Tuesday, September 1, 2015

Trip ke Pulai perhentian :: Hari pertama yang santai

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Trip g pulau ni adalah pada 14 Ogos hingga 16 Ogos. Jadi pada hari pertama tu (14 Ogos) kami dari Kelantan ngan kereta je pergi ke jeti Pulau Perhentian kat Besut tu. Masa yang diambil untuk sampai sana dalam 45 minit berbanding dengan yang dari Terengganu, 2 jam. Sebab tu sesiapa yang luar dari Kelantan @ Ganu naik flight better turun airport Kelantan je. Perjalanan lagi cepat.

Kami harus ada kat jeti tu pada jam 11 sebab bot nak ke pulau ada masa tu. Jam 10.30 tu kami memang dah kat jeti. Sebelum g Pulau Perhentian, masa kat jeti kene bayar RM5 untuk caj pemulihan taman laut. Ni ada sertakan itinerary untuk 3H2M tu tapinya utntuk Day 1 Marine Park & Day 2 Long Beach xtermasuk dalam pakej kami amik.

Hari pertama tersangat lah santai. Sampai kat perhentian MJ tu lepas je check in dah boleh makan. Nasib baik kami tak makan kat jeti masa tunggu nak naik bot tu, kalau tak rugi lah. Lagipun makanan yang disedikan sangat lah sedap dan makanan laut dia adalah segar. Lunch hari tu kami disajikan dengan sup sayur, ikan goreng, ayam masak blackpaper, sambal belacan, buah orange dan air. Makanan adalah layan diri. Suka hati nak ambik banyak mana.

Lepas Jumaat tu kami buat aktiviti sendiri. Kami ke windmill dan long beach. Nak pergi sana kene naik water taxi. Cas yang dikenakan ialah RM25 untuk pergi dan balik. Tapi kami dapat RM20 selepas tawar menawar. Water taxi ni bayar lain, tak termasuk dalam pakej. Cerita pasal windmill dan long beach entry lain ya sebab banyak gambar cantik-cantik nak share.

Kami balik dari sana dekat nak Maghrib dah. Siap mandi sembahyang semua ada dinner plak. Dan makanan yang disediakan memang tidak mengecewakan. Sedap sama macam lunch, tapi lauk lain lah plak. Lupa dah lauk apa untuk dinner tu. Lepas makan kami santai-santai kat pantai sambil girls talk. Pukul 11 balik bilik sambung plak girls talk dalam bilik smpai pukul 1. Cerita akan bersambung di hari ke2.

p/s ~ terima kasih sudi baca aku membebel :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails