Tuesday, October 4, 2011

Kerja last minute sinonim dengan pelajar. Benarkah?

Assalamualaikum..

Bila dapat esemen atau kerja rumah, kalau tak buat last minutes bukan pelajar namanya. Ada sesiapa setuju?

Ingatkan bila amik master penyelidikan dah tak akan ada esemen mahupun kelas yang perlu dihadiri melainkan hanya perlu menyiapkan perihal projek. Tapi semua itu hanyalah tanggapan diri sendiri yang jelas dan nyata jauh menyimpang dari syarat-syarat univerisiti. Rupanya masih ada subjek yang perlu diambil terutamanya subjek universiti yang sememangnya wajib di ambik. Cuma apa yang mengembirakan, subjek ini tak ada peperiksaan. MALANGnya banyak tugasan yang harus dibuat dan dihantar. Owhh nasib kau laa Shera Haifa.

Tugasan pertama telah pun selamat dihantar pada hari ini dan harus menunggu dua minggu lagi untuk pembentangan. Huh apa yang aku nak bentang nanti? Buat kerja last minute, baca pun last minute. Faham pun sikit-sikit sahaja. Pensyarah aku cakap tak faham banyak bentang je yang faham sedikit tu. Tapi yang menjadi masalahnya 10 minit kot masa yang diberikan untuk bentang. Agak lama bagi yang faham sedikit nie. Nak hurai pun tak lepas.


Apa pun tugasan yang dihantar hari ini telah berjaya membuatkan kawan-kawan disekeliling aku terfikir untuk berhenti belajar. Memang tugasan ini berjaya melemahkan semangat kawan-kawan aku juga termasuk aku. Tapi aku tak ada laa sampai nak berhenti belajar, cuma nak drop subjek nie untuk amik semester depan. Dengan harapan semester depan dapat pensyarah yang sempoi dan jiwa tidak akan tertekan. Namun perasaan kesian yang menggunung terhadap ahli kumpulan kerana kumpulan telah dibentuk, aku mengagahkan diri untuk meneruskan. *Ayat skema habis. Cam buat karangan pula.

p/s ~ Moga master berada dalam gengaman dalam masa setahun setengah sahaja.

BB... Let's experience it

4 comments:

Dr. Ben said...

actually, the most important thing is whether you appreciate the knowledge gained or not while writing your assignment.

Try to see it that way. Hopefully it will be more fun than just accepting it as a mere assignment ( translate - burden).

naqib faiz said...

gud luck. layan je assignment tu.. hahahaha

shera haifa said...

@DR BEN ~ i try my best.. thnk u for ur advice..;)

P/S ~ doakan sy berjaya

shera haifa said...

@naqib faiz ~ thnkx.. dh kerja 2 sumbang laa cnie ckit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails