Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Sejarah di tahun 2013 biarlah menjadi kenangan dan igauan buat diri penulis sahaja. Ianya akan kekal bersemadi dalam benak fikiran penulis. Insyallah andai nikmat mengingati itu tidak ditarik oleh Allah SWT. Pahit manis maung masin masam hanya penulis yang mengalaminya. Harapnye sejarah 2013 tidak berulang lagi.
Kini 2013 sudah ditinggalkan. Azam penulis yang dulu berkubur begitu sahaja. Rasanya cepat pula masa berlalu, hinggakan penulis kaget tidak dapat berbuat apa-apa. Sekarang 2014 pula menjengah. Hope 2014 more better than 2013.
Wishlist 2014 :
- Konvo kali ke-2 dengan jayanya.
- Dapat kerja untuk membantu kedua ibu bapa
- Bergaya dengan kenderaan sendiri
- Terus menyihatkan tubuh badan
Itu sahaja 4 wishlist besar penulis untuk tahun 2014. Wishlist kecik-kecik tu tak payah nak penulis tulis kat sini. Apa-apa pun wishlist anda, cuba untuk capai benda tu. Buat sehabis baik. Try your best. Jangan mudah mengalah. Sesuatu itu tidak akan digapai andai tiada usaha dari diri sendiri. Betul tak?
2 comments:
Selamat Tahun Baru 2014
selamat tahun baru juga buat abil. :)
Post a Comment