Thursday, October 8, 2015

Aiskrim homemade 3 perisa.

Assalamualaikum.

Tengok sambil telan air liur. Sebab mood diet. Padan muka kan. Xpe set dalam kepala tahun depan boleh makan kalau dipanjangkan usia. Hehe.




Terjadinya aiskrim ni bila cerita pasal roti makan ngan aiskrim. Lepas tu mama kata dalam peti ada lagi. Yang dulu punya beli perisa solero. Masam tersangat. Entah berapa bulan baru habis. Aku cakap lah dah habis, sebab aku yang habiskan sebelum start diet. Sebabnya dah lama sangat dalam peti. Aku tengok macam xde sapa nak je. Aku belasah lah sebabnya bekas besar, isi kat dalam tu cenonet je. Cenonet pun bila makan lama jgk nak habis. Masammmm kan!! Lepas tu aku cakap lah kat mama, xpe nti aku buat. Maka tu lah rupa aiskrim aku.

Bahan pun xrenyah mana. macam biasa lah, aku bukan suka sangat bahan renyah2 ni. Plus masa tu ovalette bahan utama ada dalam simpanan. hehe. So bahan2 dan cara2 untuk buat aiskrim ni ialah

Bahan A
1 cawan susu full cream
3 sudu besar susu pekat ~ ikut kemanisan masing2
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar milo
1 sudu kecil perisa sirap

Masukkan kesemua bahan A tu dalam blender. Kemudian blend lah sehingga gebu dalam tempoh masa 20 minit. Dah gebu tu boleh lah asingkan mengikut berapa warna aiskrim yang nak dibuat. Tak nak campur warna pun boleh. Atas kreativiti masing2. Aku mulanya nak buat perisa oreo tapi sebab oreo xde dalam stok tu yang jd aiskrim 3 perisa.

Ok dah asingkan ikut berapa warna nak, boleh lah mula campur bahan B tu dalam bekas masing2. Dah kacau kasi rata bolehlah selang selikan masuk dalam bekas aiskrim yang dulu2. Dah siap simpan dalam peti beku lebih kurang 24 jam dah boleh makan. So jimat kan. 

p/s ~ apa lagi cuba lah.. Gud luck

2 comments:

Iena Eliena said...

wah blh try buat nie :)

NIA said...

Wow boleh try nih hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails