Wednesday, January 15, 2014

Makanan Arab

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat walafiat. Takde demam-demam ya. Maklumlah sekarang nie macam musim denggi je. Ramai yang penulis tengok kat FB demam denggi. Hope korang semua tidak lah. Banyakkan minum air ya. Sekarang pun cuaca tak menentu. Kat negeri kelahiran penulis pun dah banjir semula. Jaga diri kerana malang tak berbau. 

Penulis nak share hari nie penulis makan makanan Arab. First time penulis rasa. Sebelum nie penulis takde pernah masuk restoran makanan Arab pun. Makan makanan arab hari ni pun bukan masuk restoran Arab tapi dimasak oleh orang Arab yang berasal dari Iraq. Beliau belajar kat Malaysia. Pelajar bawah bimbingan supervisor penulis. 


Ha ni lah juadah yang dimasak oleh Maimunah. Ada tiga jenis semuanya. Yang hujung kiri tu nasi beriani. Yang tengah tu jarjiq, dan last sekali tu dolmah. Nama makanan punyalah penulis susah nak ingat. Hehe. Asyik dok ulang tanya kawan apa dah nama makanan tu. Buat malu je. Last-last kaitkan nama makanan tu dengan sesuatu baru ingat betul-betul. Contohnya makanan jarjiq. Penulis kene ingat yang Jarjit dalam cerita Upin Ipin. Macam Dolmah plak penulis kaitkan dengan Mak Mah. Hehe gasakkan aje asalkan senang nak ingat. Malu dok ulang tanya tak ingat-ingat. :)

Review penulis pasal makanan Arab yang dimasak oleh Maimunah nie ada best ada yang tak boleh diterima oleh tekak. Yang best tu nasi beriani. Dia masak pakai herb yang memang dibawa oleh beliau dari negara beliau. Nasi beriani dia tak berminyak dan tak kering sangat. Memang lain dari yang pernah penulis makanan. Jarjit plak adalah sejenis arca sebenarnya. Ia dibuat dari campuran timun, garlic dan yogurt. Penulis boleh makan. Dolmah plak adalah nasi yang dimasak bersama jus lemon. Kemudian disumbat dalam bawang, capsicum, tomato, terong dan dibalut dengan sawi. Lepas tu kukus pula. Kat Iraq makanan ni dipanggil "Lady of the Table". Sebabkan diberi gelaran macam tu, orang perempuan yang kene habiskan dan orang lelaki tak boleh balik selagi Dolmah tak habis dimakan. Dolmah nie tersangatlah masam. Penulis makan hujung sudu je. Dah tak boleh terima oleh tekak. Owh ya Dolmah juga adalah makanan yang paling pedas bagi orang Iraq. Sedangkan bagi kita rakyat Malaysia tak rasa pun kepedasan itu. Tahap kepedasan diorang tak sama dengan tahap kepedasan kita dan mereka suka makanan yang masam-masam. Dalam masakan memang mereka suka taruk lemon.

Korang pernah makan makanan Arab yang penulis sebutkan tu tak? Kalau pernah korang boleh makan ke? Hehe.. Lepas nia Kamal, pelajar asal dari Nigeria plak nak bawa makanan dari negara beliau tapi kene tunggu wife dia datang Malaysia dulu untuk masak sebabnya si Kamal tak pandai masak. :)

4 comments:

Falsya said...

Beriyani ngan dolmah tuh penah makan..tp yg lagi satu tuh akak tgk mcm pelik nau..

Unknown said...

komen akak pasal dolmah? Memang nampak pelik tapi dye macam arca timun. Kalau kita gaul dalam cuka je..

Myra Jay said...

Dolmah tu sedap kan :)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

beriyani & jarjit penah la mkn. yg dolmah tu xpenah lg.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails