Sunday, February 2, 2014

Ngaku goreng & sambal

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum.

Disebabkan nak CNY, haritu muncul balik la ngaku aka arrow head ni. Penulis tak sempat nak beli awal-awal ngaku aritu sebab kene pergi JB untuk kes viva. Lagipula masa awal-awal harganya masih lagi mahal. Bila nak dekat CNY baru murah. Apa yang penulis perasaan la.

Penulis sempatlah beli sekilo setengah ngaku ni sebabnya kat Kelate takde sangat kat pasar raya. Ni pun beli kat KB Mall sebabnya penulis sedia maklum mesti orang Cina ramai shopping kat Pasific. Penulis ada tengok ngaku ni dijual di Mydin masa awal bulan satu. Tapi jumlahnya tersangat lah sedikit. Penulis tengok pun macam takde selera nak beli. Lagipula orang Melayu kita ni kalau tak di beritahu tak ramai yang tahu. Macam penulis sendiri baru tahun lepas tahu pasal ngaku ni sebabnya baca kat blog. Rasanya kalau tak membaca di blog penulis sendiri hingga ke hari ni tak tahu pun pasal ngaku ni enak dibuat kerepek. Yang pasti sebelum penulis tahu pasal boleh buat kerepek ni penulis sendiri naik heran, buah apalah yang orang Cina dok beli sampaikan 4,5 plastik penuh seorang. Hehe


Dari sekilo setengah tu dapatlah hasilkan kerepek ngaku satu bekas sederhana besar bulat dan tinggi. Punyalah orang kat rumah ni suka mengunyah, 3,4 ari lepas tu bekas tu tinggal tisu buat lapik minyak je. Adik yang balik cuti CNY dari JB tak sempat nak makan. Nak cakap enaknya kerepek ngaku. 


Dari sekilo setengah tu, simpanlah 5 biji buat kakak guna masak sambal. Asalnya dia tengok mak saudara buat ngaku sambal, tu yang dia nak try buat kat rumah plak. Hasilnya memang terbaik la. Cara masaknya sama macam buat sambal ubi taruk dengan tempe tu. Yelah ngaku ni pun sebenarnya sejenis ubi kan. Sambal ngaku boleh juga dimakan dengan nasi. Marvelous. Nak dapatkan ngaku lagi kene tunggu CNY tahun depan pula lah.

2 comments:

4feet8 said...

ngaku tu apa?
ubi kentang ke?

shera haifa said...

4feet - ngaku tu nama commercial dye arrow head.. ia boleh dikatakan ubi la, tapi bukan ubi kentang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails