Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Wednesday, August 5, 2015

Spaghetti Seafood Carbonara

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Sejak cuba makan spaghetti carbonara ni kan, kalau nak banding dengan spaghetti bolongness aku lagi suka yang carbonara. Penuh berkrim!! Nyum2x.. Aku suka makan dengan kuah yang banyak. Bila nak kuah banyak kan aku prefer masak sendiri ++ boleh la makan banyak-banyak. *dah kata suka kan.

Kalau sebelum ni bila nak buat je mesti beli sos carbonara yang ada mcm2 jenis seperti kimball dan prego. Tapi semenjak kawan bagi resepi untuk buat spaghetti carbonara ni, tak pernah lagi beli yang instant tu. Cukup dengan adanya instant sup cendawan seperti gambar dibawah ni. Lepas tu beli susu penuh berkrim jenama Dutch Lady.


Resepi :

1 biji bawang holland - potong dadu
1 tin cendawan button - potong
sotong/udang
3 paket instant sup @ 1 kotak
3 cawan susu berkrim

Cara-cara :

1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang yang dipotong dadu. Biarkan hingga layu.
3. Masukkan sotong dan udang. Biarkan sehingga masak.
4. Masukkan instant sup.
5. Kemudian masukkan susu.
6. Kacau sehingga sebati.
7. Masukkan cendawan button. Biarkan sehingga mendidih
8. Tutup api.

*kalau nampak pekat sangat boleh tambah air sikit.

Senang aje kan. Dah lah sedap. *ehh puji pulak. Sebenarnya nak cakap spaghetti carbonara ni sedap. Sebabnya kalau makan dekat restoran ke mana-mana je mesti tak cukup sepinggan. Hehe.

p/s ~ owh ya lupa.. jangan lupa masukkan garam gula secukup rasa.

Saturday, February 16, 2013

Oglio Olio Seafood spagheti

Bismillahirahmanirahim dan Asslamualaikum..

Teringin.. teringin.. teringin.. Berapa banyak mahu teringin lorr. hehe. Disebabkan dah xleh nak bendung lagi perasaan teringin akan Oglio Olio Seafood spagheti nie maka jadi akhirnya.



Semalam dop google2 macam mana nak masak makanan nie. Lepas tengok blog sana sini pasai cam mana nak masak, rhupenya senang ajo. Yang penting minyak olive oil. Yang lain2 suka suki nak campak ke tidak. Nak xnak hari nie g jusco cari olive oil.

Mak aihh mahalnye minyak olive nie. Nasib baik ada yang ada diskaun. Apo lai amik yang ada diskaun la. Dapat diskaun tu sbb ada kad jusco. Kalau tak, ne hi he babuji diskaunnya. Cam mano nak masak  Oglio Olio Seafood spagheti nie :

Bahan-bahan yang aku guna 
- spageti 
- bawang putih
- bawang holland
- udang
- lada burung
- olive oil
- serbuk lada hitam

Cara memasak 
1- potong bawan holland dan bawang putih (didadukan)
2- potong lada burung (kecik-kecik)
3- kupaskan kulit udang
4- Sementara tengah memotong dan mengupas tu, rebus spageti dulu.
5- Dah masak spageti, masukkan olive oil. Dah panas masukkan bawang2 tadi.
6- Agak2 dah layu and masak bawang, masukkan udang dan lada burung.
7- Masukkan spageti, kacau bersama2.
8- Jangan lupa, secukup rasa. Masukkan dan rasa hingga mendapat rasa yang sepatutnya.
9- Hiaskan dengan serbuk lada hitam.
10- Dah masak boleh lah makan.

Aku main ikut campak aje masak nie. Takde step sangat sebenarnya. Aku buat yang mana aku ingat at that time. Aku bukan rajin sangat, tapi kalau nak makan, aku akan usahakan untuk buat. That's all. Then menu nie untuk sehari. Dari tengahari, petang, malam entah2 pagi esok aku makan benda yang sama aje. Hehe

p/s ~ sementara rumate xbalik lagi nie, makan suka hati la. Nasi pun dah 2 hari aku xsentuh.
PEACE


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails