Friday, October 23, 2015

26 tahun dah!! Ohh

Assalamualaikum..

Salam Jumaat dan selamat berpuasa kepada yang berpuasa hari ini 10 Muharram. Juga dikenali dengan hari Asyura. 

Rasuluallah SAW bersabda :
"Puasalah kamu pada Hari Asyura (10 Muharram) dan berbezalah dengan orang yahudi padanya (maka) berpuasalah sehari sebelumnya (9 Muharram) dan sehari sesudahnya (11 Muharram)." 
HR: Imam Admad & Imam A-Baihaqi


10 Muharram juga bermakna umur aku dah pun 26 tahun. Rasanya baru bulan 8 hari tu masuk umur 25 tahun. Hari ni dah 26. Hehe. Tapi memang pun tahun Hijrah ni dia lagi cepat dari tahun Masihi. Yelah sebulan kalau ikut bulan Hijrah 29 @ 30 hari je. Tapi tahun Masihi pulak sampai 30 @ 31 hari. 

26 tahun ke 25 tahun ke aku tetap yang sama. Cumanya terus berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan lebih berjaya dalam kehidupan. Sepatutnya pada umur sekarang ni aku dah mempunyai kerja ada keluarga yang bahagia. Tapi no one know what Allah have for me. Keep on trying, praying and put all trust to him. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails