Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
The happies time when all family was gathered.. Yehh..Giler engkau kalau tak gembira bila bersua keluarga. Mahu kene sumpah. Kalau jenis yang sorang dok sana sorang dok cnie, bila tatap batang hidung tu mahu melompat-lompat macam katak. Peluk ketat-ketat macam dah kene gam dengan gam gajah. Tapi tak tahulah kalau family penulis je yang macam tu.
Selepas lebih tujuh tahun penulis selalu on off dengan family, sekarang penulis lah orang yang banyak masa berada dirumah since hujung tahun 2013. Depa 3 orang iaitu kakak, adik lelaki n adik perempuan tak pernah dok jauh dengan family. Tapi start Feb 2013 kakak penulis dah mula dok jauh sebab dapat kerja kat KL. Adik lelaki pula baru Dis 2013 dok jauh sebab sambung belajar kat JB. Now only adik perempuan je belum merasa dok jauh dengan family.
Bila ada cuti je, kami adik beradik dapat gathered semula. Tapi maklumlah cuti bukannya sebulan, dua bulan hanyalah tiga, empat hari, apa sangatlah yang boleh dilakukan bersama. Sob3x. Bila masing-masing berjauhan ni mula lah nak macam baik-baik antara satu sama lain. Kalau tak asyik ada je benda nak digaduhkan. Tapi "air dicincang tak akan putus". Malah ia makin mengeratkan lagi hubungan.
p/s ~ korang macam mana? Suka dok jauh dengan family?
No comments:
Post a Comment