Tuesday, August 11, 2015

Mandi Manda di Sungai Pangsun

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Entry peram biar jadi perkasam.


Sebelum lagi banyak memori yang luput baik aku tulis ajekan. Gambar-gambar dah loading lama, jalan cerita aje takde. Ni cerita masa cuti sekolah bulan 6 hari tu. 

Alang2 dah pergi KL umah mak sedara, jadi mak sedara plan lah nak g picnic. Syoknya lah kan kebetulan plak dah setengah tahun 2015 tak pernah lagi pergi picnic. Plan asal nak pergi ke Janda Baik. Masa tu dah jadi double excited. Yelah sebab banyak baca blog kata best picnic kat janda baik. Sapa tak excited kan. Tambah-tambah #villagepeople macam aku kan.

Tapi bila hari kejadian, odw nak g picnic, jalan yang dilalui macam bukan nak g Janda Baik yang kat Pahang aje. Pergi 2 buah kereta. Yang pastinya depan tu kereta mak sedara kan. Jadi #villagepeople ni ngekor ajelah. Dekat 2 jam juga lah tambah dengan ala-ala confius mak sedara yang ingat tak ingat jalan tu tiba lah ke destinasi perkelahan. 

Memang sah la bukan picnic kat Janda Baik tapi kat Hulu Langat nuh kat Sungai Pasung. Tapi tak mengapalah asalkan dapat picnic, dapat mandi manda tu pun dah syukur alhamdullilah. Tambah2 dapat tengok alam ciptaan Allah swt. Aku ni kalau nak tahu seorang pencinta alam. 


Cantikkan


Selfie dengan alam


Nak mandi kat sini takde kene cas apa pun. Free je. Cumanya pondok kat tepi sungai untuk berteduh, solat @ makan tu kene sewa. Kalau tak silap aku RM20 kot sewanya. Bukan lupa tapi tak tahu sebabnya mak sedara yang bayarkan. *gambar pondok takde plak amik.

Best berendam sbb sejuk

Bila dah picnic kan kenelah ada makan-makan. Jadinya menu hari tu nasi lemak masak kat rumah dengan bbq ikan, ayam dan sosej. Yang tu bakar aje kat sana. Kumpul batu2 dari sungai tu buat bara api dah boleh membakar. Pemanggan tu bawa siap-siap dari rumah.

posing je lebih

Mak sedara dan pak sedara tukang bakar sebenar

Tu ada sikit gambar pondok yang aku bagitahu tu. Tak tertutup pun pondok tu. Kalau nak salin pakaian boleh tapi nak kene buat tirai lah kasi orang lalu lalang kat jalan tu tak nampak. Tandas pun ada tapi tak berapa nak bersih sangat. Kalau nak membuang tu boleh la. Takde kata buang je dalam sungai kan. Eee geli sangat. Aku pulak jenis orang yang walaupun dah dok berendam dalam air, aku tetap g toilet untuk air kecil. Nak membuang air besar lagi haruslah dalam tandas kan. Nanti tak pasal-pasal pulak ada benda terapung. :P



1 comment:

Kakzakie said...

Cantik tempatnya.
Air pun nampak jernih, fresh kalau dpt mandi-manda tempat macam ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails