Friday, September 4, 2015

Trip ke Pulau Perhentian :: Panjat untuk ke Windmill

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Kalau pergi Pulau Perhentian tak pergi Windmill kau mesti kene pergi pulau tu sekali lagi. Yang dah pergi pun nak pergi lagi tau. Dia punya keindahan pemandangan bila kau kat atas tu SubhanaAllah cantik sangat. Dan tak sangka yang kau berada di Malaysia sebenarnya.  

Macam yang dah cerita kat entry sebelum ni, nak g kat windmill tu kene naik taxi air. Kalau nak lebih adventure boleh lalu trek menyusuri hutan2. Memandangkan homestay kami tu 2 jam perjalanan ikut trek kami naik je taxi air. Tapi kalau geng yang suka adventure 2 jam perjalanan pun aku rasa takde hal. Bayaran utk taxi air tu RM20/person selepas diskaun. 

View dari atas taxi air. Nak kene panjat tangga "batu cave"

Kat atas tu ada 2 je sebenornya windmill. Haha. Aku ingatkan banyak. Punyalah terbayang2 yang macam kat Holland tu. Nak tengok banyak kincir angin nampaknya nak kene pasang angan2 pergi Belanda lah kita.

Taxi air tu akan hantar kita kat pelantar yang dah senget. Mungkin kesan dari hakisan ombak. Scary woo. Kalau kau tak dapat nak imbangkan badan memang kebabomm masuk dalam air lah. Lepas tu kau kene panjat buluh yang diikat macam tangga untuk kau naik ke atas. Masa memanjat buluh tu aku ok lagi. Nak langkah ke pelantar seterusnya tu, aku merangkak tau. Takut nak loncat sebab dia punya gap antara buluh tu jauh. Kawan aku yang panjat depan aku, mat salleh tolong tarik dia naik atas. Lepas tu boleh plak dia bermesra ngan mat salleh tu biarkan aku terkontang kanting naik sendiri.


 


Cantik tak? Senada je biru laut dengan biru langit. Indahnya ciptaan Allah SWT. Tak jemu mata memandang. Owh ya masa nak naik ke atas pun ada banyak pelantar yang dah rosak/tertanggal. Jadi kau kene melangkah hati2. Ralit tengok keindahan sambil melangkah, ada kemungkinan kau akan terpelosok ke bawah. Sebabnya aku dah nyaris2. Tak perasan pun dia punya kayu pelantar tu dah tertanggal. 


Setiap kali melangkah memang tak lepas dari selfie. Untuk kenangan hari2 tua nanti. Kami sempat lepak kat pondok menunggu windmill ni dekat 1 jam sambil bawak bekalan makanan. Korang kalau pergi harus bawak bekalan makanan atau minuman ya sebab syok lepak kat atas tu. Tak nak turun rasanya. 


Tapi kami akur, kami terpaksa turun sebab hari menginjat ke senje. Takkan nak tido situ pulak. Kami balik ikut jalan hutan menuju ke long beach. Sebabkan yang ni dalam 1 jam perjalanan je *xsampai 1 jam pun sebenarnya, maka kawan2 sporting lah turun ikut hutan ke long beach. Sepanjang perjalanan tu bukan kau sorang je, tapi kau akan berselisih dengan mereka yang baru nak naik ke windmill dari long beach. 

Trek pejalan kaki

p/s ~ masa tengah lepak kat windmill ada 1 kejadian berlaku. Next story ya

3 comments:

Nadratul Syazwana said...

Banyak-banyak pulau, Pulau Perhentian ni lah tak pernah sampai lagi haih.

sofie adie said...

wah!!! bestnya...lepas ni kena plan trip ke sini pulak lah....

rubiah kadir said...

Bestnya..yg dkt ngan kg ruby..pulau rendang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails