Monday, August 24, 2015

Trip ke Pulau perhentian :: Perhentian MJ

Bismillahirhamnairahim dan Assalamualaikum..

Berkenan ke pulau perhentian yang telah aku jejaki tu, mula-mula nak cite pasal homestay. Tu perkara pertama yang wajib di fikir sebabnya nak pergi tempat orang kan. Takkan nanti nak tido jeti ye dak. Hehe. 

Sebelum tu nak cerita sikit cam mana boleh tiba-tiba nak ke pulau kan. Idea ni dicetuskan oleh aku sendiri masa pergi majlis perkahwinan classmate form 5 ngan Fatin Ain bulan May. Dan idea ni telah pun disokong. Dia kata nanti dia survey mana yang best dan mampu untuk kami. Aku reti ngekor je, nak cari kurang rajin sikit. Jadi kalau nak wat trip solo memang tak akan menjadi. 


Hasil dari survey, maka keputusan telah dibuat nak amik pakej di atas. Sebab amik pakej ni ialah point utama kami nak g snorkelling. Nak menoraka di dasar laut. Nak melihat keindahan yang jarang dapat lihat di dalam sana. Yang kat atas pun nak tengok tapi lebih pada yang di dalam. Harga yang dia letak kat situ RM340, tapi hasil dari rundingan dapat lah RM315/person. Makanan pun dah disediakan. Jadi tak payah nak fikir pasal nak makan kat mana dah. Sebab nak g bercuti kan. So cuti sungguh-sungguh tak payah fikir dah makanan cam mana. Ohh aku pergi dengan 3 lagi kawan. Total 4 orang :)

Untuk pakej ni kami akan menginap di Perhentian MJ. Lokasinya kat perhentian kecil  kat Kampung Nelayan. Sebenarnya pulau perhentian ni terbahagi kepada dua iaitu perhentian besar dan perhentian kecil. Perhentian kecil ni lebih kepada backpacker, yang besar pulak lebih kepada family. Dari apa yang aku tahu lah. Kalau salah, harap maaf. Jadi bilik kat Perhentian MJ ni macam dalam gambar kat bawah. Kami 4 orang dapat 2 bilik yang ber'aircond'. Jadi 2 orang untuk satu bilik. Tapinya bilik yang kami dapat boleh muat untuk 3 orang sebab ada satu katil queen, 1 katil single. Agak padat sikit lah dengan bilik yang hanya boleh muat katil. Sembahyang pun muat-muat sejadah je. Bilik air memang dah kat dalam tu. 


Keadaan bilik ok cuma yang tak ok view kat depan penginapan ni. Kalau kami pergi tahun lepas mesti dapat tengok view cantik dah perginya tahun ni, jadi gambar view bawah lah yang dapat kami tengok. Ada construction yang baru nak naik daa. 





Secara kasarnya tu lah bangunan penginapan yang kami tinggal. Macam dok hostel pun ada. Kik3x. Kata backpacker kan. :P

8 comments:

Falsya said...

akak dpt tgk gambau bilik jer..but itu pun mcm not bad..dh lama akak xpegi pulau..rindu pulakkkk..

Kak Vit said...

backpacking best kan.. mencabar.. :))

Kakzakie Purvit said...

Apa yg pasti moment indah itu tetap terpahat dlm ingatan.

puanstoberi said...

kena stop dulu la nampaknya program cuti cuti ni.. uhukss :(

JJJJJ said...

kedai makan mudah dapat tak area Perhentian MJ ni?

Faz Kirana said...

ada iron tak kat MJ..hehe

Faz Kirana said...

ada iron tak kat MJ..hehe

Unknown said...

boleh tak sye dptkan contact number penginapan MJ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails