Sunday, November 30, 2014

Ceritera Kahwin Fini & Faiz

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Cuti sekolah dah pun bermula minggu lepas. Apa lagi sana sini majlis kahwin la. Kasi borong semua tarikh pasti setiap hari ada yang melangsungkan majlis kahwin. Tak kisah lah pertama kali kahwin ke, kedua kali kahwin ke yang pasti majlis perkahwinan. Ye dak?

Iolss macam biasa lah, di peringkat usia yang masih muda ni kawan-kawan dah ramai yang kahwin. Orang sekarang semua kahwin muda-muda. Alkamlumlah cepat jodoh mereka. Tahniah! Yang dah kahwin cite lain. Yang dah beranak-pinak pun ada. Iolss ada juga anaknya. Tapi anak tekak jelah. Untuk anak, anak yang dilahirkan tu InsyaAllah the time will come bak kata dalam bahasa orang putih. =)

Jadi semalam nya iolss dah hadiri satu majlis rakan sekolah, pernah jadi classmate juga merangkap dormate kat asrama dulu. Kawan iolss ni cikgu. Kalau dah cikgu macam biasa lah lawan dia pun kene cikgu. Untunglah kahwin cikgu, cuti sama-sama kan. Senang nak rancang percutian. Hehe. Lagi-lagi both mengajar kat Johor sekarang tapi ofkos lain sekolahnya. 


Cantik, lawa je pengantin kan. Berseri-seri orang kata. Tema majlis pun cantik. Warna baju pengantin pula macam green turquiose gitu. Warna macam ni sekarang tengah in. Sesuai lah dengan pengantin yang putih.

Selfie cikit!

Fini & Faiz. Semoga perkahwinan kalian dirahmati oleh Allah SWT. Amin.

Kamsahamnida *_*


Friday, November 28, 2014

Bangat-bangat Tokey Sumbak

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

 

Wakaka. Uolss tengok iklan ni. Gelak sambil geleng kepala tau. "Tokey Sumbak doh". Terbaik punya marketing. Tak lari dari dialek negeri Kelate. Mudoh pehe untuk rakyat jelato. Iolss curik gambar ni kat group FB. Mintak halal ya owner gambar.

Iolss dah lalu depan kedai ni tapi iolss tak sempat nak snap gambar. Ayah iolss bawak kete laju sangat. Hehe. Kedai ni kat Wakaf Che Yeh. Rakyat Kelate hok mana nak g borong karpet murah-murah leh lah g serbu ni. Katanya sampai minggu ni je. Pakat g lah deh. Boleh bantu tokey kedai tu sikit. Memang betul perlukan duit gamaknya sampai iklan cam ni. Tapi Dee Karpet ni memang iklan dia gempak-gempak pun.

Kamsahamnida *_*

Thursday, November 27, 2014

Pisang Goreng Cheese


Bismillahirhamanirahim dan Assalamualaikum..


Iolss tak pernah lagi makan pisang goreng cheese yang dijual kat mana-mana kedai. Yang iolss pernah makan ialah pisang goreng cheese yang iolss sendiri tabur cheese atas pisang goreng yang dibeli. Iolss pernah cerita pasal pisang goreng cheese tu kat sini



Yang ni pulak pisang goreng cheese yang mana pisang goreng tu ioss sendiri yang buat. Aiyokk iolss tak reti nak goreng pisang. Sebabnya iolss pakai tepung segera kan lepas tu tepung tu tak lekat pun kat pisang. Last-lastnya iolss dapat pisang goreng yang togel je. Sedih betul. Tapi sebabkan kemaruk pisang goreng cheese iolss buatkan juga. Cara nak buat pun iolss google je. Lepas dah goreng pisang tu gaul pisang goreng  dalam larutan susu n mentega yang dah dicairkan. Lepas tu barulah iolss tabur parutan mozarela lebihan buat pizza  dan chip chocolate. Kemudian iolss letak dalam microwave untuk kasi cheese tu cair.

Apa rasa? Entah lah sebab iolss sebat je walau tak sedap. Nanti nak beli lah pisang goreng cheese yang dijual. Nak compare rasa. Yang mana lagi best.  Uolss pernah buat pisang goreng cheese?

Kamsahamnida *_*

Wednesday, November 26, 2014

Mengamit Memori

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..



Hai uolss. Owhh sungguh mengimbas memori kan tengok pic kat atas. Ni bagi sapa-sapa yang pernah merasa dok asrama lah. Iolss berkesempatan lah nk merasa dok asrama masa form 4 n form 5. Tu pun sebab kene tinggal dengan mak ayah. Kalau ikutkan hati mau kejar mereka balik. Tapi iolss tahan je sebab ramai yang memerhati. Krik3x..

Iolss jarang sangat nak susun bakul iolss macam dalam pic tu. Sebabnya iolss sokmo bangun awal tapi lepas mandi iolss tido balik. Wakaka.. Iolss jenis orang yang tak suka nak menunggu-nunggu ni. Kalau iolss dah susun bakul iolss macam ni almaklumlah iolss bangun lambat lah tu. Iolss paling benci kalau mandi lambat sebab kat asrama ni boleh jadi tiba-tiba takde air. Yang tu iolss paling tak boleh tahan sekali. Merana uolss kalau bangun n rasa nak membuang. Haru

Selalunya bila iolss bangun awal iolss siap-siap susun bakul kawan iolss yang memang selalu bangun awal macam iolss. Lepas dah siap mandi tu ada kadang kala iolss kejut mereka kalau tak bangun lagi. Owhh ya iolss ni budak geng belakang yang dekat dengan toilet. Geng belakang ni memang sokmo bangun awal. Yang selalu bangun lambatnya geng depan. Iolss nak g kelas dah kadang-kadang tu ada yang baru bangun. Iolss selalu g kelas pukul 6.45 pagi. Eleh-eleh ala-ala pelajar cemerlang sangat kan. Tapi tak cemerlang sangat pun. Suam-suam kuku. Saja g awal sebab takut breakfast kat dewan makan habis.

Owhh kenangan betul kan zaman-zaman sekolah ni. Kalau diingatkan kembali rasa nak 'back to school' je. Kalau Doremon betul-betul wujud dah pinjam pintu ni. 

Kamsahamnida *_*

Tuesday, November 25, 2014

Bicara Hati 2 Karya Baru Damya Hanna

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Uolss.. uolss penah baca tak novel Bicara Hati karya Damya Hanna tu? Iolss ada baca buku tu. Menangis habis iolss. Memang sedih lah cite tu. Uolss kalau tak baca memang kene baca. Watak Tengku Syahran tersangat lah kejam n zalim. Dah la tetiba ajak Zahlia kahwin, bila dah kahwin pukul isteri pulak tu. Kalau uolss nak tahu kenapa Tengku Syahran pukul Zahlia uolss kene baca lah.

Yang Bicara Hati 2 pulak adalah sambungan dari Bicara Hati yang pertama tu. Baru je nk release ni sebab kene preorder dulu kat link sini. Harga asal RM 26, sekarang tengah promosi dapat lah RM 20.80. Iolss wajib beli buku ni sebab nak juga tahu apa kesudahan cite dia. Karya Damya Hanna ni tak pernah mengecewakan pembaca. Memang tip top la novel-novel beliau. Ada satu lagi yang memang iolss recommend ialah Sepi Tanpa Cinta. Sapa berminat nk dapatkan novel-novel karya Damya Hanna boleh la buat pembelian dekat link yang iolss ada bagi tu. Sekarang semua novel ada diskaun. 


Sinopsis :
“Setia ke akhir hayat!”
Itulah ikrar Zahlia dan Tengku Syahran sejak mereka jatuh cinta selepas nikah. Setiap saat, mereka berdoa agar kasih sayang itu terus mekar.

Namun, setelah hampir lima tahun menyulam bahagia, rumah tangga Tengku Syahran dan Zahlia diuji lagi. Badai yang melanda melukakan dua hati. Zahlia menderita. Tengku Syahran pula merana. Biarpun pahit untuk ditelan, mereka pasrah menerima segala yang telah tersurat.
Bagi Zahlia, sungguhpun mengaku reda, hatinya tak pernah ikhlas. Dia sering menyalahkan diri sendiri. Lantaran itu, rumah tangganya mulai goyah. Warna-warna ceria yang selama ini menghiasi hidupnya, sekelip mata menjadi suram.
Tengku Syahran memendam rasa. Gelisah di jiwanya tiada siapa yang mengerti. Sebagai suami, salahkah jika dia mahu meminta hak dan perhatian daripada seorang isteri?

Kamsahamnida *_*

Resepi Terung Goreng Berlada

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Masak apa uolss arini? Kalau tak tahu nak masak apa boleh la masak terung berlado ni. One of iolss punya favourite tau ni. Sebelum ni iolss tak tahu pun pasal terung berlada ni. Iolss tau pun semenjak tiga empat tahun yang lepas. Iolss jumpa makanan ni kat tempat iolss belajar. Terukkan iolss macam banyak sangat makanan yang iolss tak tahu. Pity u 'iolss'. =(


Bila dah cuba makan tu kan, baru lah terdetik dalam hati kenapa iolss tak pernah makan pun sebelum ni n kenapa mak iolss tak pernah masak pun. Selalunya bila ada terung tak lain buat kari je. Tak buat kari, celur makan cicoh ngan budu. Thumb up tau. Kalau tak buat dua benda tu alamaknya buruk dalam peti lah. 

Jadi bila dah tau pasal terung berlada ni takdelah terung-terung yang tak tahu buat apa buruk macam tu je. Lagi pula cara n bahan nak buat terung berlada ni takdelah susah sangat pun.

Bahan-bahan
- Terung (Potong terung ikut seni kreatif. Serong ke panjang ke semua boleh) - rendam dalam air utk elak lebam
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 2 sudu besar lada kisar
- garam, gula

Cara membuat
1-  Goreng terung hingga masak
2- Tumbuk kasar semua bawang. Panaskan minyak.
3- Masukkan bawang yang dah ditumbuk dan masukkan lada kisar. Tumis hingga pecah minyak.
4- Masukkan garam/gula secukup rasa.
5- Masukkan terung yang dah digoreng untuk diperasakan bersama. Dah sebati boleh tutup api.
6- Sedia untuk dihidang.

Senangkan? Jadi boleh lah cuba uolss. Iolss bila beli terung memang takde nak masak lain dah. Memang masak goreng berlada ajolah.

Kamsahmnida *_*

Monday, November 24, 2014

Dah Kenapa?

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Uolss tengok ni. Apakah salah kete ni sampai diorang letak cone atas kete tu? Iolss dapat gambar ni dari bff yang share kat group wasak. Lepas disiasat rupenya tuan kete ni park tempat biasa orang jual nasi kukus. Jadi kerja yang letak cone atas kete tu kerja penjual nasi kukus tu lah.

Yang menjadi satu kemarahan bila tengok gambar ni dan penjelasan dari bff ialah kawasan yang jual nasi kukus tu bukan penjual nasi kukus tu bayar pun. Berniaga dah lah menumpang tanah MPKB lepas tu nak buat orang lain cam ni pula. Kalau dia bayar tu tak kisah sangat pun sebab memang dia berhak buat macam ni. 

Ni yang uolss nampak ada cone je kan. Menurut bff iolss bukan takat letak cone je malah tayar belakang keta ni telah dipancitkan. Wehhh penjual ko takde hati n perasaan ke. Tergamak buat orang macam ni. Salah besar sangat ke tuan kete ni g park tempat kau selalu menjual tu. Dan uolss nk tahu tak tuan keta ni pula ialah sepasang warga emas ya. Ya Allah kesian kat p.cik n m.cik tu. Dugaan betul buat diorang. Bff iolss kata mungkin mereka tak familiar dengan kawasan tu. Kalau diorang tahu kat situ selalu orang jual nasi kukus mungkin diaorang tak g park keta kat situ. Kata bff iolss pula, keta ni agak lama berada di kawasan itu. 

Lastnya keta ni kene towing lah sebabnya tayar belakang pancitkan. Kesian p.cik n m.cik tu. Kena bayar pula tuk towing keta tu. Harap p.cik n m.cik tu dapat bersabar. Ini satu ujian buat mereka. Ujian Allah ni datang macam-macam bentuk. Jadi weolss bila rasa susah @ senang jangan nak merungut. Senang pun ujian dari Allah sebenarnya. Dia nak tengok sejauh mana kita bersyukur. 

Kamsahamnida *_*

Home made Shepherd Pie Daging

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Uolsss, Iolss datang lagi dengan entry makanan. Hahaha. Maafkan iolss kalau entry makanan iolss buat uolss jadi teringin ke apa. Tujuan iolss buat entry makanan sebab iolss just nk share makanan yang iolss makan dan buat. Plus iolss takde cerita lain nk kongsi. Tapi mungkin esok lusa iolss cari cerita yang takde kaitan dengan makanan ya. Tapi tak janji. =)

Kali ni iolss tampilkan shepherd pie. Sejujurnya iolss pun tak pernah tau pasal makanan nama shepherd pie ni. Sebabnya iolss jarang nak makan kat luar dan mak iolss jarang nak masak makanan pelik-pelik ni sebab ayah iolss lagi pelik makanan tu lagi lah dia tak sentuh. Hehe. Jadi mana iolss tahu pasal makanan ni? Let's iolss story barang sebaris dua ya.

Iolss tahu pasal shepherd pie ni dah lama. Dari blog cik epal. Bagus cik epal ni dia tunjuk satu-satu cam mana nak buat shepherd pie. Bila dah tau tu, iolss xde lah terus buat shepherd pie ni sebab zaman tahu tu iolss masih lagi tengah belajar means tak duduk rumah la. Benda ni muncul balik bila one of bff iolss buat shepherd pie ni. Iolss apa lagi meroyan lah nak buat juga. Sebab iolss xleh tengok apa yg bff iolss buat, iolss jadi teringin. Haha. Tak nak mengaku sebenarnya more pada cemburu. Kira iolss ni ok lah sebabkan cemburu, iolss buat sendiri. Takde pulak bila iolss cemburu, iolss g bunuh bff iolss pulak sebab suka masak macam-macam kan. Jadi ni satu kelebihan lah untuk iolss, bila cemburu secara tak sengaja iolss boleh belajar buat. Kan??


Maka dengan ini, disebabkan cemburu jadilah shepherd pie buatan iolss. So sedap uolss. Iolss cedok resepi dari blog cik epal tu je. Cuma nya seperti yang lain-lain iolss suka menderhaka. Orang suh guna 10 biji, iolss guna tujuh biji je. Hehe. Nak buat cam mana dah hobby iolss menderhaka. Opss jangan silap faham iolss menderhaka dengan resepi je. Ngan mak ayah iolss takut nak menderhaka. Pasal bahan-bahan lain pulak iolss follow je. 


Inti shepherd pie iolss ni daging. Nak sonang kan kerja iolss beli je burger ramly tu pastu iolss cincang je sndiri. Ikut cara masak macam cik epal juga. Maka berjaya lah iolss hasilkan shepherd pie. Iolss tak tahu pula ayah iols sentuh tak makanan ni. Sebabnya macam iolss cite kat atas lah ayah iolss ni lagi pelik makanan lagi dia tak sentuh. Maklumlah we all village people. Tapi iolss ni village people bajet town people. Wakaka.

Kamsahamnida *_*

Sunday, November 23, 2014

Makan scone bajet orang Scotland

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Iolss masih lagi dengan entry makanan. Maaf lah kalau bosan sangat entry iolss ni. Sebabnya iolss tak g mana-mana pun. Maklumlah menganggur ni takde duit nak p sana p sini. Yang mampu hanyalah masak-masak je. Riang kan hati dengan makan. Iolsss suka!!!

Kali ni entry makanan iolss  ala-ala barat. Tengok tajuk pun mungkin dah tau kan. Makanan ni nama dye scone. Iolss idak lah tahu pasal makanan ni sebenarnya tapi sebabkan dkt IG berlambak yang iolss follow adalah bakers haruslah waktu scroll up n down tu trjumpa kan. Lepas tu iolss pun guggle lah makanan apa yang nama dia scone ni. Sebabnya iolss xpernah dengar. Guggle punya guggle ada orang kata scone ni makanan barat berasal dari Scotland [sini]. Jadi iolss nk lah cuba buat makanan barat ni. Apokah sodap sangat ke?Kalau nk g makan kat negara Barat sana iolss xmampu. Sob3x. =(


Jadi berbekalkan pada resepi yang kat sini iolss cubalah buat. Dapatlah 6 biji cam pic kat atas tu. Resepi tu takde lah iolss tiru sebijik sebijan cam yang kat iolss rejuk tu. Macam biasalah iolss suka derhaka dengan resepi. Ngeh3x. Kalau dalam resepi iolss rujuk tu dye letak date aka kurma, iolss pulak letak kismis dengan coklat chip. Sebab iolss xletak date sbb iolss malas nk potong kecik-kecik. Kalau kismin dengan coklat chip tu terus letak n gaul skali je. Hehe. =) 


Dan ini lah scone iolss. Iolss letak jem strawberry kat tengah-tengah dye. Kalau nk makan cam tu pun sodap jugak. Tapi kering sikit lah. Sapa nak cuba buat silakan. Senang aje. Scone ni makan musim-musim hujan ni menyelerakan juga. Buat untuk minum petang minum ngan teh pun sedap juga. Boleh kata makanan ni makan je bila-bila memang sedap lah. Hehe.

Kamsahamida *_*

Saturday, November 22, 2014

Lempeng + Nutela menu tradisional + moden

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Morning uolss.. Wah awal pulak iolss post entry arini kan. Lalala jangan tertipu dengan iolss ya uolss. Entry ni iolss buat auto post semalam. Entah-entah masa uolss baca entry iolss ni iolss belum bangun lagi. Sebab iolss sekarang menganggur bukan tanam anggur tapi tanam lemak.  =)

Arini iolss nak bagi idea sikit untuk suri rumah yang tak tahu nak buat sarapan apa arini. Maklumlah yang dok luar dari Kelate, Ganu, Kedah n Johor arini ari first ari minggu kan. Kot-kot lah teringin nak masak sarapan. Hehe

Menu ni untuk santapan iolss pagi semalam. Maklumlah sini Kelate hujan dah dekat seminggu boleh dikatakan tanpa henti lah. Jadi nk sesuaikan dengan musim maka jadilah makanan ni. Tapi alhamdullilah semalam panas je jadi sesuai ke tidak menu dah tak kisah dah. 


Menu iolss ni tradisional + moden sikit. Hehe. Biasanya kalau orang kampung makan lempeng dengan gula je. Tapi sebabkan iolss anak kampung yang hidup zaman millenium maka makan lah lempeng dengan nutella. Bila makan lempeng + nutella kan rasa dia macam makan waffer pun ada. Bila kita lipat macam waffer tu rasa dye ada 'umphh' orang kata. Kalau nak gulung macam kuih ketayap pun boleh. Gantikan inti kelapa dengan nutella. Baru orang kata kritis dan kreatif. Sejajar dengan apa yang DS Najib dok wawarkan sekarang iaitu 'Transformasi'. 

Maka itulah dia 'Transformasi' yang iolss dah lakukan. Makan lempeng dengan nutella. Jadi suri rumah semua boleh lah masak lempeng arini. Resepi buat lempeng pun takde lah susah benor hanya perlukan margerin, tepung n telur. Iolss main campak je banyak mana margerin n tepung ikut kesesuaian jumlah ahli rumah la. Telur pula iolss letak sebiji je. Margerin tu fungsi dye untuk bagi lembut gebu gebas gitu. Lepas tu tambah air kasi blend je smua tu. Senang bukan. Dah sebati semua leh lah kita masak kasi jadi lempeng. 

Selamat menjamu selera semua.. Kamsahamnida.. =)

Friday, November 21, 2014

Pizza sedap lagi gebuss

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Haiii uolsss, iolsss nk tunjuk pizza yang iolss buat aritu. Aritu tak aritu dah dekat 2 bulan rasanya gambar-gambar pizza ni jadi draft. Muhaha. Ini semua angkara bahana malas nak menaip. Tapi rajin nak cuba macam-macam resepi. Dah berlambak pic resepi kat snapshoot phone. Huwaa bila banyak resepi ni, bila dah cuba buat tak makan kan orang cakap tak kene pulak. Bila buat dah makan jadi benda lain pulak. Tak pasal-pasal badan kurus keremping ehhh tembam bagai dipam-pam. =)

Pasal resepi pizza iolss yang gebu gebas ni iolss lupa lah iolss punya resepi cedok kat mana. Sebabnya macam-macam resepi iolss amik. Lepas tu iolsss campur-campur je semua. Plus iolss simpan resepi lama sangat. Sebab masa yang diamik dari simpan resepi hingga masa nak buat pizza ni berbulan juga la sebab nak cukupkan bilangan ahli keluarga kat rumah. Kalau iolss buat ahli tak cukup kan iolss je yang kene makan banyak sebab orang kat rumah ni makan satu, dua keping je lepas tu dah tak nak. So uolss rasa perut sapa yang merana?? =(


Ohh yehh ohh yehh ni kat atas ni gambar before bakar. Inti pizza iolss biasa-biasa je iaitu sosej dan crab stick. Lepas tu tabur je shredded mozzarella. Owh ya before tuh iolss ada letak sos yang macam letak atas tokayaki tuh. Saja je iolss letak sos tu sebab dah lama sangat sos tu dok jadi tayangan je dalam peti. Niat dihati nak tabur jugak bonito flake skali iolss lupa :D


Gambar atas & bawah ni plak bila dah masak. Wah sedap juga even baru first time buat. Lagi sedap & moist dari yang pizza hut n dominos. Wakaka. Kalau tak puji sendiri sapa lg nk puji ndak. Plus iolss suka yang lembab-lembab. Yang kering ni cam nak kunyak pun susah. :P



Lebihan dari tak muat tray iolss buat yang macam kat bawah ni. Nak tiru macam yang kedai-kedai roti ada jual tu tapi tak pandai. Bila masak kan pizza tu jadi kering. Sebabnya doh nipis sangat. Tapi yang penting bila dah habis, ada ahli keluarga bertanya mana lagi pizza yang macam tu. Means that shedap lah tu kan!! Lalalala


Pasal sos yang iolss pakai tuk pizza ni iolss buat sendiri je. Iolss masuk bahan-bahan ikut sedap iolss je. Bahan-bahannya bawang besar sebiji, bawang putih seulas. Iolss blend je. Dah blend masukkan dalam minyak panas untuk tumis. Lepas tu masukkan cili blend 2 sudu besar. Masukkan sos cili, sos tiram n sos tomato. Ikut sedap hati. Masukkan garam secukup rasa. Dah rasa sedap di lidah kira ok lah. 

Sekian sahaja resepi tak seberapa pizza sedap lagi gebuss iolss.. Korang yang rasa nak makan pizza yang buatan sendiri leh la buat. 

Kamsahamnida. *_*


Tuesday, November 18, 2014

Musim tengkujuh sudah tiba

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..


Dah lima hari hujan tak henti-henti. Sebelum ni hujan 2,3 ari dah berhenti. Apa yang kita boleh buat hujan-hujan ni mampu hibernate kat umah jadi cam kucing kat bawah ni. Nak keluar rumah rasa rimas, basah n lembap je. Kalau keluar pun bila terdesak sangat-sangat. Hujan ni kadang-kadang nak mandi pun malas. Haha. Harap ada heater je leh lah mandi jgk. Kalau nak harap air sejuk dok terpekik terlolong jerit sejuk dalam bilik air je. 


Bila dah hujan tak henti-henti mmg dah musim tengkujuh lah ni. Negeri Ganu pun dah banjir dah. Sikit lagi Kelate & Pahang laj banjir. Memang tak leh lari dah kalau hujan-hujan gini ngan banjir. Sapa dok rumah dekat sungai ke, parit ke mmg kene bersiap sedia sntiasa. Kot-kot air naik tiba-tiba mahu kene pindah serta merta. Tak leh nak tangguh-tangguh dah. 



p/s - gambar sumber google..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails