Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.
Minggu ni adalah minggu last sebelum Syawal meninggalkan kita. Dah puas ke beraya semua? Aku kat kampung ni takde nak beraya sangat. Seminggu yang pertama syawal je kalut g sana g sini, lepas tu hujung minggu je memang melepak kat rumah. Tapi melepak kat rumah pun baru sekarang nak update cite pasal raya..Heeee
Mula-mula nak cite dulu pasal biskut raya. Tahun ni sama seperti tahun sebelum-sebelumnya. Aku buat je biskut raya ni. Baru ada kepuasan dalam menyambut raya. Kalau beli pun kerepek aje. Sebabnya takde bahan dan kepakaran nak buat kerepek.
Macam biasa seperti tahun-tahun sebelumnya kalau buat biskut raya mesti ada biskut chip chocolate. Pasai apa biskut ni sokmo ada tiap tahun? Pasai nak buat biskut ni sonang. Bukan bermakna nak buat biskut lain tu susah tapi entah ler memang tiap tahun dalam list biskut raya mesti ada biskut ni.
Macam biasa seperti tahun-tahun sebelumnya kalau buat biskut raya mesti ada biskut chip chocolate. Pasai apa biskut ni sokmo ada tiap tahun? Pasai nak buat biskut ni sonang. Bukan bermakna nak buat biskut lain tu susah tapi entah ler memang tiap tahun dalam list biskut raya mesti ada biskut ni.
Chip chocolate
Lagi biskut untuk tahun ni ialah biskut cornflakes dan samperit. Aku kalau tengok resepi nampak bahan dia cam tak renyah dan cara-cara pun senang je yang tu memang menjadi pilihan. Untuk biskut cornflakes ni, mula-mula buat sebelum raya lagi. Bagi kawan-kawan rasa semua kata sedapp. Dah sedapkan apa lagi kita jadikan sebagai biskut raya ler.
Cornplakes + badam
Yang biskut samperit ni pulak, kakak aku punya pasal lah ni >>> mengidam. Masa dalam puasa dia balik nak buat, cari punya cari acuan samperit tak jumpa. Nak g beli dah tengahari semua malas. Jadi disebabkan aku adik yang baik, kakak punya pasal rela lah buat biskut tu untuk dia. Bahan-bahan dia tak renyah lagi, tapi yang rehyahnya ialah masa nak terap tu. Alahaiii lembik sangat. Nak gantel pun tak boleh. Haishh!! Tapi dengan penuh kesabaran dan pertolongan Mama berjaya lah siapkan. Tahun depan aku tobat dah tak nak buat biskut tu.
samperit
Selain dari biskut raya, aku ada juga buat kudapan. Iaitu popia. Habis semua jenis popia aku buat. Nah popia inti serunding, popia nestum, popia pedas. Semua tu aku gulung sorang-sorang. Gigih betul, balik je dari sekolah terus mengulung. Selalunya aku balik sekolah melingkar atas katil. Dalam kepenatan tapi enjoy lah buat biskut dan popia ni. Yang enjoy sangat tu sebab dah lah sedap boleh pulak makan banyak.
3 comments:
Pada kakaklah sebab rajinlah semua tu dpt dinikmati
Kakak buat juga popia tapi satu jenis aje (yg nestum tu hihi...)
Salam...
Singgah pagi di sini..
kembali BW..=)
meriah biskut rayaaa.....
akak sejak ujung2 puasa smp la nak abis raya nie haaa..nak buat kuih smp skang xbuat2..bahan2 dh beli tp takat tuh je la..ahahaha..
Post a Comment