Sunday, February 7, 2010


*OTAK*

kenapa n3 kali nie saya meletakkan gambar otak?
apa yang ada dengan otak itu?
manusia dan haiwan ada otak. yang membezakan antara manusia and haiwan adalah akal. manusia mempunyai akal dalam berfikir sama ada melakukan perkara-perkara yang +ve atau -ve. malahan haiwan adalah sebaliknya.

secara fizikal, keajaiban manusia dapat dilihat daripada bentuk tubuh badan manusia itu sendiri yang ditopang oleh 200 batang tulang yang dipahat secara unit dan sempurna, 500 otot dengan ribuan juta otot dan serat saraf yang panjangnya kira-kira 11 kilometer, saling berhubung dengan baik antara satu sama lain tanpa pertindihan antara satu sama lain.

keajaiban lain termasuk denyutan jantung manusia sebanyak 100 ribu kali sehari, mengepam 25 ribu liter darah sehari ke seluruh tubuh, mata manusia dapat membezakan 10 juta warna, panjang pembuluh darah mencapai 100 ribu kilometer dan sekiranya disambung dengan serat-serat otot yang dimiliki manusia, ia dapat memberi lebih kurang 25 tan daya tarik kekuatan otot apabila seluruh otot disalurkan ke arah yang sama.

selain itu, dalam tempoh 24jam, jantung orang yang normal berdenyut sebanyak 103689 kali, darah menempuh perjalanan sejauh 168000000 batu, bernafas sebanyak 23040 kali, menghirup udara sebanyak 483 meter cube, menelan 1.5 kilogram makanan dan minum 3.5 liter air, berkata-kata sebanyak 25000 perkataan, mengerakkan 750 otot, kuku tumbuh sepanjang 0.00012 sentimeter dan rambut tumbuh sepanjang 0.94353 sentimeter. lebih menakjubkan lagi, semua ini dikawal oleh satu organ yang besarnya hanya sebesar sekepal tangan dengan lberat lebih kurang 1.5 kilogram yang dinamakan ''OTAK". itulah sebabnya di atas sana saya meletakkan gambar otak. saya ingin mengaitakan perhubungan dengan apa semua yang berlaku dalam diri kita hanya di kawal oleh satu organ yang kecil sahaja. sekiranya di teliti lebih lanjut, otak ini terdiri atas satu trilion sel otak yang jumlahnya setara dengan 167 kali jumlah penduduk bumi. setiap sel otak dapat bekerja lebih hebat daripada sebarang komputer yang dimiliki walaupun tercipta produk canggih pada masa depan sekalipun.

begitulah ajaibnya manusia sehingga tidak seorang pun berhak berasa sombong kerana semua yang dimiliki hanyalah anugerah Tuhan. oleh kerana itu, tidak ada seseorang pun yang dapat mengatakan dirinya hebat, ataupun tiada yang menyamai dirinya dan segala bentuk kesombongan yang lain. mereka yang sedar kehidupan ini adalah sementara dan hanya pinjaman semata-mata, semakin hari hidup semakin rendah diri dan dapat mempertanggungjawabkan setiap detik waktu yang diberikan kepadanya.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails