Tuesday, October 6, 2015

Puding sedut

Assalamualaikum..

Puding sedut, puding cedut ciked (pelat kelate), puding cikedut (dah macam berkedut pulak) dan macam2 versi lagi lah memang tengah 'in' giler kat Malaysia ni. Sapa yang suka makan memang tak akan lepas peluang tuk dapatkan puding sedut ni. Termasuklah aku! Tapinya aku beli hari tu waktu diet jadi adik aku yang tukang makan dan habiskan. RM6 sebotol untuk botol panjang (1st pic). Bagi aku agak mahal la. 

Kebetulan minggu lepas kakak balik cuti raya (sebab tak balik raya), maka mood rajin tu 'on'. Jadi terhasillah puding sedut versi rainbow ni. Puding sedut ni bagi aku lah, ia macam dadih (bukan dadah ya) dah aku rasa ia memang dadih. Cumanya dibuat tak pakai instant dadih yang dalam paket dan perasa yang di guna suka hati kau. Sebabkan suka hati kau, aku gasakkan aje dengan pakai pewarna bukan perasa. Haha




Botol-botol tu semua hasil dari selongkar almari mak aku yang mana hasil daripada koleksi majlis kenduri kendara. Memang berguna betul simpan botol-botol ni. Ingatkan buat semak dalam almari je. Hehe. Sebabnya kalau beli ni mahu harga RM1-2 sebotol. Jadi lepas ni kalau dapat je botol kaca jangan buang tapi SIMPAN. 

Sapa yang rasa berbaloi untuk buat puding sedut ni dari beli leh lah refer resepi yang dah di link kat bawah. Dari blog masakan yang pastinya popular, Bahan-bahan pun tak renyah mana. Aku baru ni ada satu bahan tak cukup tapi aku guna aje apa yang ada kat rumah. Jadi korang yang nak cuba tu 'Good Luck'.

resepi
http://www.azlitamasammanis.com/2015/09/puding-sedut-sedapnya.html


2 comments:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

leez baru plan nak try puding sedut this weekend. tp, bkn buat sendirik, beli je.. kat sini 5hengget sebotol.

Mardiah Diana said...

Salam singgah petang dik...nampak menarik puding ni...warna pun cantik...InsyAllah ada masa nak juga cuba buat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails