadi kalau dah suka melantak kek ni kan better buat sendiri lah. Lagipun akak memang suka baking ni. Tapi bila datang mood malas tu, mama akak pun boleh perli akak. Ekekeke. Talk to much pun tak guna. Ayuh tengok resepi chewy fudge brownies akak. Akak amik resepi kat blog sallysbakingaddiction. Instruction yang best dan mudah faham untuk akak yang BI tak seberapa baik ni kan. 

So akak tak nak list down kat sini bahan-bahan dan cara-caranya. Dik Non kene p lah usha kat blog tu. Untuk buat brownies ni akak takde nak menderhaka pun sebab akak takut tak jadi. But untuk brownies gambar kat bawah ni, akak buat pakai half of resepi. Sebab takut buat banyak-banyak kan akak makan banyak. Jadi buat sikit-sikit, bila habis buat lagi. Dik Non nak cuba buat boleh la. Sapa -sapa yang tak pernah rasa brownies ni, rasanya adalah sedap. Macam kek tapi bukan kek. Sama macam congo bar tapi lebih lembut. Akak suka. 


Kamsahamnida *_*

Wednesday, May 6, 2015

Cinta hati dah nak kahwin

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Terkejut kita tiba-tiba cinta hati buat pengumuman nak kahwin Sabtu ni. Takde bincang apa-apa pun tiba-tiba kuar statement. Sampai hati cinta hati. Dulu Shamsul Yusuf pernah kecewakan kita dengan mengahwini Puteri Sarah sekarang Fahrin Ahmad pula. Ku kecewa. 


Tapi dengar2 Fahrin Ahmad memilih bukan selebriti. Means that!!! Cinta hati buat surprise untuk kita la. Ehh! Tunggu jelah dengan sapa yang dia kahwin nanti. Hehe. Yang pasti bukan dengan Izreen Azminda.

p/s ~ target ada sorang lagi Remy Ishak

Kamsahamnida *_*

Tuesday, May 5, 2015

Resepi Kuew Teow Hong Kong

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dalam entry semalam, akak bagitahu nak masak kuew teow ladna untuk juadah bukak puasa akak kan. Tapi lain pula yang jadi Dik Non. Akak teringin nak makan kuew teow Hong Kong tiba2. Maka bermulalah episod memasak kuew teow Hong Kong ni dengan meng'google' dulu resepinya. Actually akak tak tahu pun pe beza kuew teow ladna ngan kuew teow hong kong ni. Dik Non tahu tak pe bezanya? Yang akak tahu kalau makan kat luar la, akak order je apa yang akak rasa nak mcm kuew teow hong kong kan, lepastu makanan sampai baru akak tahu 'Owh macam ni kuew teow hong kong'. Hah ghituww. Lepas pada tu akak lupa balik macam mana rupa fizikal dia. Muhahaha.

Jadi menu kuew teow hong kong ni agak google je tapi akak tak tiru 100% lah sebab akak kalau dengan resepi ni selalu nak derhaka. Jadi akak tengok je cara-cara nak buat. Bahan-bahan takde yang spesifik sebab akak main sauk je apa yang ada dalam peti ais mama akak. Yang takde tu lantak lah, peduli apa akak, asalkan kenyang. 

Bahan2:
- haruslah ada 1 paket kuew teow. (takde kuew teow macam mana nak jadi menu kuew teow kan)
- 4 ulas bawang putih (tumbuk)
- sayur kobis (my favourite sayur. + xde sayur lain dah)
- 2 ketul ayam (potong halus)
- 10 ekor udang (sebab ada dalam fridge)
- 1/2 ketul fish cake (sebab ada dalam fridge)
- 1 kiub pati ayam
- tepung jagung
- i biji telur

Cara-cara
Goreng kuew teow
1. Cuci kuew teow dan toskan. Gaul bersama telur dan sedikit tepung jagung. Tepung jagung ni nak suruh kuew teow tu mcm crunchy sikit. (akak tambah juga margerin)
2. Panaskan sedikit minyak. Goreng kuew teow tadi by portion. Akak goreng 1 senduk by 1 senduk. 
3. Hidang dalam pinggan or whatever bekas.
Untuk kuah
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih. Kemudian masukkan ayam.
2. Masukkan air dan kiub pati ayam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
3. Masukkan udang, fish cake dan sayur. 
4. Masukkan tepung jagung. Banyak mana? Sehingga kuah kita dah seakan-akan nak pekat. Akak semalam dalam 3-4 teaspoon juga masukkannya.
5. Perasakan dengan garam kalau tak sesedap rasa.
6. Dah boleh hidang bersama kuew teow yang digoreng mula-mula tadi.



Okeh itu lah juadah bukak puasa akak semalam. Tak menarikan!!. Whatever it is #asalkankenyang. Akak ni simple-simple je orangnya. Apa yang ada itulah yang akak pakai. Kalau takde sangat tu baru akak g cari bahan-bahannya. Zaman GST ni semua nak kene jimat Dik Non. Hehe. So anyone yang terliur leh lah cuba masak kuew teow hong kong ni. Selamat mencuba.

p/s ~ semalam juga akak ada buat kuih bukak puasa. Nanti akak update next entry.

Kamsahamnida*_ *

Monday, May 4, 2015

Makan gulai lagi

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Kalau kelmarin dulu, akak g majlis kahwin kawan, semalam pula akak g 'belarok' jiran akak. Majlis umah dia akak tak sempat pergi jadi lah dapat g blarok pun. Asalkan akak tidak mengecewakan jiran akak tu. Anak jiran akak ni sama baya dengan akak. Berapa? Mesti Dik Non nak tahu kan. Akak ni 19 baru kalau in reality. Kalau dalam dunia sekarang orang kata 25 dah. :P

Sembang banyak pun tak guna. Let the picture speak pulak. Hehe


Jiran-jiran bergambar dengan pasangan

Adik akak. Sebab gambar atas nampak bucu tudung je, jadi amik lah gambar dia sorang2. Tapi semua orang dalam gambar ni 'juling'. Hehe

Balik dari 'belarok' tu, kita g majlis sambutan hari jadi plak ya. Tapi 'nyaknyo' kat perut akak. Dua pinggan nasi akak balun dalam masa tak sampai 30 minit. Ni sebab lauk dan nasi yang dihidangan menarik perhatian. Mana akak tak terliur. Nasib ko lah perut. Rezeki jangan di tolak. Hauhauhau.

Shelfie shikit. Akak shuka. :)

Disebabkan akak dah 19 tahun jadi, akak suruh adik akak 13 tahun yang berdiri kat situ nak amik gambar. Hehe. HB ADAM. :)

p/s ~ akak puasa hari ni. Jadi akak ingat nak masak kuew teow ladna.

Kamsahamnida *_*

Sunday, May 3, 2015

Majlis Kahwin Kawan Sekolah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Semalamkan Dik Non akak ada 2 majlis kenduri nak kene attend. Majlis kawan akak masa MRSM lah ni (classmate form 5). Tapi akak dapat amik gambar dengan satu pasangan je. Yang satu lagi tu, Mak handam dia buat hal oi. Pengantin lelaki dah sampai kat area rumah dia dah, yang pengantin perempuan ni baju perantin pun takde ko nak sarung. Sebab tu akak tak amik gambar dengan dia. Kalau akak amik gambar ngan dia, akak yang macam perantin. Kuwang3x. Dah la ada orang kata akak kurus. Dusta je semua tu. Tapi disebabkan orang kata akak kurus, lewat malam semalam akak balun nasi lemak ayam rendang ko. Hah kurus lagi ke akak ni Dik Non?


Traffic semalam not bad. Tapi takde lah sampai jem. Tapi tapi tapi lori panjang ada berbiji-biji atas jalan. Lepas tu sibuk nak hon akak sebab masuk line dia, atas kebangangan pemandu kancil yang masuk line akak. Ha ni lah, kesilapan yang berpunca dari orang lain. Alhamdullilah la nyawa akak masih ada.

p/s ~ ni tenggah tunggu nak g belarok pulok.

Kamsahamnida *_*


Saturday, May 2, 2015

Seminggu sudah

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Ya Allah dah seminggu dah. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru semalam akak konvo Dik Non. Ni dah seminggu. Biar betul. Dan sekarang kita pun dah dibulan Mei.  Patut lah akak rasa akak ni makin Co-Mei lotey. Haha. Nak tahu akak Co-Mei ke tidok tuh gambar akak kat bawah. Akak dapat perkataan tu kat twitter Dik Non. Kreatif betul pemikiran mereka yang reka perkataan tu. 


p/s ~ arini akak ni g make gulai. Jem ke tidok jalan ya? Banyak ni akak dapat invitation tau.

Kamsahamnida *_*

Friday, May 1, 2015

Photoshoot Konvo

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Sep 2011- April 2015 (3 years 6 months)
Akhirnya aku sampai ke tahap hari ini. Apa yang paling mengembirakan ialah, aku dapat buktikan kepada Family yang aku boleh. Tapi semuanya pun disebabkan oleh dorongan dan semangat yang diberikan. Tanpa mereka aku tak kemana. A huge thanks.


Kalau orang tanya aku lepas ni sambung PhD lah ya? A big NO and just SMILE i will give to them. Because nak sampai ke tahap Master ni aku terkial-kial. I need some space for my self untuk cari apa yang aku mahu dalam hidup aku sebenarnya. 3 tahun Dik Non bukan 3 hari akak (sekejap akak sekejap aku) harungi susah, derita, pahit maung dalam perjuangan ini. Only He knows berapa banyak airmata yang akak taburkan untuk segulung Master. 


Baling topi. Semua yang konvo will do this. Tipu giler kalau tak baling topi. Ni akak sorang-sorang photoshoot di fakulti baru akak. Sedik Dik Non. Nasib baik ada adik yang sudi menemani akak photoshoot. Kalau tak tak dapat lah akak nak shoot baling topi. Untuk adik akak, akak dah bagi hadiah kat dia sebab sudi jadi photographer tak resmi akak. 


Gambar lain baling topi. Ya Allah akak suka sangat baling topi ni. Macam lepas segalanya. Yehhh!!


Gambar tak baling topi. Dataran Ilmu ni takde kenangan pun untuk akak sebenarnya. Tapi disebabkan ada tertulis UTM kat situ so akak dengan bangganya amik lah gambar kat sini. I'm proud to be Alumni UTM walaupun UTM banyak erkk dengan akak. 


In front of new building for Faculty of Science. Walaupun akak tak sempat guna kemudahan baru yang disediakan kat bangunan tu tapi akak suka sebab fakulti akak ada bangunan baru. Bangunan lama tu hazab Dik Non. Meja kat makmal akak nak runtuh dah. Tapi akak manage tuk habis lab work akak kat sana. 


Terima kasih UTM kerana beri peluang tuk akak habiskan Master akak kat sana. 
UTM Sanjungan Bangsa

Kamsahamnida *_*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails