Friday, January 18, 2013

Kenyang Sehingga Pagi : Steamboat

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah kenyang kami untuk hari makanan nie disajikan. Amikk ko nak makan sangat kan. Hehe. Tak tahu pun yang pandai gak ya aku masak steamboat. Wekk puji diri sendiri xmalu.. Hapalaa.. *Tiru gaya Adira masa #AJL27


Makanan banyak tu makan untuk 3 orang. Memboyot masing2. Kahkah. Yang bulat yang panjang, yang putih, koko, kuning tu semuanya aku beli kat pasar KipMart. Murah2 aje. 3paket=RM5. Jadi aku bantai beli RM 15. Pastu beli sayur plak. Beli brokoli, bunga kobis ngan cendawan. Melimpah ruah. Masa nak masukkan sayur tu kene buang dulu sebahagian daripada fishball, meatball tu. Boleh bayangkan x?

Makan sambil sembang2. Dari pukul 8 hingga pukul 10. Rasa kenyang berhenti makan, borak2. Bila lapar, perut rasa cam kosong makan lagi. Adehh letih.

p/s ~ steamboat makan ramai2 syok laa..

Thursday, January 17, 2013

Robin's Portuguese Chicken

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

This is first time makan kat Robin's Portuguese Chicken. Sebelum nie xpernah tahu pun sal restoran nie sehinggalah diberitahu oleh one of lab rat's. Omomo.. kesian aku x tahu akan kewujudan restoran nie. Padehal aku jenis yang suka mencuba benda baru.

Robin's Portuguese Chicken nie adalah anak restoran kepada Macau Express yang berpusat di Singapura. Dan ianya juga merupakan satu satunya anak restoran yang ada. Restoran nie terletaknya di dalam bangunan CS berhadapan dengan Tutti Frutti. Level berapa lupa la plak.

Antara sajian yang terdapat kat Robin's Portuguese Chicken dan yang kami order ialah :

Signature


Dieshes

Kat sini aku nak bagitahu kat korang the most bestt ialah portuguese egg tart. Memang superrbb gua cakap lu. Harganya pun xde la mahal sangat. Seketul RM 2. Juga kalau makan kat Robin's Portuguese Chicken nie xde tax pun ya. So, apa yang dimakan itulah yang dibayar. Nyum2x. Nak cuba makanannye sila lah ke sana.

p/s ~ Ada banyak lagi restoran kat CS yang xpernah aku masuk. 

Tuesday, January 15, 2013

Teletubies : Kartun Zaman Aku

Bismillahirahmanirahim dan Asslamualaikum..

Ingat x cerita apakah ada tempat yang macam nie?

 LIKE jika anda ingat cerita apa ni :D

Recall balik cerita kartun lama2 membuatkan hati cam rindu nak tengok balik. So cute laa teletubbies nie. 

 Laa-Laa, Po, Dipsy, dan Tinky Winky

p/s ~ kalau tanya budak sekarang mesti diorang x tahu pun sal teletubbies nie..

Monday, January 14, 2013

Reunion Kecilan di Restoran Pinang

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Chikidout!!

Kehadiran fuz (nama glamor) ke JB telah menjadikan satu reunion budak2 SSC (KIMIA INDUSTRI). Tanpanya aku rasa kami budak2 (postgrad) yang sememangnya ada kat UTM xbuat reunion kot. Haha. Biasa lah dah memang akan jumpa kalau kat UTM nie, xkan nak buat reunion jugak kan. Macam kelakar aje.


Sebahagian peserta yang join reunion. 

Reunion kecilan ni telah berjaya diadakan di Restoran Pinang iaitu dengan makan ayam penyet yang sememangnya akan buat orang ketagih. Padehal ayam goreng dipenyetkan di cicah dengan sambal dan dimakan dengan nasi aje. Tapi kalau orang yang sebelum nie dop JB, lepas tu dah habis belajar n dah kerja kat tempat lain, kalau datang JB msti nak makan ayam penyet nie. Aku sendiri kalau balik cuti kat Kelantan seminggu aje, msti nak makan ayam penyet setelah kembalinya dari kampung. See how penangan ayam penyet. 

So tajaan makanan untuk reunion kecilan ni ditaja oleh diri sendiri. Kahkah. Sendiri mahu makan, sendiri mahu bayar.  


Semuanya perempuan yang datang reunion kecilan nie. Lelaki?? Entah xtahu dijemput @ memang xnak datang. Lagipun yang masih ada kat UTM nie hanya beberapa kerat je. Yang lain semua dah kerja. Jadi jumlah kesemua yan hadir reunion nie 11 orang. More than 10, kira ok lah. 

pic : kredit tu aten. Hehe. I edit msuk blog I tau.. 

Friday, January 11, 2013

Jejemput : Makanan Petang

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah.. rezeki untuk minum petang.. Jejemput ikan bilis + bawang + kucai + telur. Nyum2x. Mengenyangkan dan sungguh menyelerakan. Dicicah pula dengan sos cili.. Memang umph.. Makan pula beramai2 memang licin la. 


p/s ~ resepi campur ikut suka hati.


Thursday, January 10, 2013

Percutian Pertama #2013

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Jalan-jalan pertama untuk tahun #2013 iaitu Melaka. Perghh setiap tahun nak g Melaka sekarang ya. Padehal baru tahun lepas g. Itupun belum cukup setahun lagi kalau ikut bulan. Haiyaa. Apa boleh buat dah Melaka aje yang dekat ngan Johor. Muhaha. 


Kalau sebelum nie g Melaka xsampai pun kat tempat nie, iaitu Taman Mini Malaysia & Asean Cultural Park. Jadi tahun nie kita singgah sebentar tengok apa yang ada. Nak masuk taman nie kene bayor tau. Kalau kanak2 RM5, besar cikit RM10. Tapi kalau pelajar dapat diskaun kene bayar RM7 je. Dengan syarat tunjuk kad pelajar. So kalau sapa2 yang masih ada title 'pelajar' tu sila la bawa kemana sahaja kad pelajar anda itu untuk dapat murah. Faham??

Apa yang ada kat taman tu? Ermm kalau korang xpernah pergi dekat negeri2 yang ada kat Malaysia nie cukuplah dengan pergi kat taman nie sebabnya kat taman nie korang pasti akan sampai kat negeri tersebut. Kahkahkah. Jarak masa nak sampai pun takde lah sampai berjam2. Jimat kan. Kalau kau dop kat negeri Johor, kau boleh jerit aje dekat orang yang kat negeri Kelantan tu. Bertapa dekatnye kan. Lepas tu kat cnie juga kau leh tengok design rumah kat negeri2 kat Malaysia. 

Bukan itu aje, kau juga leh tengok rumah bagi negara Asean. Tapiiiii tengok dari luar aje. Sebabnya diorang baru nak renovate and bersihkan balik rumah2 yang terbiar lama tu. Macam mano boleh sampai terbiar? Tidok la plok aku tahu kenapa. Rugi kan. Macam ianya satu pembaziran aje. Lepas tu nak kene maintanance balik. Aku yang masuk nie pun rugi sebab xdapat tengok secara keseluruhan.


Lepas dah kuar aje dari taman tu, perut dah kerok kerok dah bunyi suruh isi. Owhh ya sebelum datang ke Melaka tu, kami dah google siap2 kat Jusco mana yang ada jual tako tao. Maklumlah kat Melaka tu ada dua Jusco. Dah google, tahu lah yang Jusco Bandaraya Melaka ada tako tao. Terus berdesupppp ke sana. Kat sana juga kami makan makanan Jepun. Hehe kat restoran Sukiya. Best woo. Dye punya chef pula memang dari Jepun woo. Restoran Sukiya tu baru aje bukak 25 Disember tahun lepas. Kebetulan dengan kami pergi dapat la makan kat situ.


Dah kenyang apo lai, kita exercise la sikit. Maka jalan2 lah kami kat sekitar Banda Hilir plak. Kat Banda Hilir nie malas nak cite bebanyak sebabnya aku tahu ramai yang tahu apa yang ada kat sana. Lagipun macam entry nie dah berjela aje. Hehe


p/s ~ Banyak berjalan, luas pandangan.

Wednesday, January 9, 2013

BE Pertama #2013

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Alhamdullilah.. Permulaan awal tahun #2013 yang baik. Even blog dah jarang berupdate masih lagi ada yang nak buat iklan kat blog nie. Terima kasih..




p/s - bukan senang nak jadi senang,bukan susah nak jadi susah..kalu begitu sentiasalah bersyukur dgn apa yg ada, supaya kita menjadi hamba yg sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT.

Rezeki Berkat : Amalan Murni

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Praktikkan amalan2 ini.. InsyAllah berkat rezeki yang diterima.. Kalau tahun lepas x pernah buat amalan2 cam tu, tahun nie mulakan azam baru. Pergiatkan usaha yang murni ya. *Pesanan juga buat diri sendiri..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails