Tuesday, August 31, 2010

''Bengang Gler ngan mamat mata dua tu''

pose..pose.pose. Ya aku puasa hari nie, jadi aku kene sabar. Kalau 2,3 ari lepas memang aku tak puasa,so aku tak payah sabarlah kan. Kalau aku ingat balik muka kau yang tersengih2 macam nak makan topi keledar aku, aku rasa nak bagi je tadi tau tak. Mesti kau tak sahur pagi tadikan?

Esok kalau aku p sana, aku tengok muka kau lagi ada kat situ kau tau lah langgit tu tinggi ke rendah.

nota kirikanan :
lempang laju2 kat muka kau pun OK jgk an..

Monday, August 30, 2010

MERDEKA!!!!jom balik kampung...

Dikala ini mood aku sedang bergembira (^_^) . Rasa nak nyanyi lagu Jalur Gemilang pun ada. Jom nyanyi ngan aku...

Jalur gemilang Megah Kami Terasa..
Jalur Gemilang Kibarkanlah Wawasan..
Merah Putih Biru Kuning..
Jalur Semangat Kami Semua..
<aku takingat sangat pun..t tnya pcik google k>

Dikala ini juga aku dah habis jawab test tapi aku tak habis buat asemen lagi. Mood aku sedey (**_). Sebelum aku balik kampung aku kene hantar asemen tu dulu. Tak suka. Dahlah banyak lagi tak siap nie. Ish nape lah lectuerr p kasi banyak2 nie. Aku dah lah pemalas owangnye. Opss sapa tau dok diam k. Jangan nak p gatai mulut g tau owang lain plak.

Dikala ini juga aku telah menyiapkan satu asemen group iaitu asemen komputer, Uishh sakit belakang2 aku nie dop menaip no, dop klik tu klik nie. Penat3x..(jangan merungut jika anda seorang pelajar). Mood aku (***,) anak mata dah berpinar2 dan lidah pun dah terjelir.

Dikala ini juga aku nak buat pe ya. tido? Tak bangun sahur jawabnya. Nak buat asemen seperation yang tak siap lagi? Malas lah nak fikir pagi2 nie. Tadi dah penat fikir dah. Penat3x.. Mood aku (O^) mengantuk dah.

Nota kirikanan :
SOk nak Kuar cari selipar raya + beg + beg duit.Tapi xde duit..
Lagi 3ari nak balik umah..

oWH3X,,Balik kampung,,





Wednesday, August 25, 2010

''Meruntun Jiwa Ini''

Sungguh menyayat hati.
Tergamak bapa melakukan seorang anak kecil sedemikian rupa.




sumber : Kosmo Online

nota kirikanan :
Sehingga kini belum dapat lelapkan mata..

Saturday, August 21, 2010

''Hanya di Bulan Ramadhan''

Mari-mari beli-beli. Ada satu ringgit sekor, ada 2 linggit 2 ekor. Perkhidmatan nie hanya disediakan pada bulan puasa sahaja. Edisi terhad atau orang putih kata ''Limited Edition''.


Klik tuk tumbesaran..

Nota kirikanan :
Perkhidmatan jual apa plak ya nanti aku nak sediakan?

Tuesday, August 17, 2010

Petunjuk & Hidayah Mu Ku Pohon



Tabahkanlah Hatiku
Tenangkanlah Fikiranku
Lapangkanlah Dadaku
Berkatilah Hidupku

Ya Allah aku Memohon Petunjuk Mu
Ya Allah aku Memohon Hidayah Mu
Aku Benar-benar Mengharapkannya Ya Allah.

Nota kirikanan :
Proposal tak siap lagi. Ya Allah

Monday, August 16, 2010

Jangan Cari!!!

Ya Allah sapa punya kerjalah dop cari benda-benda tak elok nie. Yang cari nie puasa ke tak sebenarnya? Sungguh tak sangka boleh plak keyword tu tersesat masuk kat blog aku. Yang kat dalam blog aku nie aku dop cerita sal sapa jadi juara Imam Muda je. Bukan cerita sal benda tu.

Even nama blog aku 'Tempat Nak Meroyan' aku takde lah nak p meroyan cerita sal benda-benda yang korang cari tu. Blog aku suci tau. Ahakk sucilah bebeno.

Nak tau apa yang dicari? Klik untuk lebih membesar..



Nota kirikanan:
Jangan dop cari benda tak elok nie d bulan puasa. Bulan lain pun tak boleh gak.AWAS!!

Wednesday, August 11, 2010

''Salam Ramadhan buat si dia''

Akan ku teruskan hidup ini tanpa memikirkan dirimu.
Akan ku lenyapkan perasaan kasih ku buat dirimu.
Akan ku lupakan memori mengenai dirimu.
Akan ku karamkan segala-gala tentang dirimu.

Akan ku bahagiakan diri ini dalam perpisahan.
Akan ku bahagiakan diri ini dengan kata-kata yang diungkapkan.
Akan ku bahagiakan diri ini tanpa mu.

Sungguh tidak ku duga akan semua ini.
Mungkin ini adalah yang tersurat buat ku.
Semoga dirimu bahagia dengan jalan pilihanmu.
Semoga Ramadhan ini memberi seribu makna buat dirimu.

Seribu kemaafan telah kepohonkan.
Semoga kasalahan diri ini diampunkan.

Nota kirikanan :
mood:: Sedih

Tuesday, August 10, 2010

''Adakah ini yang terakhir?''


Esok semua umat Islam yang beragama Islam diwajibkan berpuasa. Jangan nanti buat-buat tak ingat pula. Bangun pagi-pagi p buka periuk. Apa kes?

Semoga kita sama-sama dapat menjalani ibadat ini dengan jayanya. Jangan nak makan nyorok-nyorok. Even nyorok-nyorok pun ada yang tau juga nanti. So beware!!

Selamat Berpuasa kpd semua.
Gapai peluang ini dengan sebaik-baiknya.
Adakah akan ada Ramadhan lain?
atau ini yang terakhir?
Sama-sama kita renungkan.



Nota kirikanan:
mood~nak balik umah

Tuesday, August 3, 2010

''Hujung Minggu yang Paling Best''

Jalan-jalan p cari big apple. Itu tujuan utama hujung minggu yang baru-baru nie. Sebabnya aku yang mengidam dengan big apple. Jadi kerana semuanya boleh didapati di hujung jari sahaja, sekali klik sudah tau yang mana jantan yang mana betina opss dah tau lokasi big apple kat sekitar johor kat mana. Tanpa buang masa aku terus ke sana pada hujung minggu.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan oooooo..

Bukan setakat p beli big apple je tapi siap p Stualang lagi tuk lepak-lepak buat sesi photografi kat tepi Selat Terbrau tu. Memang happening gler-gler aku rasakan. Tambahan plak tepat jam 12 tengah malam birday aku. Tapi dalam happening ada gak rasa sedey sebab aku sendiri(birthday gurl) yang kene drive. Tepat jam 12tengah malam plak masa tu baru nak masuk pintu pagar UTM jumpa pak guard. Sal birthday aku pun aku dah tak ingat sebab takut kene saman dengan pak guard. Kawan-kawan yang dalam kereta plak buat cam takde pe2 yang terjadi.

Lepas pada tu aku pun memang tak ingat apa-apa tambahan plak telefon pun dah mati sebab kehabisan battery. Tepat jam 12.17 tengah malam (aku masih ingat saat-saat ini) yang mana diorang pun wish kat aku. Baru aku kembali ke alam yang sebenar upenya dah birthday aku. Huh gembira juga lah kawan-kawan pun dah wish.

Esoknye (1 Ogos) ada pertandingan futsal. Aku join main futsal ni. Jadi pengawal untuk pintu gol. Memang main betul-betul lah sebab sampai seluar aku carik. Jangan nak fikir lebih-lebih plak carik kat mana sebab seluar tu carik kat lutut je masa aku buat aksi nak tangkap bola tu dari bolos. Terkorban sudah satu seluar trax aku. Apa yang penting team kami menang tempat kedua. Kira OK lah tu dari tak menang dengan seluar carik plak tu. Malahan dapat kenal dengan lelaki gantang yang sama-sama main futsal (itu yang paling penting).

Gambar2 hujung minggu yang happening + gempak


~ Dataran JB~

~ Bazar Karat ~

~team aku ~


~ Geng 4~

~ aksi berebut bola ~

~ sebelah sana Kota Singa~

~ Stualang~

~tourist guide~

Nota kirikanan :
Hari nie baru big apple habis.

20 tahun..ThankS buat mama..ThankS juga buat papa



Kini genaplah umur aku 20tahun. Malahan sudah lebih 2 hari pun. Bersyukur sangat aku rasakan sebab aku masih lagi dapat menghirup udara segar, dapat melihat persekitaran yang begitu indah, dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba, anak dan juga seorang pelajar, juga dapat menjadi seorang kawan kepada kawan-kawan.

Tanggal 1 Ogos 1990, jam 12.45 tengahari itulah tarikh dan detik dimana aku dilahirkan di muka bumi ini untuk melihat keindahan alam ciptaan yang maha Esa. Berbanyak-banyak ucapan terima kasih buat Mama dan Papa yang aku angapkan sebagai penerang hidup aku dan mereka yang telah melengkapkan hidup aku. Tanpa mereka mungkin aku tak dapat mengenali orang-orang di sekeliling aku sehingga ke hari ini. Terima kasih sekali lagi. ''Mama Papa, Kak Ngah sayang Mama dan Papa seperti mana Mama dan Papa sayang Kak Ngah.''




Nota kirikanan :
Big Apple berjaya didapatkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails