Saturday, November 22, 2014

Lempeng + Nutela menu tradisional + moden

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Morning uolss.. Wah awal pulak iolss post entry arini kan. Lalala jangan tertipu dengan iolss ya uolss. Entry ni iolss buat auto post semalam. Entah-entah masa uolss baca entry iolss ni iolss belum bangun lagi. Sebab iolss sekarang menganggur bukan tanam anggur tapi tanam lemak.  =)

Arini iolss nak bagi idea sikit untuk suri rumah yang tak tahu nak buat sarapan apa arini. Maklumlah yang dok luar dari Kelate, Ganu, Kedah n Johor arini ari first ari minggu kan. Kot-kot lah teringin nak masak sarapan. Hehe

Menu ni untuk santapan iolss pagi semalam. Maklumlah sini Kelate hujan dah dekat seminggu boleh dikatakan tanpa henti lah. Jadi nk sesuaikan dengan musim maka jadilah makanan ni. Tapi alhamdullilah semalam panas je jadi sesuai ke tidak menu dah tak kisah dah. 


Menu iolss ni tradisional + moden sikit. Hehe. Biasanya kalau orang kampung makan lempeng dengan gula je. Tapi sebabkan iolss anak kampung yang hidup zaman millenium maka makan lah lempeng dengan nutella. Bila makan lempeng + nutella kan rasa dia macam makan waffer pun ada. Bila kita lipat macam waffer tu rasa dye ada 'umphh' orang kata. Kalau nak gulung macam kuih ketayap pun boleh. Gantikan inti kelapa dengan nutella. Baru orang kata kritis dan kreatif. Sejajar dengan apa yang DS Najib dok wawarkan sekarang iaitu 'Transformasi'. 

Maka itulah dia 'Transformasi' yang iolss dah lakukan. Makan lempeng dengan nutella. Jadi suri rumah semua boleh lah masak lempeng arini. Resepi buat lempeng pun takde lah susah benor hanya perlukan margerin, tepung n telur. Iolss main campak je banyak mana margerin n tepung ikut kesesuaian jumlah ahli rumah la. Telur pula iolss letak sebiji je. Margerin tu fungsi dye untuk bagi lembut gebu gebas gitu. Lepas tu tambah air kasi blend je smua tu. Senang bukan. Dah sebati semua leh lah kita masak kasi jadi lempeng. 

Selamat menjamu selera semua.. Kamsahamnida.. =)

1 comment:

Izzati Amira said...

waaaa.. lempeng nutella pun boleh jugak ehh. selalu cicah sambal je, sebab saya suka makan pedas.. ekeke

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails