Thursday, February 13, 2014

Dulu tak sama dengan Sekarang

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Dulu ok je kene denda. Bukan setakat dok atas kerusi atau meja hingga kepala hampir dengan kipas (kipas tutup, meruap panas), malah siap kene duduk bawah meja lagi. Siap tak nampak apa cikgu dok ajar. Nak suruh nampak pandai-pandai engkau lah nak jenguk ikut celah mana pun. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. 

Ada cikgu ni pula pesen denda kene jalan itik. Hoi dulu penulis gemuk, alah sekarang pun gemuk je. Kau bayangkan orang gemuk kene jalan itik. Habis lenguh kaki woi. Nak tahu jauh mana kene jalan itik, ce bayangkan bilik darjah luas mana dan darab tiga. Lalu depan kelas orang lain. Ohh bukan setakat sakit tapi malu pun ada sebabnya kene jalan itik kat luar koridor, semua orang tengok. 

Cikgu matematik penulis pula, jenis yang suka pukul. Bukan pukul saje-saje tapi sebab nak ajar kau. Bila tak ingat sifir kene ah pukul dengan pembaris ikut yang tepi tu. Yang surface area kecik bukan ikut surface area besar tu. Leh bayangkan tak bahagian mana? Kiranye bila kau kene pukul sebab tak ingat sifir hari ini, comfirm kau akan balik hafal sifir sebab esoknya tak nak kene pukul lagi kan. Bangang apa bila dah kene pukul hari ni, tak reti-reti nak balik hafal sifir. 

Tak cukup dengan tiga denda kat atas,penulis penah kene conteng muka dengan kapur. Mak aihh macam-macam corak wei. Pasal apa kene denda tu lupa pula. Haish patutlah kulit muka penulis menggerutu je. Dah cuba macam-macam produk tak cantik juga. Sampai sekarang single mingle. Umur dah nak satu per empat abad. Sob2x..


Tapi sekarang semua denda tu dah tak boleh nak diguna pakai dah untuk pelajar sekarang. Cikgu denda sikit balik ngadu kat mak pak. Dapat mak pak pulak jenis yang lurus bendul tak ingat apa yang cikgu pernah buat kat dia waktu zaman sekolah dulu, p report polis. P sekolah jumpa guru besar, guru kecik. Marah guru besar sebab anak dia kene rotan. Hoi mak pak korang tak pernah dengar pepatah mengatakan "sayang anak tangan-tangankan" ke?

Ce bukak minda mak pak oi, cikgu nak ajar anak kau suruh bagi pandai ya. Bukan nak suruh bagi bahlol,  tak reti apa benda. Bukak minda, fikir-fikirkan lah. Nak suruh anak jadi manusia yang berjaya ke, nak suruh anak jadi manusia perosak. Semua tu kat tangan mak pak yang mencorakkan anaknya yang dilahirkan suci putih bersih.

p/s ~ hanya menulis dari pengalaman dan pandangan. Nak serang penulisan saya, fikir-fikirkan.   Ya mungkin sebab saya takde anak lagi n tak faham perasaan mak pak bila anak kene denda, tapi sy berfikiran terbuka. Kalau denda yang dikenakan tak meninggalkan kesan untuk jangka masa hingga habis nafas, biarkan. Sakit hanya sekejap. Selepas itu manis yang kita dapat. 

1 comment:

Falsya said...

Betul2..kalau dulu cikgu sgt strict..tp sbb itu jugaklah student2 yg org..bukan mcm sekarang, baru form 1 dh pandai meragut..sedih betul..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails