Monday, February 22, 2010

MyEm0.Com
benci ganda 23..
memang aku tengah benci sangat-sangat..
benci ngan line CELCOM dekat bilik yang macam ****..
asal balik je UTM masuk je bilik tak leh terima mesej.,
CELCOM tak payah lah lagi dok buat promosi kat blog aku nie, aku benci..
tapi kerana kesetiaan aku, aku masih lagi bersama CELCOM tau..
kalau aku tak setia, line telefon ngan line broadband aku tukar sekali tau.

aku dah sampai UTM.
benci ada kat UTM nie.
buat aku susah nak terima mesej.
huuhhhh..

Saturday, February 20, 2010

''In DA eND''

apa yang 'in da end' tu??
dunia nak kiamat kah?
aku harus pergi kah?
semua itu bersangkut paut antara satu sama lain. semua ini hanyalah pinjaman sementara. mereka yang hidup harus pergi. kehidupan yang baru menanti di hadapan sana. perbanyakkan lah amalan kurangkanlah kemungkaran.

tanda-tanda kecil kiamat :
  1. Penaklukan Baitulmuqaddis
  2. Zina bermaharajalela
  3. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasikBermaharajalela
  4. alat muzik bermaharajalela
  5. Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  6. Ramai orang soleh meninggal dunia
tanda-tanda besar kiamat :
  1. Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  2. Lahirnya Dajjal.
  3. Keluar asap tebal.
  4. Turunnya Nabi Isa a.s.
  5. Kemunculan Imam Mahdi.
  6. Matahari terbit dari ufuk barat.
  7. Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  8. Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
* untuk lebih lanjut klik disini dan disini.

so berbalik pada tajuk entry aku kali ini ialah tentang diri aku yang akan meninggalkan family buat sekian kalinya yang memang selalu aku lakukan. semua ini bukan secara sengaja, tetapi kerana memenuhi tuntutan agama, keluarga, masyarakat dan juga diri sendri. aku akan balik ke Johor di mana tempat aku menuntut ilmu. orang kata 'tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China' kan tapi yang aku mampu buat masa nie Johor sahaja. tapi kira OK lah.

dah seminggu lebih aku berada kat umah nie, so apa yang aku buat adalah bersama family. berborak-borak, makan and baring-baring. semua ini buat bersama-sama (nama lagi bersama family, so sama-sama buat lah. hehe). so mula esok aku tak boleh bersama-sama lagi lah, aku kene wak sorang-sorang. sungguh sedih
MyEm0.Com

* so 'in da end' adalah kaitan antara aku yang akan meninggalkan family untuk teruskan perjuangan.

Wednesday, February 17, 2010

''HaPPy BufDAy''

HAPPY BIRTHDAY to you NUR AIN AMIRAH BTE MANSOR..



hari ini tanggal 17 februari 2010 maka ganaplah umur budak di atas 20tahun. wah diam tak diam dah 2 dekat dye hidup kat muka bumi nie.hehe
memandangkan nie adalah minggu cuti so before kteorang balik kampung masing-masing, kteorang dah pun celebrate birthday dye..
bukan main terharu lagi dye tau sebab kteorang rahsiakan yang kteorang nak sambut birthday dye jugak. sebelum nie kteorang planning nak sambut birthday kawan yang lain so bila sampai time nak celebrate tu baru kteorang bagitau dye. nasib baik dye tak nagis teresak-esak kat tempat kteorang sambut tu. (control malu lah katakan)

apa-apa pun 'nia mira' aku dengan ini mengharapkan kamu berbahagia sentiasa dengan orang yang kamu sayang. jangan asyik gaduh-gaduh je. aku kesian tengok kamu bila kamu nagis-nagis tau. sampai termuntah-muntah. teruk betul penangan cinta abg 'korek' . hehe. juga semoga kamu berjaya dunia akhirat tak kira dalam apa jua bidang yang kamu cuburi.

and i want you to know that 'I LOVE U'. MyEm0.Com



*KEK untuk merai mereka*


*aku and alyaa -planning terbaik with brday gurl*


*'yana' - 15JAN*


*'acap' - 6FEB*


*'ani'- 16 FEB*


*mereka yang hadir*


Sunday, February 14, 2010

''HaRI KekASih''

14 FEBRUARI ....
hari yang dikomersialkan sebagai Valentine's Day @ Hari Kekasih.
merupakan hari-hari yang ditunggu-tunggu oleh sesetengah pasangan kekasih yang bukan Islam untuk bertemu, meluahkan perasaan cinta masing-masing serta bertukar-tukar hadiah.
malangnya, hari ini telah mempengaruhi ramai pula umat Islam terutamanya golongan remaja untuk turut serta menyambutnya.

bagi aku hari-hari aku merupakan hari kekasih. kasih kepada ALLAH S.W.T., Rasul-Nya, agama, ibu bapa, keluarga, sahabat handal dan makhluk-makhluk ciptaan ALLAH S.W.T. cinta terbahagi kepada dua iaitu cinta hakiki dan cinta ilahi. cinta hakiki yang berlandaskan imam akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan penciptaan. malah akan melahirkan jiwa rela berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu. manakala cinta Ilahi akan memandu manusia supaya hidup lebih bererti.

kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan tetapi kasih hamba kepada pencipta-Nya dengan iman dan takwa, manakala kasih pencipta kepada hamba berkekalan.

kasih sayang dalam Islam bersifat Universal. Ia tidak dibatasi ruang dan waktu, juga tidak dibatasi objek dan motif. Kasih-sayang diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahim, menjenguk yang sakit, meringankan beban jiran tetangga yang seang ditimpa masa musibah, mendamaikan mereka yang bertelagah dan mencegah perbuatan mungkar.

Islam tidak melarang kita untuk saling mengenali adat resam serta budaya umat lain selagi tidak melewati batasan yang ditetapkan. bagi perkara yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam, maka kita perlu menjauhinya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kaafiruun yang bermaksud : ''Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku''.


*'NO' for Valentine's Day on 14 FEB'*

p/s : HAPPY ''CNY'' buat yang menyambutnya hari ini..

Thursday, February 11, 2010

yabadabedoooo.....
mood : happy sangat-sangat..
MyEm0.Com
you know why?
less then 24 hours i will go home..
that is why i'm so happy..
mum,dad,along,achik and adik..
wait for angah k..
miss all of you like a crazy..

i was here about more than 2 month.
its a long time for me eventhough someone at abroad have long time not see their family.
expecially dilla yang berada dekat poland.

so i'm here on late of morning because just want to say tata for my friends and UTM..
MyEm0.Com
hehe....


Tuesday, February 9, 2010

''AVaTar''

BEST ker cerita nie?
sampaikan jadi ''BEST MOVIE OF THE YEAR''.
cerita nie arahan JAMES CAMERON.
sapa dia tu hah?
owh director of ''TITANIC'' k..


*nie lah cover depan*

empat kali tengok baru aku dapat habiskan cerita nie yang memakan masa 2jam untuk habis. hehe.. masa first aku tengok cerita tu just bertahan 30minit je then aku tertido. so lau aku dah tertido maknanye cerita itu bosan lah kan. kali kedua aku tengok bertahan sampai 1jam 30 minit lepas tu aku tertido lagi. hehe nak buat macam mana masa tu dah kul 3.30 tau. bukan petang tapi pagi. mata pun dah layu because esoknye ada kelas. so aku sambung lagi tengok cerita itu pada petang tadi n separuh juga aku tengok n tertido lagi. asyik tertido je aku nie kan, tapi tak apa akhirnya aku dapat habiskan tengok cerita itu tanpa tertido lagi.hehe
MySpace

so apa komen anda yang telah melihatnya?
tak kisah lah tngok kat panggung ker tengok yang cetak rompak ker.
(aku tengok yg cetak rompak tau)
apa yang dapat anda perkatakan tentang cerita ini?
berapa bintang yang dapat anda berikan?
bagi aku lah kan cerita nia aku bagi 4 bintang dari 5. sebabnye dye punya grafik then yang part last skali masa perang-perang tu. aku suka yang aksi-aksi nie so sebab itu aku bagi 4 bintang. yang sebenarnye aku tak berapa nak faham pun cerita itu tentang apa. tapi aku enjoy lah tengok, tu pun yang part akhir je. so sapa-sapa yang faham nanti cerita lah dekat aku sal apa sebenarnye crte nie. lagi satu aku pun tak tahu lah macam mana cerita nie leh pecah panggung sampai dapat atasi kutipan ''TITANIC'' sedangkan cerita TITANIC cerita yang batul and AVATAR just cerita rekaan semata-mata. so sapa-sapa ada idea nanti kongsi-kongsi lah ya.
MyEm0.Com

Sunday, February 7, 2010


*OTAK*

kenapa n3 kali nie saya meletakkan gambar otak?
apa yang ada dengan otak itu?
manusia dan haiwan ada otak. yang membezakan antara manusia and haiwan adalah akal. manusia mempunyai akal dalam berfikir sama ada melakukan perkara-perkara yang +ve atau -ve. malahan haiwan adalah sebaliknya.

secara fizikal, keajaiban manusia dapat dilihat daripada bentuk tubuh badan manusia itu sendiri yang ditopang oleh 200 batang tulang yang dipahat secara unit dan sempurna, 500 otot dengan ribuan juta otot dan serat saraf yang panjangnya kira-kira 11 kilometer, saling berhubung dengan baik antara satu sama lain tanpa pertindihan antara satu sama lain.

keajaiban lain termasuk denyutan jantung manusia sebanyak 100 ribu kali sehari, mengepam 25 ribu liter darah sehari ke seluruh tubuh, mata manusia dapat membezakan 10 juta warna, panjang pembuluh darah mencapai 100 ribu kilometer dan sekiranya disambung dengan serat-serat otot yang dimiliki manusia, ia dapat memberi lebih kurang 25 tan daya tarik kekuatan otot apabila seluruh otot disalurkan ke arah yang sama.

selain itu, dalam tempoh 24jam, jantung orang yang normal berdenyut sebanyak 103689 kali, darah menempuh perjalanan sejauh 168000000 batu, bernafas sebanyak 23040 kali, menghirup udara sebanyak 483 meter cube, menelan 1.5 kilogram makanan dan minum 3.5 liter air, berkata-kata sebanyak 25000 perkataan, mengerakkan 750 otot, kuku tumbuh sepanjang 0.00012 sentimeter dan rambut tumbuh sepanjang 0.94353 sentimeter. lebih menakjubkan lagi, semua ini dikawal oleh satu organ yang besarnya hanya sebesar sekepal tangan dengan lberat lebih kurang 1.5 kilogram yang dinamakan ''OTAK". itulah sebabnya di atas sana saya meletakkan gambar otak. saya ingin mengaitakan perhubungan dengan apa semua yang berlaku dalam diri kita hanya di kawal oleh satu organ yang kecil sahaja. sekiranya di teliti lebih lanjut, otak ini terdiri atas satu trilion sel otak yang jumlahnya setara dengan 167 kali jumlah penduduk bumi. setiap sel otak dapat bekerja lebih hebat daripada sebarang komputer yang dimiliki walaupun tercipta produk canggih pada masa depan sekalipun.

begitulah ajaibnya manusia sehingga tidak seorang pun berhak berasa sombong kerana semua yang dimiliki hanyalah anugerah Tuhan. oleh kerana itu, tidak ada seseorang pun yang dapat mengatakan dirinya hebat, ataupun tiada yang menyamai dirinya dan segala bentuk kesombongan yang lain. mereka yang sedar kehidupan ini adalah sementara dan hanya pinjaman semata-mata, semakin hari hidup semakin rendah diri dan dapat mempertanggungjawabkan setiap detik waktu yang diberikan kepadanya.



Saturday, February 6, 2010

salam kembali..
ok sekarang fikiran saya dah bertambah +ve.namun begitu masih ada lagi saki baki yang membuatkan ia bercelaru. banyak lagi perkara yang belum sattle terutama test n kuiz yang masih lagi masing-masing berbaki satu.. adoii dah lah minggu depan in a happy mood MyEm0.Com because will going home alih-alih ada lagi test n kuiz nak kene hadap. so kene hadap buku lagi lah nie. hah itu lah tugas seorang pelajar, buku selalu kena di sisi. walau bagaimanapun perasaan x sabar nak balik tetap ada, dah lah coursemate dah ada yang balik tau. next week dah xramai orang dalam kls. budak cina dah amai yang balik. melampau betul diorang nie. 2 minggu nk raya dah balik yang kita ari tu 1 ari nk raya baru balik tau. OK je. COOL lg. MyEm0.Com

semalam saya hang out ngan course mate. keteorang g meronggeng dekat plaza angsana. mulanye saya ingat nak g jalan-jalan je tp huuuu habis juga duit saya. tp xpe lah benda yang saya beli 2 long life can be used. saya beli cadar n buku.

*plaza angsana*

buku yang saya beli bertajuk 'MENCARI MAKNA HIDUP' karya PERLINDUNGAN MARPAUNG. isi kandungan dalam buku ini ialah kisah-kisah inspirasi dan motivasi kehidupan. saya cuba mencari apa yang saya mahu dalam kehidupan saya yang sebenar sama ada mengembirakan family, mencari kepetingan diri atau memantapkan diri untuk kehidupan ini n kehidupan yang akan datang. walau apa jua yang terjadi saya mengharapkan untuk buat yang terbaik. tentang buku itu saya nak menceritakan lebih lanjut pun saya sendri xbaca lagi so sapa yang berminat leh lah cari buku ni kat pasaran.


*berterbangan seperti burung yang juga mencari kehidupan seekor burung*


*nie design cadar yang saya beli*

ari nie saya d tinggalkan keseorangan tau. semua kawan-kawan yang sama aras ngan saya keluar. xde sorang pun yang tinggal skrg. hanya saya sorang yang ada kat aras nie. waaaaaaaaaa cdeynya MyEm0.Com
hope nanti ada somthing yang diorang bwk balik untuk saya.. MyEm0.Com

CHow bEdaH..DAAAA MyEm0.Com

Tuesday, February 2, 2010

''AkU yG buZy''

sory banyak-banyak aku xsempat nak meng'update' blog.minggu nie banyak sangat test yang harus diduduki.by da way kawan-kawan doakan aku ya supaya aku dapat menjawab dengan jayanya.esok aku ada test proses kimia industri,lusa test kimia analisis berinstrumen n ari jumaat ada test marketing.kepada sesiapa yang juga ada test yang harus diduduki juga aku ucapkan gud luck.semoga kalian dapat menjawab dengan jayanya..amin..

''sH@IR@ h@If@''

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails