Bismillahirahmanirahim dan Asslamualaikum..
Teringin.. teringin.. teringin.. Berapa banyak mahu teringin lorr. hehe. Disebabkan dah xleh nak bendung lagi perasaan teringin akan Oglio Olio Seafood spagheti nie maka jadi akhirnya.
Semalam dop google2 macam mana nak masak makanan nie. Lepas tengok blog sana sini pasai cam mana nak masak, rhupenya senang ajo. Yang penting minyak olive oil. Yang lain2 suka suki nak campak ke tidak. Nak xnak hari nie g jusco cari olive oil.
Mak aihh mahalnye minyak olive nie. Nasib baik ada yang ada diskaun. Apo lai amik yang ada diskaun la. Dapat diskaun tu sbb ada kad jusco. Kalau tak, ne hi he babuji diskaunnya. Cam mano nak masak Oglio Olio Seafood spagheti nie :
Bahan-bahan yang aku guna
- spageti
- bawang putih
- bawang holland
- udang
- lada burung
- olive oil
- serbuk lada hitam
Cara memasak
1- potong bawan holland dan bawang putih (didadukan)
2- potong lada burung (kecik-kecik)
3- kupaskan kulit udang
4- Sementara tengah memotong dan mengupas tu, rebus spageti dulu.
5- Dah masak spageti, masukkan olive oil. Dah panas masukkan bawang2 tadi.
6- Agak2 dah layu and masak bawang, masukkan udang dan lada burung.
7- Masukkan spageti, kacau bersama2.
8- Jangan lupa, secukup rasa. Masukkan dan rasa hingga mendapat rasa yang sepatutnya.
9- Hiaskan dengan serbuk lada hitam.
10- Dah masak boleh lah makan.
Aku main ikut campak aje masak nie. Takde step sangat sebenarnya. Aku buat yang mana aku ingat at that time. Aku bukan rajin sangat, tapi kalau nak makan, aku akan usahakan untuk buat. That's all. Then menu nie untuk sehari. Dari tengahari, petang, malam entah2 pagi esok aku makan benda yang sama aje. Hehe
p/s ~ sementara rumate xbalik lagi nie, makan suka hati la. Nasi pun dah 2 hari aku xsentuh.
PEACE