Thursday, January 30, 2014

Roti Sosej Meleleh

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Bila kat rumah dan semua orang ada, mood nak memasak itu ini sangat lah tinggi. Hinggakan azam tahun ini hilang entah kemana. MasyaAllah.. Kene kuatkan hati teguhkan iman ni. hehe. 

Mood nak memasak tu ada bila kita tahu akan ada orang yang akan makan. Sebabnya sebelum ni kat rumah hanyalah ada penulis, parents n adik sorang. Bila kakak n adik lelaki nak balik mulalah tangan nie gatal-gatal nak masak. So menu baru kali ini sesuai sangat untuk dibuat breakfast dan minum petang. Tersangatlah mudah cara nak membuatnya disamping bila kita buat makanan ni, ianya boleh disimpan sejuk beku dan bila nak makan boleh terus goreng. Penuli rujuk bahan dan cara membuat Roti Sosej Meleleh nie kat blog Puan Ana. Untuk bahan-bahannya ialah pertama harus ada roti.


Roti ni penulis guna roti gardenia dan sebabkan penulis malas, tepi roti tidak dibuang. Lagi pula penulis fikir kalau buang nanti nak buat apa. Macam membazir pula kan. So penulis amik pilihan guna semua. Roti itu haruslah dicanai supaya senang untuk proses mengulung nanti.


Bahan kedua haruslah ada sosej. Nama lagi Roti Sosej wajib ler ada sosej. Kalau takde sosej or xguna sosej jangan taruk nama sosej ya. Sosej nie hendaklah dicelur dahulu. 


Untuk dapatkan hasil yang meleleh, penggunaan chesse juga wajib. Tapi cheese nie lebih kepada sampingan aje sebenarnya. Kalau ada guna. Kalau takde xpayah nak susah-susah p beli. =)


Kemudian telur. Asingkan warna telur. Bahagian kuning diguna untuk melekatkan bahagian hujung gulungan. Dah habis gulung campur bersama kuning dan putih untuk diguna sebelum proses golek-golek atas bread crumbs. 


Bread crumbs yang penulis guna. Beli di Mydin harga RM8.50. Sama jenis yang macam kat blog Puan Ana. 


Cara susunan bahan-bahan sebelum digulung. Roti yang dicanai, kemudian dihampar dengan cheese diatasnya sebelum sosej diletak. Dah ada tiga bahan tu boleh lah mengulung. Dah gulung celup dalam telur barulah golek-golek atas bread crumps. Dah siap golek-golek bolehlah digoreng.


Taraaa. Inilah hasilnya selepas dipotong dua. Yumilicious..

2 comments:

sea_lavender said...

ni buat lapar huhu~~

Unknown said...

sea_lavender - hehe.. p buat.. senang je..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails