Tuesday, September 14, 2010

''rAya2 juga...sampai jodoh kene kahwin..''

Assalamualaikum dan salam hari raya ke-6. Pejam tak pejam, sedar tak sedar upenya dah hari ke-6 umat Islam di seluruh Malaysia merayakan kedatangan Syawal dengan memohon keampunan dari insan2 yang mana mereka telah buat silap dah salah. Aku tak terkecuali dari memohon keampunan mereka2. Owhh sungguh lega rasa diri aku bila aku dapat minta maaf dengan orang2 yang aku rasa aku dah banyak buat salah, terutama skali mama dan papa aku.




Aku nie anak degil sikit dan suka buat kedua2 orang tua aku risau sal aku. Dah lah aku nie dop jauh dari pandangan mata mereka lepas tu buat benda2 yang ganas dan extrem plak. Mak ayah mana tak risau kan takut jadi pe2 kat anak mereka. Tambah2 dengan aku yang perempuan nie. Jaga anak perempuan sorang umpama jaga sekandang lembu. Kesian mereka.




Bila tiba hari raya, Semua Insan bergembira..
Tapi bagi sesetangah orang, Mereka bergembira dengan kahwin..

Kompang dipalu,
pegantin baru..



Congrate buat kak asma ngan abang lutfi. Kak asma nie sepupu papa aku. Dah sampai jodoh dye. Aku bila plak? Aku tak kisah bila2 pun sebab aku target nak kawin lg 5,6 tahun. Aku pun muda bergetah lagi orang kata. Tak sesuai nak khwin pun lagi dengan keanak2kan aku nie. Korang semua bila lagi? Jodoh jauh lagi gak ke? Meh baca semua nie kat bawah ada aku sediakan doa. Nanti baca2la ya. Insyallah. Nak khwn jemput2 la aku juga.



Bila cakap sal jodoh nie,yang aku tau jodoh terbahagi kepada 3. Kene berati2 ngan jodoh kita nie. Ada jodoh cara baik, ada gak cara yang tak baik.

1- Jodoh dari syaitan
- Contohnya si mat jumpa si kiah. Lepas tu kenal mengenali antara satu sama lain. Suka each other. Bila dah suka, apa lagi cucuk sana sini lah. Tup tup si kiah termegandung sebab si mat nie tak pakai pelindung (bukan takal ya). Lepas tu baru mereka kalut ribut nak kahwin.

2- Jodoh dari jin
- Yang nie plak jodoh cara paksaan dah orang tak suka p lah cari orang lain. Yang dop terhegeh-hegeh nape. Dah takde orang suka dan terdesak sangat2 ke. Bila orang tak suka dop tiup sana tipu sini (guna bomoh). Last kahwin juga.

3- Jodoh dari Allah
- Jodoh yang paling suci, yang mana telah di redhai oleh Allah. Perkenalan diteruskan dengan ikatan yang suci (masuk meminang), kemudian yang si perempuan setuju dan di akhiri dengan perkahwinan. Cara nie lebih baik dan diberkati Insyallah hingga akhir hayat. Amin.



Inyallah mama dan papa aku akan kekal selama2nya. Lebih kurang 24tahun usia perkahwinan mereka. Moga kekal selama2nya.

nota kirikanan :
esok open ouse..meh ah jalan2 umah aku.

2 comments:

Che Daisy said...

kalo ada jodoh tak kemana dik ooi..cukup time..kawenlah kamuu..:D
banyakkan berdoa utk jodoh yang terbaik..

sHaiRA haIFA said...

ya che daisy,,thx

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails