Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Hari raya tahun ni sama macam hari raya tahun2 sudah. Tak balik kampung mana2 pun sebab aku memang dah dok kampung. Orang kata village people. Orang kata tau bukan aku kata. Kik kik..
Macam biasa pagi2 siap mandi, pakai baju raya, pakai kain sembahyang kita g tunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri dulu. Balik tu baru bersalam-salaman mintak maaf antara satu sama lain. Sebelum g jalan raya, mestilah amik gambar satu keluarga kan.
#teampurple
Rumah pertama g jalan raya ialah rumah jiran. Singgah rumah jiran pun masa odw nak g rumah mak saudara. Rumah jiran tu ada nasi dagang dan roti cicah gulai. Jadi aku pilih makan roti cicah gulai. Lepas tu baru g umah mak saudara. Nenek dan datuk untuk dua belah keluarga dah lama takde.
Kat umah mak saudara tu ada nasi hujan panas ngan bihun soto. Dua makanan tu aku terliur jadi makan lah dua jenis tu. Selepas tu, g jalan raya umah Che. Che ni jiran juga. Kat umah Che ni makan lagi. Makan sate ngan roti jala. Ada nasi dagang juga tapi aku tak berapa suka nasi dagang ni. Lepas balik umah Che, pergi pulak rumah mak angkat Mama. Kat sebelah rumah Che je pun. So sebelum Jumaat tu memang pusing2 kampung je. Oh ya sebelum Jumaat juga sempat g rumah pak saudara Mama. Yang ni jauh sikit kat Cherang. Kat sini baru lah aku makan nasi dagang. Sebabnya dah takde menu lain.. Hik..hik.. Dan kat sini juga baru lah amik gambar ngan sedara mara. Hehe
Lepas Jumaat pulak g umah mak saudara belah Papa dekat Sek Long Ghaffar. Kat sana ada roti jala dengan gulai ayam. Sebabkan rumah tu rumah last untuk hari raya pertama, jadi memang makan sungguh-sungguh lah.
Jadi tamat sudah jalan2 raya pertama, apa yang boleh disimpulkan ialah walaupun raya di Kelate, tapi kebanyakkan rumah jamu nasi dagang yang popular bagi negeri Ganu. Ngehhhh. Raya ni pun memang naik turun rumah orang je, rumah sendiri takde masak apa-apa pun. Raya ni juga aku masih lagi dapat duit raya tau. Sekian saja jalan2 raya pertama. Kalau rajin ada cerita raya ke2. Tapi bagi aku raya ke2 pun sama je ngan raya pertama, naik turun rumah orang juga. :P
1 comment:
Kakak yg dah tua ni pun dpt duit raya tau
Anak buah bagi hihi..
Post a Comment