Wednesday, January 8, 2014

Chicken ball dari DM

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Diam tak diam hari nie dah masuk hari ke-8 untuk tahun 2014M. Sekojap je rasa kan. Haishh masa berlalu memang tak pernah nak ucap selamat jalan. Kita yang menggunakan masa nie kena lah sentiasa sedar ya. Pesanan buat penulis juga.

Kali nie penulis nak bercerita sal chicken ball yang didatangkan khas dari DM bukan dari IKEA ya. IKEA ada meatball je. Apa itu DM? Haa DM tu ialah 'Dapur Mama'. Bukan penulis yang Mama kat situ tapi Mak penulis yang Mama kat situ. Hehe. Kesemua bahan-bahan nak buat chicken ball nie pun Mak penulis yang punya. Tapi resepi penulis yang punya.


Rupenya nak buat chicken ball nie takde lah susah sangat pun. Cuma malas ngan rajin je yang membezakan. Hehe. Kalau chicken ball senang nak buat meatball pun mesti senang nak buat kan. Udah-udah lah g makan kat IKEA tu. Kalau tak cukup sepinggan tak nak balik kan? 

Bahan-bahan nak buat chicken ball nie apa yang penting nak kene ada ayam. Takde ayam memang tak jadi chicken ball. Dah ada ayam kene ada papan pemotong sebab ayam-ayam tu hendaklah dicincang secara yang paling halus. Dah cincang seberapa banyak yang nak, taruk blackpaper sesedap hati dan garam secukup rasa. Lepas tu taruk sebiji telur kuning dan kacau hingga sebati. Telur putih jangan dibuang. Kegunaan telur putih ialah untuk mencelup ayam yang dijadikan bebola sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Bila warna dah bertukar keperangan dah boles tos dan sedia untuk dihidang. SIAP!!

Itulah dia respi chicken ball dari Dapur Mama. Selamat mencuba!!

5 comments:

Ann Ishak said...

meatball ikea sedap :)

Cik Puan Rara said...

oooo menu diet.ingat kan kenapa td.kalo buh tepung sket.kentang sket lg sedap,

shera haifa said...

nak meatball ikea ann ishak? tak pernah merasa pun. :(

shera haifa said...

hehe.. memang terbaik lah kalau tambang tepung n kentang tu cik puan rasa..:)

Myra Jay said...

Sedapnya...
Ok ok nak try nanti kalau rajin :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails