Friday, November 21, 2014

Pizza sedap lagi gebuss

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Haiii uolsss, iolsss nk tunjuk pizza yang iolss buat aritu. Aritu tak aritu dah dekat 2 bulan rasanya gambar-gambar pizza ni jadi draft. Muhaha. Ini semua angkara bahana malas nak menaip. Tapi rajin nak cuba macam-macam resepi. Dah berlambak pic resepi kat snapshoot phone. Huwaa bila banyak resepi ni, bila dah cuba buat tak makan kan orang cakap tak kene pulak. Bila buat dah makan jadi benda lain pulak. Tak pasal-pasal badan kurus keremping ehhh tembam bagai dipam-pam. =)

Pasal resepi pizza iolss yang gebu gebas ni iolss lupa lah iolss punya resepi cedok kat mana. Sebabnya macam-macam resepi iolss amik. Lepas tu iolsss campur-campur je semua. Plus iolss simpan resepi lama sangat. Sebab masa yang diamik dari simpan resepi hingga masa nak buat pizza ni berbulan juga la sebab nak cukupkan bilangan ahli keluarga kat rumah. Kalau iolss buat ahli tak cukup kan iolss je yang kene makan banyak sebab orang kat rumah ni makan satu, dua keping je lepas tu dah tak nak. So uolss rasa perut sapa yang merana?? =(


Ohh yehh ohh yehh ni kat atas ni gambar before bakar. Inti pizza iolss biasa-biasa je iaitu sosej dan crab stick. Lepas tu tabur je shredded mozzarella. Owh ya before tuh iolss ada letak sos yang macam letak atas tokayaki tuh. Saja je iolss letak sos tu sebab dah lama sangat sos tu dok jadi tayangan je dalam peti. Niat dihati nak tabur jugak bonito flake skali iolss lupa :D


Gambar atas & bawah ni plak bila dah masak. Wah sedap juga even baru first time buat. Lagi sedap & moist dari yang pizza hut n dominos. Wakaka. Kalau tak puji sendiri sapa lg nk puji ndak. Plus iolss suka yang lembab-lembab. Yang kering ni cam nak kunyak pun susah. :P



Lebihan dari tak muat tray iolss buat yang macam kat bawah ni. Nak tiru macam yang kedai-kedai roti ada jual tu tapi tak pandai. Bila masak kan pizza tu jadi kering. Sebabnya doh nipis sangat. Tapi yang penting bila dah habis, ada ahli keluarga bertanya mana lagi pizza yang macam tu. Means that shedap lah tu kan!! Lalalala


Pasal sos yang iolss pakai tuk pizza ni iolss buat sendiri je. Iolss masuk bahan-bahan ikut sedap iolss je. Bahan-bahannya bawang besar sebiji, bawang putih seulas. Iolss blend je. Dah blend masukkan dalam minyak panas untuk tumis. Lepas tu masukkan cili blend 2 sudu besar. Masukkan sos cili, sos tiram n sos tomato. Ikut sedap hati. Masukkan garam secukup rasa. Dah rasa sedap di lidah kira ok lah. 

Sekian sahaja resepi tak seberapa pizza sedap lagi gebuss iolss.. Korang yang rasa nak makan pizza yang buatan sendiri leh la buat. 

Kamsahamnida. *_*


2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

perghh sedap ni kak..

Izzati Amira said...

tergugatnya tengok cheese dia.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails